5 MAKLUMAT PERBANKAN YANG PERLU DIRAHSIAKAN

5 MAKLUMAT PERBANKAN YANG PERLU DIRAHSIAKAN!

Jangan dedahkan maklumat perbankan anda kepada mana-mana pihak sama ada secara bersemuka atau melalui panggilan telefon.

Dengan memberikan maklumat no. kad ATM, no pin dll membolehkan scammer mendaftar atau menukar maklumat perbankan internet anda tanpa anda sedari.

Tahukah anda? Dengan mendaftarkan no. telefon orang lain semasa pembukaan akaun boleh menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun bank anda? – Scammer akan mendaftarkan perbankan internet tanpa anda sedari dan no. TAC/OTP akan dihantar ke no. telefon scammer tersebut.

Dengan menyerahkan no. TAC/OTP juga membolehkan scammer mengambil alih perbankan internet anda dan memindahkan wang ke pihak ketiga.

Pihak polis tidak akan meminta 5 maklumat perbankan tersebut daripada anda bagi tujuan siasatan!

Create your website with WordPress.com
Get started