TERIMA KASIH ISA – BUNGA DARI KAMUNTING
(Sudah lama saya mencatatnya tetapi tidak pernah saya paparkannya. Buku saya: Bunga dari Kamunting: Terima Kasih ISA!, terus tersimpan. Sebulan yang lalu, seorang Dato’ meminta pandangan saya tentang ISA untuk dijadikan bahan kajian dan bukti hujah. Saya tidak segera memberi respons… justeru pengalaman sendiri hakikatnya bersifat “khusus” – yang tidak mungkin boleh dijadikan kayu ukur untuk “menghukum” sesuatu yang bersifat umum. Saya memilih untuk berdiam diri. Bukan tidak berpendirian, tetapi itulah pendirian saya (buat masa ini).
Saya terdiam. Lama bertafakur. Mencari jawapan dari pelbagai ulama dan intelektual Islam. Akhirnya saya mengambil sikap tawakkuf – berdiam sambil terus berusaha mencari ketepatan jawapan, bila ditanya ISA itu masih relevan atau tidak. Biarlah saya bersalah kerana tidak menghukum daripada bersalah akibat tersalah hukum. Ini bukan soal personal, tetapi soal prinsip yang melibatkan keadilan dan kesaksamaan hak sesama manusia di neraca KEADILAN Allah!
Namun, masih banyak yang boleh saya kongsikan apabila ditanya tentang ISA…
View original post 2,558 more words