Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

10 Tips Buat Pendakwah

10 Tips Buat Pendakwah

Syeikh Jum’ah Amin rahimahullah, menyarankan 10 pendekatan asas dalam berdakwah iaitu:

1. القدوة قبل الدعوة
Jadilah Qudwah sebelum berdakwah

2. التأليف قبل التعريف
Lakukan ikatan hati sebelum suntikan fikrah

3. التعريف قبل التكليف
Pengenalan asas sebelum memberi tanggungjawab

4. التدرج في التكليف
Bertahap dalam memberikan tanggungjawab

5. التيسير لا التعسير
Memudahkan bukan menyusahkan

6. الأصول قبل الفروع
Perkara pokok sebelum perkara cabang

7. الترغيب قبل الترهيب
Memberi galakan (berita gembira) sebelum ancaman

8. التفهيم قبل التلقين
Memberi kefahaman bukan mengarah semata-mata

9. التربية لا التعرية
Mendidik bukan mengherdik

10. تلميذ إمام لا تلميذ كتاب
Murid guru bukan murid buku

Jadilah Pendakwah Kepada Kebaikkan, Jangan Jadi Penghasut

Jadilah Pendakwah Kepada Kebaikkan, Jangan Jadi Penghasut

Jadilah Pendakwah

Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah merupakan gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

Mus’ab bin Umair RA seorang pemuda yang diperintah Rasulullah SAW untuk berdakwah ke Kota Yathrib. Tanpa sebarang alasan, anak muda yang hanya berkesempatan beberapa ketika bersama Rasulullah SAW setelah pulang dari hijrahnya ke Habshah bergerak ke Yathrib bersama sahabat-sahabat mulia dari kalangan Aus dan Khazraj yang telah berbaiah dengan Rasulullah SAW. Akhirnya Islam berkembang di Yathrib, terbuka Kota Madinah menyambut kehadiran Rasullah SAW dalam peristiwa hijrah.

Setiap orang mempunyai posisi dan penjuru dakwah masing-masing. Allah berikan kelebihan berbeza dengan seseorang yang lain.

Ada yang kelebihannya berdakwah kepada yang belum Islam. Dakwahnya mengislamkan.

Ada yang kelebihannya mengislahkan yang telah Islam yang lemah imannya. Yang tenggelam dalam kemaksiatan. Dakwahnya merubah dan membina.

Ada yang pandai bercakap dalam menyampaikan dakwah. Dakwahnya dengan berhujah, menasihat dan berhikmah.

Ada yang kelebihannya berdakwah dengan penulisan, menghasilkan buku, artikel juga dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, WhatsApp, Telegram dan lain-lain.

Ada yang dakwahnya sesuai dengan kanak-kanak kecil.
Ada pula dakwahnya sesuai dengan remaja.
Ada juga dakwah yang selalu mencuri perhatian orang berusia.

Masing-masing memposisikan urusan dakwah mereka sesuai dengan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

Jangan pula kita menilai dakwah orang lain tak sesuai, tak tepat, tak betul, apabila dakwah mereka tidak seperti dakwah kita.

Ingatlah kalau tidak kerana guru yang mengajarkan alif ba ta takkan nanti adanya ulama yang mengajar ribuan manusia.

Kalau tidak kerana adanya usaha mengajak yang hanyut dengan maksiat kembali kepada Allah, siapa pula nak menyelamatkan mereka?

Ayuh duduklah di posisi dan penjuru masing-masing. Kenal potensi dakwah yang ada pada kita. Yang tahu satu ayat, sampaikanlah walau satu ayat, yang tahu banyak, usahalah agar ilmu itu menjadi manfaat kepada manusia lain.

Bukan kita sahaja nakkan syurga, semua orang juga nakkan syurga.. tunjuklah jalan kepada mereka. Mungkin juga nanti di akhirat, kita yang menumpangi mereka ke syurga.

