Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

13  AMALAN SEPANJANG RAMADAN

13  AMALAN SEPANJANG RAMADAN

SOALAN :

Ramadan ini, ramai berlumba-lumba membuat amal  untuk  beroleh pahala.

Apakah amalan sunat yang boleh dilakukan di bulan mulia ini.

JAWAPAN

Ramadan adalah bulan penuh berkat. Padanya, ALLAH melimpahkan kasih sayangNya kepada hamba yang bertakwa. Ganjaran pahala beribadat sepanjang Ramadan juga ber lipat ganda melebihi bulan lain. Antara amalan diajarkan Rasulullah SAW  sebagai panduan seperti berikut:

1. BERDOA KETIKA MELIHAT ANAK BULAN

Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan ta rikh bermulanya Ramadan, maka hendaklah dia berdoa seperti diajar Rasulullah SAW.  Apabila seseorang melihat alhilal (anak bu- lan), maka berdoalah: “Ya ALLAH. munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam, Tuhan ku dari Tuhan mu adalah ALLAH” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. BERSAHUR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makan sahur lah kalian, sesungguhnya dalam makan sahur itu terdapat keberkatan” (Riwayat Al-Bukhari)

Antara hikmah syariat ber sahur adalah untuk membezakan antara puasa orang Islam dengan Yahudi serta Nasrani (ahlul kitab). Rasulullah SAW bersabda: “Pemisah (yang membezakan) di antara puasa kita dan puasa (ahlul kitab) adalah makan sahur (Riwayat At-Tirmidzi)

Sahur adalah ibadat agung sehingga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan malaikatNya memohon keampunan bagi orang yang makan sahur. Oleh itu, Rasulullah SAW amat menitikberatkan umatnya            untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sahur adalah berkat, maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun seorang antara kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNYA berselawat ke pada orang yang makan sahur.” (Riwayat Ahmad)

Kita dibenarkan untuk ber-sahur sehingga fajar terbit iaitu sampal azan solat subuh ber kumandang daripada Sahal bin Saad, beliau berkata: “Aku makan sahur bersama keluarga ku, ke mudian aku pun tergesa-gesa un tuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah (Riwayat Al-Bukhari) Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah agar dapat bersolat  subuh dan menambah kekuatan bagi orang yang berpuasa.

3.BERPUASA

Dalam Ramadan ini, disyariat kan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan keji bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari  Rasulallah SAW bersabda “Telah tiba kepada kami  Ramadan penuh keberkatan Diwajibkan oleh ALLAH ke atas kamu berpuasa “ (Riwayat Ahmad)

4.MENGHINDARI KATA-KATA KESAT

Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai, maka seseorang jangarilah mengerjakan rafats (perkataan yang keji ) dan jangan berbuat jahil (Riwayat Al-Bukhari), Oleh itu, disunnahkan bagi orang berpuasa untuk meng hindari perbualan lagha (tidak ada tujuan) mengumpat, bercakap kotor dan mencerca.

5. TIDAK BALAS CERCAAN ORANG

 Puasa mendidik seseorang itu menjadi penyabar. Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisal, maka (seseorang janganlah mengerjakan rafats (perkataan yang kej) dan jangan berbuat ja hill dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci maki, maka hendaklah dia mengatakan “Sesungguhnya aku sedang berpuasa” (Nabi me nyebutnya dua kali (Riwayat Al Bukhari

6. TIDAK DIBENARKAN BERBOHONG

Syariat melarang seseorang itu bercakap bohong ketika berpuasa. Bahkan, ALLAH mengancam untuk tidak menerima ibadat puasa, jika berbohong, Rasullah SAW bersabda “Sesiapa tidak meninggalkan perkataan dusta  dan pengamalannya, maka ALLAH tidak perlu kepada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya (Riwayat Al Bukhari)

7. BERSEDEKAH

Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan pada  Ramadan yang penuh berkat ini dengan meningkatkan amalan seperti bersedekah. Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak kedermawanan Baginda adalah pada Ramadan (Riwayat Al-Bukhari).

8. MEMBACA AL-QURAN .

Disunnahkan kepada semua umat Islam untuk bertadarus (membaca dan mempelajari) al- Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW bertadarus al-Quran bersama Jibrail setiap malam pada Ramadan. Ibnu Abbas berkata: Jibril menemuinya (Rasulullah) setiap malam Ramadan hingga Ramadan berlalu. Rasulullah memperdengarkan bacaan al- Quran kepadanya… (Riwayat Al-Bukhari)

Golongan salafus soleh (sahabat Rasulullah, tabiin dan tabi tabiin) amat menjaga amalan membaca al-Quran pada Ramadan. Sudah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengkhatamkan al-Quran berkali-kali pada bulan ini. Namun, tiada periwayatan yang menunjukkan mereka pernah menganjurkan khatam Al-Quran sebagimana di Malaysia. Jika amalan tersebut disuruh oleh Rasulullah SAW, pasti para salafus soleh  telah mendahulukan kita dalam menganjurkan upacara tersebut. Bila tiada dalil, maka upacara tersebut bukan termasuk dalam amalan agama Islam yang sebenar.

9. BERZIIDR, BERDOA DAN BERISTIGHFAR

Ramadan adalah bulan di mana pintu rahmat (kasih sa-yang) dan keampunan dibuka seluas-luasnya, serta ALLAH melipatgandakan pahala kepada hamba tanpa batasan. Oleh itu, hendaklah kita memperbanyakkan zikir, berdoa dan memohon keampunan kepada ALLAH kerana pahala akan diberi jauh lebih tinggi berbanding bulan lain.

10. MELAKUKAN UMRAH

Berusahalah untuk mengerja kan umrah pada bulan Ramadan jika berkemampuan kerana pahalanya menyamai ibadat haji. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang Ramadan, maka kerjakanlah um rah, kerana sesungguhnya umrah pada Ramadan adalah menyamai haji…” (Riwayat Al-Bukhari)

Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-AsqolanI: Pahala umrah pada Ramadan menyamai pahala haji. tetapi bukan bererti umrah tersebut dapat menggugurkan kewajipan haji. Berdasarkan Ijmak, umrah tidak dapat menggantikan fardu haji sehingga orang yang berumrah (pada Ramadan) mengerjakan fardu haji.

11.IBADAT PADA MALAM LAILATUL QADAR

Pada Ramadan ini terdapat satu malam yang lebih mulia daripada 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar. seperti yang tertulis dalam Surah Al-Qadr, ayat 1-5. Justeru, hendaklah kita semus meng gandakan ibadat pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ia dilakukan terutamanya pada bilangan ganjil  iaitu

malam ke-21, 23, 24,27 dan 29.

 12. MENGGADAKAN IBADAT DAN BERIKTIKAF 10 HARI TERAKHIR

Bila tiba pada 10 hari terakhir Ramadan,  Rasulullah SAW menggandakan dengan beribadat dan beriktikaf di masjid. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani.  Secara bahasa, iktikaf bermaksud membatasi diri pada sesuatu. Sedangkan menurut syariat ber erti menetap di masjid yang dilakukan oleh individu tertentu dengan sifat yang khusus.

Ketika beriktikaf adalah dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadat sunat seperti  bersolat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Rasulullah SAW  dan mempelajari Ilmu agama.

Daripada AisYah RA berkata: “Rasulullah bersungguh- sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.” (Riwayat Muslim)

13. BERBUKA PUASA IKUT SUNNAH

Rasulullah SAW mengajar umatnya adab ketika berbuka puasa. Antaranya adalah membaca doa yang sabit daripada Rasulullah SAW.

Antara doa tersebut adalalt Ibnu Umar berkata: Rasulullah jika berbuka puasa dengan membaca: “Semoga hilanglah haus, basahlah urat-urat dan tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Imam Abu Dawud) Berdoalah apa sahaja yang dihajati kerana waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.

PETIKAN DARI BUKU : HEBATNYA BULAN ISLAM. TULISAN : MOHD YAAKUB MOHD YUNUS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: