Category: 4 CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

4 CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

Umat Islam wajib bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT

                     seperti nikmat bernafas dan sebagainya.                               

                         Berikut  4  Cara  Untuk  Bersyukur :

1- BERSYUKUR DENGAN HATI,  dilakukan dengan menyedari  

    sepenuhnya bahawa segala nikmat dan rezeki yang didapati

    semata-mata merupakan kurniaan dan kemurahan Allah SWT.

2- BERSYUKUR DENGAN LISAN,  bila hati seseorang telah yakin

    bahawa segala nikmat yang didapati berasal dari kurniaan

    Allah SWT pasti mengucap dengan lisan lafaz  “Alhamdulillah “.

3- BERSYUKUR DENGAN TINDAKAN,  semua nikmat yang diperolehi

    mesti dimanfaatkan di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

4- MEMELIHARA NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT,  hal ini seperti

     menjaga amanah dari Allah, menjaga kesihatan tubuh untuk

     beribadat kepada  Allah SWT dan menjauhi makanan serta perkara

     haram.

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah Islamiah.

Untuk mendapat maklumat yang lebih berguna dan menarik sila layari laman ini :

https://jipskelantan88695409.wordpress.com/2020/10/19/4-cara-mensyukuri-nikmat-allah-swt/

Sila follow blog kami dan sebarkan demi berkongsi ilmu dan pahala jariah.