Kesan Tangan Manusia

Kesan Tangan Manusia

Menangis sanubari mengenangkan peristiwa terjadi di sekeliling kita dengan ujian penyakit berjangkit, gempa bumi, banjir, gunung berapi dan banyak lagi malapetaka bencana alam menakutkan jiwa dan perasaan. Peristiwa seperti ini menyedarkan kita bahwa bumi sudah tua dan sakit, sedang kita sudah di akhir zaman.

Menangis jiwa nurani melihat telatah masyarakat yang seakan tidak mengerti bencana-bencana ini banyak berpunca daripada tangan-tangan manusia. Perubahan cuaca dan iklim yang ekstrim dan tidak menentu, penyakit-penyakit yang baharu dan lain-lain sewajarnya memberi persoalan dan keinsafan besar dalam fikiran manusia yang berakal dan hati yang hidup.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Kita juga sering mendengar Hadis tentang akhir zaman semisal;

لا تقوم الساعة حتى يُقبض العلم، وتكثر الزلازل، ويتقارب الزمان، وتظهر الفتن 

“Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu seakan berjalan dengan cepat, dan timbul berbagai macam fitnah.” (HR Bukhari).

Ibn Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahwa gempa bumi terjadi hampir di seluruh penjuru bumi. Dalam kitabnya yang berjudul Fath al-Bari, dia berkata:

قوله وتكثر الزلازل قد وقع في كثير من البلاد الشمالية والشرقية والغربية كثير من الزلازل ولكن الذي يظهر ان المراد بكثرتها شمولها ودوامها

“Sungguh gempa bumi banyak terjadi pada negara-negara di utara, timur dan barat, namun yang nampak dari maksudnya lafaz ‘banyak’ adalah mencakup keseluruhan dan terjadi terus-menerus.”
Sumber: islamweb

Apa sikap kita terhadap ayat suci al-Quran dan hadis-hadis ini?

1. Bertaubat, Insafi diri dan terus melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
2. Takut akan azabNya yang pedih dengan menjauhi seboleh mungkin maksiat dan dosa.
3. Berusaha memelihara kebersihan dan kesihatan diri, alam sekitar dengan melakukan segala yang termampu mengikut kapasiti masing-masing.

Lihat sekeliling kita, pesan pada ahli keluarga dan rakan-rakan kita tentang perkara ini. Jangan biarkan mereka terus hanyut dengan keindahan dunia yang penuh hiburan, permainan dan senda gurau. Apakah jiwa kita sudah kosong menyaksikan kemusnahan alam dan kedahsyatan bencana tetapi masih berterusan bergelumang dengan kemaksiatan?

Firman Allah SWT:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Surah al-Hadid (20)

18 Garis Panduan Seorang Muslim Di Zaman Fitnah

Garis Panduan Seorang Muslim Di Zaman Fitnah

1) Jangan ikut perasaan, sebaliknya ikat diri dengan syariat.

2) Pastikan kesahihan dalam nukilan dan tidak tergesa-gesa menyebarkannya.

3) Jauhi kejahilan, sebaliknya utamakanlah ilmu dan pengajian.

4) Elakkan pendapat tidak matang ketika khilaf, sebaliknya lazimilah pendapat para ulama muktabar.

5) Jauhilah perkara-perkara baru (bid’ah) dan lazimilah sunnah.

6) Jangan dekati perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

7) Mencegah fitnah itu lebih mudah daripada menghilangkannya.

8) Berhati-hatilah dengan pengaruh hawa nafsu ketika berfatwa, sebaliknya berfatwalah dengan apa yang disuluh oleh dalil.

9) Sekiranya anda orang awam, jangan sesekali berfatwa ikut selera nafsu, sebaliknya bertaqlidlah kepada yang lebih arif.

10) Elakkan pendirian yang berbolak balik, sebaliknya tetaplah di atas agama ini dengan suluhan daripada balikan cahaya Al-Quran dan Sunnah.

