Category: 3 Kelompok yang Allah SWT tak nak tengok langsung muka mereka

Tiga kelompok yang Allah SWT tak nak tengok langsung muka mereka

Ibnu umar meriwayatkan, “Ada tiga kelompok yang Allah SWT tak nak tengok langsung muka mereka.” Dengan makna lain, Allah swt nak humban terus tiga kelompok ni dalam neraka.

1. Orang yang derhaka ibu bapa.

Dengan mak ayah ni sebuh ‘uh’ pun tak boleh. Sekali ja kita sebut begitu kemudian kita tak minta maaf, jangan harap nak masuk syurga. Ada orang yang buat amalan, amalan tu memang melayakkan dia masuk syurga tetapi dengan sebab kurang ajar dengan ibu dah ayah maka amalan tersebut sia-sia di sisi Allah swt.

2. Orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Orang perempuan ada gayanya yang tersendiri. Allah swt jadikan mereka dengan lemah lembut. Maka tidak layak seorang perempuan menyerupai lelaki dari segi pakaian, perbuatan dan lain-lain.

3. Lelaki yang dayyus.

Lelaki menjadi dayyus yakni membiarkan isteri dan anak perempuannya berbuat dosa. Tengok isteri keluar rumah tak menutup aurat, si suami tak berani nak tegur. Nak tegur tak lepas. Nak nasihat anak isteri tak berani. Dibiarkan saja anak isteri berbuat dosa.

Petikan kuliah Syeikh Aminudin Abdul Rahim.

Wallahu a’lam.

Smoga bermanfaat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخسِرِيْنَ .. آمين يارب العالمين.