Category: 14 Cara Merasai Nikmat Bersyukur

14 Cara Merasai Nikmat Bersyukur

14 Cara Merasai Nikmat Bersyukur

1. Bersyukur dengan apa yang anda dapat, kerana bukan semua orang mendapat sesuatu sepertimana anda.

2. Perasaan syukur dapat dilihat apabila anda sanggup memberi apa yang anda ada kepada orang yang lebih memerlukan.

3. Setiap hirupan udara adalah satu nikmat. Jadi bersyukurlah.

4. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang, kerana ada sesetengah orang tidak bersyukur dan telah mengalami kerugian yang besar.

5. Keberkatan hanya datang kepada orang yang bersyukur.

6. Setiap hari, perbanyakkan berterima kasih tidak kira sedikit ataupun banyak.

7. Janganlah marah sekiranya sesuatu tidak mengikut apa yang dirancang. Ada hikmah disebalik setiap kejadian.

8. Janganlah tamak dengan apa yang anda peroleh hari ini. Mungkin anda tidak mempunyai peluang sepertimana hari ini.

9. Jadikan ucapan terima kasih dan syukur sebagai satu cara hidup kita

10. Perbanyakkan rasa syukur dan keberkatan akan datang.

11. Apabila anda gembira, ucaplah terima kasih.

12. Perasaan syukur bukanlah sekadar pada ucapan, malah dengan perbuatan.

13. Bersyukur adalah salah satu sifat-sifat yang mulia.

14. Sesiapa yang mempunyai perasaan syukur boleh mencapai kejayaan dalam hidup.