Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Manusia Beramal Soleh Tetapi Hakikatnya Ahli Neraka

Ada hadith lain yang menjelaskan masalah ni:

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ

وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Terj:

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahlu surga berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia adalah dari golongan ahlu neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahlu neraka berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia adalah dari golongan ahlu surga”. (HR Bukhari, no 2683, dari Sahal bin Saad, lidwa)

Siapakah golongan yang nampak taat beragama, cuma tinggal sehasta sahaja lagi untuk ke syurga? Yang dimaksudkan dengan orang yang beramal dengan amalan ahli syurga itu hanyalah dlm pandangan manusia sahaja, dia memang nampak ahli ibadat, kerap ke mesjid, banyak dermanya, kerap mengerjakan umrah, tapi kemungkinan dia pengamal rasuah, politikus yang rakus, businesman yang menjadi kroni serta mereka memiliki gaya hidup yang menyimpang dari agama, seperti kejam dan zhalim dengan isteri dan anak-anaknya atau menyimpan perempuan simpanan, semua ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Siapaka pula yang beramal dengan amalan ahli neraka hingga tinggal sehasta lagi untuk ke neraka? Mereka ialah orang yang memang dikenali sebagai orang fasik oleh mata manusia secara zahir, tapi tanpa kita ketahui, dia memiliki nilai2 murni seperti secara diam-diam dia membantu org miskin, membantu ibu tunggal, melupuskan hutang orang yang tersepit, membuat waqaf. Maka Allah mengampuninya. Begitu juga dengan golongan artis yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan glamer dan mendedahkan aurat serta pelbagai skandal, tapi di penghujung hidupnya dia taubat, juga non-muslim, penyembah berhala, sarat dengan kekufuran, tapi dia memilih utik memeluk Islam, maka Allah hapuskan kejahatannya.

Isu seterusnya dalam beramal ialah IKHLAS. Ini juga maksud hadith di atas. Kita mungkin banyak melakukan amal, tapi jika ia tidak ikhlas, maka walaupun kita sudah nampak sehasta sahaja untuk ke syurga, tapi kerana amal2 kita yg banyak itu tidak ada sifat Ikhlas, maka amal2 tsb akan ditolak.

Rumusan hadith ini:

1. Untuk mereka yang termasuk dalam kumpulan yang mukmin dan taat kpd Allah, jangan terlalu yakin, jgn terpedaya dengan amalan anda. Yang dikira adalah sampai ketitik akhir hidup anda. Amal mesti betul dan ikhlas.

2. Untuk ahli maksiat pula, jangan putus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan yang Maha luas. Taubat Nasuha dapat membersihkan anda.

3. Jauhi fahaman Neo-Jabariah, anda menyerahkan nasib kesudahan anda kepada suratan takdir.

4. Jangan tuduh Allah itu menganiaya manusia, sebab Allah dah beri disclaimer dalam AQ:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

AQT 41:46 [Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: