Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Nafkah batin bukan sekadar seks

Nafkah batin bukan sekadar seks

Jalan Akhirat



Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin?

Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam…

View original post 646 more words

Rahsia di sebalik kewajipan solat

Rahsia di sebalik kewajipan solat

Jalan Akhirat



IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.

Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Masjid Umar Al-Khattab telah menganjurkan seminar ‘Solat dari Perspektif Sains’ di Bukit Damansara pada 23 Januari lalu.

Program tersebut telah menghimpunkan seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada saudara Muslim, mualaf dan penduduk setempat.

Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji yang juga selaku Ketua Unit Dakwah Penyelidikan berkata, program tersebut telah memberi pengetahuan kepada peserta cara dan. kaedah menyempurnakan…

View original post 466 more words

Khasiat Solat secara saintifik

Khasiat Solat secara saintifik

Jalan Akhirat

Membongkar khasiat solat secara saintifik

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr…

View original post 903 more words

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Hikmatun

Salaaam alaikum w.b.t….. Di sini ada beberapa video yang dibuat oleh rakyat-rakyat Amerika Syarikat sendiri yang mahu membongkarkan kejahatan Illuminati untuk menguasai dunia. Kita perlu tahu tentang perbuatan dan kegiatan-kegiatan mereka. Kerana Illuminati sekarang telah benar-benar dapat mempengaruhi dunia hingga ke negara kita sendiri tanpa ramai dari kita sedari. Dan mereka mahu mengajak manusia untuk menyembah IBLIS (Lucifer) laknatullah secara halus. Video-video di bawah adalah untuk kita membuka minda dan bersedia menghadapi pengaruh dari mereka. Semoga Allah S.w.t melindungi kita dan membantu kita untuk melawan kumpulan-kumpulan penyembah syaitan bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengikut yang amat besar itu, amiiin.

Open Your Mind – Illuminati Symbolism – It’s All Around You!

Illuminati & Baphomet

View original post 195 more words

Ramai saintis mengakui kebenaran AlQuran

Ramai saintis mengakui kebenaran Al-Quran

Hikmatun

Salaam alaikum w.b.t…. Tahukah anda betapa ramainya saintis telah membuat pengakuan bahawa banyak kandungan dalam AlQuran menepati ilmu sains dan teknologi sekarang ini. Dan banyak penemuan-penemuan baru sebenarnya telah terkandung maksudnya di dalam AlQuran. Di sini disertakan beberapa dari kata-kata pengakuan mereka.

“Agama dapat menjadi petunjuk yang berhasil untuk pencarian ilmu pengetahuan. Dan agama Islam dapat mencapai sukses dalam hal ini. Tidak ada pertentangan antara ilmu genetika dan agama. Kenyataan di dalam al-Quran yang ditunjuk­kan oleh ilmu pengetahuan menjadi valid. AI-Quran yang berasal dari Allah mendukung ilmu pengetahuan.

– Prof. Dr. Joe Leigh Simpson , Ketua Jurusan Ilmu Perbidanan dan Ginekologi dan Prof. Molecular dan Genetika Manusia, Baylor College Medicine, Houston, Amerika Syarikat.

“Nabi Muhammad SAW sebagai buku ilmu pengetahuan dari Allah. “

– Prof. Marshall Johnson, Guru Besar ilmu Anatomi dan Perkembangan Biologi, Universiti Thomas Jefferson,

Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

“AI-Quran adalah sebuah kitab, petunjuk, kebenaran, bukti,” dan kebenaran…

View original post 209 more words

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman

42 Hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman

Hikmatun

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh…

View original post 8,909 more words