11) Janganlah menentang nas-nas syarak dangan apa yang anda inginkan, sebaliknya jadikanlah apa yang diinginkan itu menepati nas-nas tersebut.

12) Awasilah perpecahan dan lazimilah berjamaah.

13) Jauhilah kegelapan, keburukan dan penyeksaan, sebaliknya lazimilah keadilan serta para ahlinya dan kebaikan serta para ahlinya.

14) Jangan sengaja mencari fitnah, sebaliknya mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya.

15) Jangan percaya pada hiasan fitnah, tetapi lihatlah kepada hakikatnya melalui pandangan mata hati seorang mukmin.

16) Awasilah sikap ghuluw (melampau) dan lazimilah kesederhanaan.

17) Awasilah penderhakaan dan tunaikanlah hak kewajipan.

18) Awasilah cetek pengamatan dan kenalilah asal usul kebenaran serta kesannya.

[Huraian Kitab al-Fitan Dan Tanda-tanda Kiamat dari Sahih Muslim – oleh Syeikh Sulaiman bin Sulaim al-Ruhaili Hafizahullah]

Umur Yang Baik

Umur Yang Baik

Setiap orang berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lanjut umur. Setiap orang mengharapkan agar sisa-sisa umur yang ada dapat melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat.

Namun, adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kelompok orang yang terbaik adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?” Baginda bersabda: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” Tanyanya lagi; “Siapakah manusia yang paling buruk?” Jawab baginda: “Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.” (Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih

Mukmin yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa melakukan amal soleh. Dengan sebab umur yang bertambah membolehkannya melakukan amal soleh yang pelbagai dan berterusan.

Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Modal yang banyak akan memberi peluang yang luas untuk dilaburkan dan peluang meraih keuntungan lebih banyak juga cerah. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.

Gunakanlah sebaik mungkin modal umurnya, modal kesihatan serta pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah sebagai modal untuk melakukan amal soleh. Gunakanlah semua modal yang ada untuk kita meraih pahala khususnya pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal dunia nanti.

Berkata Al Munawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini menyebutkan:

خير الناس من طال عمره وحسن عمله ) لان من كثر خيره كلما امتد عمره وكثر أجره وضوعفت درجاته(  وشر الناس من طال عمره وساء عمله ) لان الاوقات كرأس مال التاجر وكلما كان رأس المال كثيرا كان الربح أكثر

“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik perbuatannya”, kerana barangsiapa yang banyak kebaikannya setiap kali ia bertambah umurnya dan bertambah pahalanya dan ditinggikan kedudukannya, sedangkan “seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya”, kerana waktu adalah seperti modal seorang pedagang dan setiap kali modalnya banyak, nescaya keuntungan akan lebih banyak.” Lihat kitab At Taisir Bisyarh Al jami’ Ash Shaghir, 1/1071.

Saidina Ali RA lebih menyukai orang yang mati setelah usia lanjut di mana usia yang lanjut digunakan untuk mengenali Allah berbanding kanak-kanak yang meninggal semasa kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Saidina Ali:

مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ

“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Allah adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)

Namun perlu diingat, hadis di atas juga menyebutkan orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.

Umur yang lanjut tetap ada kebaikannya. Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah (bertaubat).” (HR Bukhari No: 7235)

Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fixed deposit berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.

26 AKHLAK MULIA MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI

AKHLAK MULIA

Imam al-Ghazali dalam  Ihya ‘Ulumuddin menyebutkan 26 ciri-ciri orang yang berakhlak mulia, iaitu :

1. ﻛﺜﻴﺮ ﺍﻟﺤﻴﺎﺀ
Ertinya: Merasa malu melakukan perbuatan buruk.

2. ﻗﻠﻴﻞ ﺍﻷﺫﻯ
Ertinya: Tidak menyakiti atau menyinggung perasaan
orang lain.

3. ﻛﺜﻴﺮﺍﻟﺼﻼﺡ
Ertinya: Selalu bersikap baik kepada orang lain.

