10 KEBERKATAN PADA REZEKI YANG HALAL
1-MEMILIKI IMAN YANG MANTAP DAN SEMAKIN DEKAT DENGAN ALLAH SWT.
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.
2- MEMILIKI HATI YANG TENANG.
Dengan Rezeki yang berkat akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.
3-MENJADI INSAN YANG PEMURAH.
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.
4-ALLAH SWT AKAN MENJAUHI KITA DARI BALA BENCANA.
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.
5-KELUARGA HIDUP DALAM KEADAAN YANG HARMONI.
Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.
6-MELAHIRKAN ANAK YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.
7-SENTIASA MERASA CUKUP DAN BERSYUKUR DENGAN SEGALA BENTUK PEMBERIAN ALLAH SWT.
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.
8-ALLAH SWT MENGURNIAKAN BENTENG DARI SEGALA PENYAKIT.
Dengan rezeki yang halal juga,kita akan dapat mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit,sebagai contoh dalam konteks pemakanan.Seperti yang kita sedia maklum,setiap ketentuan, ada hikmahnya.Memetik firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nahl yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasmu bangkai,darah,dagingdan segala yang disembelih bukan dengan nama Allah.
Menurut Doktor Ibrahim Kazim dalam rencana penulisannya,e “Medical Aspects of Forbidden Food in Islam” telah menjelaskan penyakit yang dibawa disebabkan daging khinzir.
Menurutnya “Khinzir adalah pemakan bangkai yang memakan apa sahaja,ianya boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia, khususnya penyakit parasit”.Jadi jelaslah, setiap pengharaman Allah S.W.T terhadap makanan yang haram ada hikmahnya yang tersendiri.
9-PENGHALANG DARI BAHANA API NERAKA.
Lebih daripada itu,dengan rezeki yang halal jugalah kita akan dapat menjauhkan diri daripada bahana api neraka.Sudah menjadi doa kita sebagai seorang muslim agar dihindarkan diri daripada bahana api neraka.Begitulah juga kaitannya terhadap pengharaman Allah S.W.T terhadap rezeki yang haram,sebagai contoh dalam konteks pemakanan.Dalam sebuah Hadis Riwayat Al Hafiz Ibnu Mardawaih, daripada Ibnu Abbas r.a ada meriwayatkan yang bermaksud “Mana-mana hamba yang tumbuh,yakni membesar daging badannya dari rezeki yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama baginya”..
10-ALLAH SWT HANYA MENERIMA DOA DAN AMALAN YANG DIHASILKAN MELALUI REZEKI YANG HALAL DAN ALLAH SWT AKAN MEMURKAI MEREKA YANG BERDOA DAN BERIBADAT DENGAN MENGGUNAKAN REZEKI YANG HARAM.
Dengan rezeki yang halal jugalah yang boleh menjamin doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Dalam kita sibuk mengejar matlamat kehidupan kita sebagai seorang muslim,kita semestinya tidak akan dapat lari daripada memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.Termasuklah dengan memakan makanan yang haram.
Daripada Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah S.A.W ada bercerita mengenai seseorang yang berada dalam kesusahan, kerungsingan dan memakai pakaian compang-camping menadah tangan,sambil berseru, “Ya RabbI, Ya Allah,Ya Tuhanku”,sedangkan dia makan, minum dan memakai pakaian adalah daripada hasil yang haram dan tidak halal. Maka,mana mungkin doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Justeru itu benarlah,dengan berbekalakan rezeki yang Halal,insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan dan keberkatan hidup sama ada di dunia mahupun di ahirat,kerana rezeki yang halal itulah merupakan nikmat kurniaan Allah yang terbaik.Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga pengambilan rezeki kita,agar boleh menjamin segala yang diambil adalah yang Halal lagi Baik. Insyaallah.
Sekian , Terima Kasih.
Semoga Memberi Manfaat…