AHLI SYURGA, KERANA ANAK?

AHLI SYURGA, KERANA ANAK?

Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Kerana ibu bapa teruji dalam mendidik seorang manusia yg bernama anak

Jangan kecewa dan sedih. Kalau dulu kita mampu solat sunat sekerap yg boleh. Dan kita mampu melakukan ibadah seorang diri tanpa gangguan.

Sedarlah, alam ibadah kita telah pun berbeza. Sejak kita menerima  kehadiran anak anugerah Allah untuk kita.

Tetapi percayalah, anak akan menjadi ibadah dan ladang pahala kita. Lebih lagi bila kita bersabar dengan telatah anak

Kehidupan bersama anak yg di mana memerlukan sabar yg kuat dalam membesar dan mendidik mereka.

Sabar bila kita tak cukup tidur

Sabar bila kurang masa untuk diri sendiri

Sabar bila tak boleh rehat, walaupun kita sakit

Yakinlah wahai ibu dan ayah. Semuanya tidak sia-sia. Semuanya ibadah dan niat kerana Allah.

Mungkin dengan asbab kita menahan sabar letih bekerja, berjaga malam demi anak. Kita dimasukkan ke Syurga

Sebelum kita didik anak untuk jadi soleh. Maka, didiklah kita dahulu untuk menjadi yg terbaik dan soleh. Kerana anak yg soleh saham kubur dan akhirat kita. C&P.

Create your website with WordPress.com
Get started