Fahaman Sekular Menyebabkan Hidup Anda Jauh Daripada Allah SWT
Apabila pelajaran dan pendidikan tidak bertunjangkan tauhid atau ketuhanan. Maka penjajahan akal fikiran pun berlaku di kalangan insan. Itulah yang dinamakan fikiran sekular. Fikiran sekular itulah yang akan berlaku penjajahan ke atas penjajahan oleh hawa nafsu pula. Apabila fikiran dijajah oleh faham sekular dan nafsu. sungguh dahsyat dan bahaya kepada manusia. Kerana penjajahan terhadap akal fikiran orang tidak sedar dan payah disedarkan…
Ideologi sekularisma tajaan Barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia ini dari agama, dengan harapan terciptanya hidup yang indah, rupa-rupanya telah memberi hasil yang sangat buruk. Kehidupan manusia jadi begitu pincang dan cacat. Di Barat terutamanya, di mana pusat ajaran sekular ini dijayakan, masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya. Sudah rosak serosak-rosaknya. Tanpa agama, mental dan spiritualnya dikuasai nafsu dan syaitan 100 peratus, hingga jadilah manusia seperti syaitan atau binatang. Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi sama sekali. Kita orang Timur pun, walaupun katanya beragama, tapi kerana…
View original post 1,983 more words