ANGKARA DOSA YANG SENI DAN MAKNAWI
Dosa bukan sahaja mengundang bencana fizikal, tetapi juga bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta daripada kebenaran. Ia menutup pintu hati daripada melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (surah Al-An’am 6: 44)
Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Tulisan ini hanya ingin mengingatkan kita bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri. Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui, apakah penuh pahala atau sebaliknya?
Keadaan…
View original post 563 more words