SEJARAH JIPS DAN BAKA DALAM PDRM.

SEJARAH

PENUBUHAN

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) direalisasikan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005 yang mencadangkan agar bahagian agama ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis. Pada masa yang sama Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM turut membuat permohonan tambahan 537 perjawatan Cawangan ini yang telah dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 28 Mei 2005. Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan semasa, kedua-dua Bahagian Agama dan Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM telah digabungkan bagi membentuk BAKA PDRM. BAKA telah telah diluluskan penubuhannya mengikut Waran Perjawatan K41 tahun 2007 bertarikh 3 April 2007. BAKA diletakkan di bawah kawalselia Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN).

PERJAWATAN

Sebanyak 1,503 perjawatan diluluskan di mana 20% daripadanya diisi oleh pegawai beruniform (polis) dan selebihnya pegawai awam (Pegawai agama Jakim dan Kaunselor JPA). Baka beroperasi di peringkat Bukit Aman, Kontinjen, Daerah, Briged, dan batalion Pasukan Gerakan Am (PGA), Institusi latihan kepolisan, Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Unit Udara Polis (UUP).

OBJEKTIF

Antara objektif yang disasarkan adalah:

1. Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkesan;

2. Membentuk warga PDRM yang berakhlak, profesional dan berhemah

3. Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif;

4. Meningkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang murni dan cemerlang;

5. Memantapkan aspek pembangunan diri dan kesedaran kemajuan kerjaya warga PDRM yang lebih positif dan menghasilkan produktiviti dan berkualiti;

6. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa dan yang akan datang berkait dengan agama, psikologi dan kaunseling;

7. Menyediakan ruang pertukaran maklumat perkongsian kemahiran dan kepakaran dikalangan ahli-ahli akademik dan pakar-pakar dalam bidang agama, psikologi dan kaunseling untuk faedah PDRM.

KINI BAKA DIKENALI SEBAGAI  JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS)