Category: 8 KESAN BURUK PADA REZEKI HARAM

8 KESAN BURUK PADA REZEKI HARAM

8 KESAN BURUK PADA REZEKI HARAM

Tidak semua rezeki halal. Ada juga rezeki yang haram. Mungkin kita boleh menipu orang ramai dengan rezeki tidak berkat, tetapi kita tidak boleh menipu Allah SWT. Jauhkan dari memperolehi rezeki yang  tidak berkat kerana rezeki  tersebut akan membawa kepada 8 bencana tanpa diundang  seperti senarai dibawah:

1-TIDAK BERASA PUAS DENGAN REZEKI YANG DIPEROLEHI

Tidak kira berapa banyak yang kita dapat, ia pasti terasa tidak cukup. Lagi banyak dapat, lagi banyak yang nafsu mahu lagi dan lagi. Manakala rezeki yang halal dan berkat, Allah SWT akan cukupkan bagi kita.

2-HARTA YANG DIPEROLEHI TIDAK MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA AHLI KELUARGA.

Rezeki yang kita dapat akan menjadi pemakanan, tempat tinggal, pakaian keluarga, pembelajaran dan berbagai lagi. Segalanya akan menjadi tidak     berkat.

3-REZEKI YANG HARAM DIPEROLEHI DENGAN CARA MENZALIMI DAN MENINDAS SERTA MERAMPAS HAK ORANG LAIN.

Sekiranya orang lain tertindas untuk mengkayakan diri sendiri, di situlah petanda rezeki yang kita terima tidak diberkati Allah SWT.

4-HATI TIDAK AKAN TENANG DAN SERING DILANDA MASALAH SERTA STRESS.

Pada zahirnya dilihat mempunyai kereta besar, rumah besar dan segalanya mungkin besar. Namun, masalah dan stress dijiwa juga besar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang ramai.

5-DIRI, ISTERI, SUAMI DAN ANAK-ANAK AKAN LEBIH CENDERUNG MELAKUKAN KEJAHATAN.

Akibat rezeki haram. Sebagai suami atau isteri, perlu menunjukkan contoh yang baik kepada keluarga. Sekiranya contoh yang ditunjukkan adalah memperolehi rezeki yang haram, maka yang haram itu akan menjadi kebiasaan dilakukan oleh keluarga.

6-KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN SEBENAR TIDAK AKAN TERCAPAI.

Dengan sumber yang tidak berkat dan haram. Kebahagian dan kejayaan    hanyalah sia sia sekiranya mengejar dunia dengan rezeki haram. Kejar akhirat pasti dunia akan mengejar kita.

7-DIBENCI OLEH ORANG RAMAI DAN HILANG KEPERCAYAAN SERTA KREBILITI.

Kepercayaan dan kredibiliti perlu dibina. Sukar untuk membina kepercayaan orang, namun amat mudah hilang kepercayaan apabila memperolehi rezeki dari punca haram.

8-DIBENCI OLEH ALLAH SWT DAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT DIBERI SECARA ISTIDRAJ.

Rezeki yang haram akan melalaikan dan memusnahkan diri dan keluarga sendiri. Mungkin balasan tidak di dunia, tetapi balasan di akhirat kelak. Mudahan dijauhkan dari kita rezeki yang haram!

REZEKI HARAM, HATI KELAM, HIDUP TIDAK TENTERAM.

Betapa ramai umat Islam terperangkap dalam dilema pemilihan makanan. Bukan sekadar makanan daripada unsur haram tetapi cara untuk mendapatkan makanan juga haram tanpa disedari secara sengaja atau     tidak.

Tidak ada orang Islam yang sanggup memakan babi, justeru ia dielakkan tetapi masih ramai yang makan  makanan dibeli dengan wang hasil  daripada menipu, memeras ugut, curi tulang, rasuah dan menzalimi hak orang lain.

Kadang-kadang, perkara seumpama ini masih tidak memberi apa-apa kesan buat si pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Mereka merasakan sumber sebegitu langsung tidak akan menjejaskan kesihatan yang nampak secara zahirnya.

Walhal aspek itu yang patut  didahulukan kerana ia bakal                   membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Keberkatan itu tidak akan nampak secara zahir, tidak dapat dirasakan oleh hati yang telah dikotori sifat mazmumah dan dosa pahala tidak dapat dimengertikan kerana tiada sebarang kesan kelihatan..

Hati yang lalai akan berterusan dikotori dengan sumber rezeki haram tanpa sedikit pun penyesalan.

PESANAN IMAM AL-GHAZALI.

“Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan  pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.”

Hati akan rosak jika memakan makanan haram sedangkan ia umpama raja dalam kerajaan diri kita. Jika baik hati, maka kebaikannya akan menyerlahkan seluruh jasad namun, jika hati jahat maka jahatlah seluruh diri manusia.

Justeru, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan dan berwaspadalah dengan cara bagaimana kita mendapatkan  makanan. Apa yang kita makan dan cara kita mendapatkannya akan menentukan secara dasarnya persoalan hidup serta nasib di akhirat kelak nanti.

Sekian , Terima Kasih.

Semoga Memberi Manfaat…