4. ﺻﺪﻭﻕ ﺍﻟﻠﺴﻠﻦ
Ertinya: Berkata jujur.

5. ﻗﻠﻴﻞ ﺍﻟﻜﻼﻡ
Ertinya: Tidak banyak cakap.

6. ﻛﺜﻴﺮ ﺍﻟﻌﻤﻞ
Ertinya: Banyak bekerja atau menyumbang

7. ﻗﻠﻴﻞ ﺍﻟﺰﻟﻞ
Ertinya: Sedikit melakukan kesalahan.

8. ﻗﻠﻴﻞ ﺍﻟﻔﻀﻮﻝ
Ertinya: Tidak banyak melakukan berlebih-lebihan, baik dalam perkatan mahupun perbuatan.

9. ﺑﺎﺭﺍ
Ertinya: Berbuat kebajikan kepada sesama makhluk, khususnya manusia.

10. ﻭﺻﻮﻻ
Ertinya: Menyambung tali silaturrahim.

11. ﻭﻗﻮﺭﺍ
Ertinya: Menghormati orang lain,    muda mahupun yang tua.

12. ﺷﻜﻮﺭﺍ
Ertinya: Selalu bersyukur kepada Allah SWT.

13. ﺻﺒﻮﺭﺍ
Ertinya: Bersabar menghadapi segala ujian hidup.

14. ﺭﺿﻴﺎ
Ertinya: Reda terhadap apa yang dikurniakan Allah SWT.

15. ﺣﻠﻴﻤﺎ
Ertinya: Berusaha tidak cepat marah terhadap orang lain
(murah hati).

16. ﺭﻓﻴﻘﺎ
Ertinya: lemah lembut  kepada sesama makhluk.

17. ﻋﻔﻴﻔﺎ
Ertinya: Memelihara diri dari perbuatan maksiat.

18. ﺷﻔﻴﻘﺎ
Ertinya: Kasih sayang terhadap sesama makhluk.

19. ﻻ ﻟﻌﺎﻧﺎ
Ertinya: Tidak suka melaknat sesuatu atau orang
lain.

20. ﻻ ﺳﺒﺎﺑﺎ
Ertinya: Tidak suka mencela orang lain.

21. ﻻ ﻧﻤﺎﻣﺎ
Ertinya: Tidak suka mengadu domba.

22. ﻻ ﻣﻐﺘﺎﺑﺎ
Ertinya: Tidak melakukan ghibah atau mengumpat orang lain.

23. ﻻ ﻋﺠﻮﻻ
Ertinya: Tidak tergesa-gesa dalam melakukan segala sesuatu.

24. ﻻ ﺑﺨﻴﻼ
Ertinya: Tidak bakhil terhadap harta yang dimiliki demi
untuk menolong kesusahan orang lain.

25. ﻻ ﺣﻘﻮﺩﺍ
Ertinya: Tidak dengki kepada orang lain.

26. ﻻ ﺣﺴﻮﺩﺍ
Ertinya: Tidak hasad kepada orang lain.

2 sakit apabila masuk Neraka Allah.

2 sakit apabila masuk Neraka Allah.

1. Sakitnya api neraka dan seksaannya.
2. Sakit & seksa dibakar api kerinduan untuk melihat Wajah Allah yang ditangguhkan, atau diharamkan selamanya.

Allah, haramkanlah kami semua dari neraka-Mu.

Hadiahkanlah kami syurga-Mu, agar boleh kami menikmati lazatnya melihat Wajah-Mu ya Allah.

Sahabat sekalian, amalkanlah doa Nabi صلى الله عليه وسلم ini dengan ikhlas dan khusyuk;

“اللهم إني أسألك لذَّة النظر إلى وجهك، والشوقَ إلى لقائك”

“Ya Allah, sesungguhnya daku meminta untuk menikmati lazatnya menatap Wajah-Mu di syurga kelak, serta daku memohon kerinduan untuk bertemu dengan-Mu…”