Bersediakah Menghadapi Kematian?

Bersediakah Menghadapi Kematian?

Setiap yang hidup akan menemui kematian. Kematian tidak menunggu usia tua dan sakit bukanlah syarat untuk mati. Ramai yang sihat, mati secara tiba-tiba.

Perlu kita ketahui bahawa dunia berada di penghujung, semakin hari semakin menghampiri kiamat. Begitu juga umur kita, semakin hari semakin berkurang usia kita dan semakin menghampiri kematian. Sedangkan waktu dan masa amat terbatas.

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali Imran: 185)

Basyr bin al-Harith rahimahullah pernah berkata:

مَرَرْتُ بِرَجُلٍ مِنَ العُبَّادِ بِالبَصْرَةِ وَهُوَ يَبْكِي فَقُلْتُ مَا يُبكِيْكَ فَقَالَ أَبْكِي عَلَى مَا فَرَّطْتُ مِنْ عُمْرِي وَعَلَى يَوْمٍ مَضَى مِنْ أَجْلِي لَمْ يَتَبَيَّنْ فِيْهِ عَمَلِي

“Aku pernah bertemu seorang ahli ibadah di Basrah dalam keadaan sedang menangis. Aku bertanya: “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Dia menjawab: “Aku menangis kerana umur yang luput dariku dan hari yang telah berlalu pergi. Ajalku ternyata semakin dekat, tetapi belum jelas juga amalanku.” (Mujalasah wa Jawahir Al-‘Ilm)

Ahli ibadah yang sentiasa melakukan amal soleh pun menangis kerana bimbang tentang amalannya yang dirasakan sedikit dan tidak mencukupi. Bagaimana dengan kita yang sedikit amalan soleh serta sentiasa sering lalai? Berapa kerap kita menangis kerana takut di atas kesalahan dan kelalaian? Atau tiada sebarang tangisan bahkan semakin leka dan lagha dengan kehidupan di dunia?

Berlumbalah dalam melakukan kebaikan, ketaatan, kebajikan dan kebaktian. Contohilah salafussoleh  yang terdahulu, semoga kita sentiasa bersedia dengan amal soleh yang mencukupi sebelum dijemput pulang mengadap Allah SWT. Firman Allah:

إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِ وَیَدۡعُونَنَا رَغَبࣰا وَرَهَبࣰاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَـٰشِعِینَ

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami” [Surah al-Anbiya’ 90]

Perlumbaan dalam ayat di atas membawa maksud perlumbaan dalam melakukan ketaatan dan amal soleh yang berterusan. Allah SWT menceritakan kisah Nabi Zakaria dan para RasulNya sebagai satu pendekatan motivasi dan semangat kepada kita untuk berlumba-lumba mengerjakan amalan kebaikan dan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

KEADAAN YANG PASTI AKAN LALUI

Beginilah keadaan didalam keranda apabila kita mati nanti..

Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata²..

Mampu mendatang rasa ketakutan kepada kita yang melihat..

Mampu menghadirkan rasa keinsafan dalam diri sendiri..

Sedarlah wahai kalian yang melihat..

Tiada seorang pun diantara kita bakal terlepas dengan kematian..

Di saat roh telah dicabut daripada jasad..

Dunia sudah tidak ada nilainya kepada kita..

Tiba waktunya kita bersendirian menghadap Allah Swt..

Kita hanya mengharap doa yang datangnya dari keluarga..

Doa dari anak² yang soleh..

Ketika itu kita tidak lagi memerlukan wang yang banyak..

Kita tidak perlu lagi jawatan yang besar atau kedudukan yang tinggi..

Hanya roh berseorangan kembali menghadap Allah SWT..

Jangan berhenti dari bertaqwa kepada Allah..

Jangan berhenti dari membuat kebaikan..

Jangan mendekati perkara yang mungkar..

Dibimbangi apabila tiba masanya kita menghadapi kematian..

Kita tidak akan bersedia melihat keadaan² yang lebih buruk daripada itu..

Sekadar perkongsian dan mengingatkan diri sendiri tentang kematian 😔

TIGA RAHSIA KEMATIAN

” ADA TIGA RAHSIA KEMATIAN “

① Rahsia WAKTU :

Kita tak akan pernah tau bila kematian akan menjemput kita.

② Rahsia TEMPAT :

Kita tak akan pernah tau Di mana kematian akan menjemput kita..

③ Rahsia CARA :

Kita tak akan pernah tau dengan Cara apa kematian menjemput kita..

الله سبحانه وتعالى

merahasiakanya agar kita selalu siap setiap saat..

Kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi, oleh kerana itu..

~ > Jangan menunda amal ibadah..!!

~> Jangan menunda nunda taubat..!!

~> Jangan menunda perbaikan diri..!!

~> Jangan main-main dengan maksiat..!!

~> Jangan sia-siakan mereka orang yang kita Cintai..!!

~> Jangan lepaskan orang yang sayang dan mengajak kita kepada kebaikan

~> Jangan putuskan silaturahim dan bersabarlah dalam harungi samudra hidup

Semoga diakhir hayat kita Husnul Khatimah..

Create your website with WordPress.com
Get started