Category: 10 TIPS AGAR ANDA TABAH MENGHADAPI UJIAN BERAT

10 TIPS AGAR ANDA TABAH MENGHADAPI UJIAN BERAT

AGAR ANDA TABAH MENGHADAPI UJIAN BERAT

1.   Sadarlah bahawa Anda tidak sendirian, ada Allah bersama Anda.

2.   Ingatlah bahawa di balik takdir Allah pasti ada hikmah yang indah.

3.   Tidak ada yang dapat memberi kebaikan dan menyelamatkan dari keburukan kecuali Allah, maka janganlah menggantungkan harapan kecuali kepada-Nya.

4.   Apapun yang ditakdirkan menimpamu, ia tidak akan meleset darimu. Dan apapun yang ditaddirkan meleset darimu, ia tidak akan dapat menimpamu.

5.   Ketahuilah hakikat dunia, maka jiwa Anda akan menjadi tenang.

6.   Berbaik-sangkalah kepada Rabb Anda.

7.   Pilihan Allah untuk Anda, itu lebih baik daripada pilihan Anda untuk diri Anda sendiri.

8.   Cubaan yang semakin berat, menunjukkan pertolongan Allah semakin dekat.

9.   Jangan fikirkan bagaimana datangnya pertolongan Allah, kerana jika Allah berkehendak, Dia akan mengaturnya dengan cara yang tidak terlintas di akal manusia.

10.   Anda harus berdoa meminta kepada Allah, yang di tangan-Nya ada kunci-kunci kemenangan.

🍀   Kalau kita perhatikan, kebanyakan prinsip di atas mengaitkan kita dengan Allah ta’ala.

Kerana memang manusia itu makhluk lemah, dan dia tidak akan menjadi kuat kecuali jika mendapatkan suntikan kekuatan dari luar, dan tidak ada yang mampu memberikan kekuatan seperti Allah Azza wa Jalla. 

🍀   Dari sini, kita juga boleh memahami, mengapa semakin orang dekat dengan Allah, semakin kuat pula jiwanya, dan mengapa semakin kuat akidah seseorang, semakin kuat pula kepribadiannya.

Wallahu a’lam.