Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

JAGA LIDAH

   Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang memelihara lidahnya,    Allah akan menutup kecelaannya.    Barangsiapa yang menahan kemarahannya,   Allah akan melindunginya dari seksaNya.    Dan barangsiapa yang menyatakan    keuzurannya kepada Allah,    Allah akan menerima uzurnya”.  

15 KESAN MENINGGALKAN SOLAT

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

15 KESAN MENINGGALKAN SOLAT

1- Allah SWT mengurangkan keberkatan hidupnya.

2- Allah SWT akan memayahkan rezekinya.

3- Allah SWT akan menghilangkan cahaya dari raut wajahnya.

4- Allah SWT tidak lagi menyenarai namanya sebagai seorang muslim.

5- Amal kebajikannya tidak lagi mendapat pahala. 6- Allah SWT tidak akan kabul doanya

KETIKA SAKARATUL MAUT

1- Mereka yang meninggalkan solat akan

menghadapi sakuratul maut dengan hina.

2-Meninggal dalam keadaan ssangat lapar.

3-Meninggal dalam keadaan sangat haus.

DI ALAM KUBUR

1- Allah SWT menyempitkan ruang kuburnya.

2- Allah SWT menjadikan kuburnya gelap –gelita.

3- Allah SWT akan mengazabnya sampai tiba hari Kiamat

KETIKA BERTEMU DENGAN ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT

1- Allah SWT akan membelenggu mereka yang meninggalkan solat.

3- Allah SWT tidak memandang mereka dengan penuh rahmat.

3- Allah SWT tidak mengampunkan dosanya malah akan diazab

dengan azab yang pedih.

View original post

Sebab-sebab Yang Membolehkan Mengumpat

Kitab Bimbingan Mukminin

Ketahuilah bahawasanya jika tiada jalan lain untuk mencapai sesutau tujuan yang betul menurut yang dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut-nyebut keburukan-keburukan orang lain, maka dalam hal yang seumpama ini dibenarkan mengumpat, dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.

Mengumpat dibenarkan dalam beberapa perkara saja, iaitu:

Pertama: Bila berlaku penganiayaan, seperti seorang yang terzalim mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. Dalam hal serupa ini, tidak mungkin jelas perkaranya, melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan-keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu, boleh mengucapkan alasan.”

Sabdanya lagi:

“Menahan hak orang adalah suatu penganiayaan bagi orang kaya.”

Kedua: Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seorang ashi (derhaka) ke jalan kebaikan.

Ketiga: Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam agama. Misalnya ia berkata kepada Tuan Mufti: Ayah…

View original post 354 more words

Bermuka-muka/Lidah Bercabang

Kitab Bimbingan Mukminin

Orang yang bermuka dua, atau biasanya disebut orang yang mempunyai lidah bercabang dua, ialah orang yang mendatangi kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuh, seraya berkata kepada setiap satu dari keduanya dengan kata-kata yang menghasut permusuhan antara satu sama lain. Ia sering memuji yang satu dan mencaci yang lain, serta berjanji pula untuk menolong tiap-tiap satu ke atas musuhnya. Inilah tanda-tandanya orang itu seorang munafik.

Akan tetapi jika ia mendatangi kedua-duanya, lalu menyampaikan kata-kata yang manis terhadap setiap satu dari keduanya, sedang segala yang dikatanya itu benar pula, maka ia bukanlah terkira orang yang mempunyai lidah yang bercabang dua dan bukan juga semorang munafik, sebab memang biasa ada orang yang berkawan dengan kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuhan. Tetapi dalam berkawan itu, dia suka menyampaikan percakapan seorang kepada yang lain, maka ia dicap seorang yang lidahnya bercabang dua, dan sifat ini adalah lebih buruk daripada sifat mengadu-domba, kerana si pengadu-domba itu hanya membawa…

View original post 233 more words

Tertib kesopanan dan amalan-amalan kebatinan

Kitab Bimbingan Mukminin

Tata-tertib kesopanan yang khas dalam amalan haji itu ada tujuh perkara:

Pertama: Hendaklah nafkah yang dibelanjakan itu dari harta yang halal, manakala segala perhatian dan tujuannya hanya semata-mata untuk Allah Ta’ala saja dan kerana membesarkan syiar-syiarNya. Orang yang menghajikan orang lain, hendaklah berniat bagi dirinya ziarah Baitullah Ta’ala dan menolong saudaranya yang muslim untuk menunaikan Fardhu Haji yang wajib ke atasnya, bukan kerana tujuan mencari untung atau berniaga dengan menggunakan agama untuk mencapai tujuan dunia. Jadi samalah seperti orang yang mencari dunianya dengan menjual amalan akhirat. Bahkan yang sepatutnya dia menggunakan kesempatan keduniaan itu untuk mencapai tujuan agama, yakni dapat berhaji dan berziarah sekaligus.

Kedua: meluaskan persediaan dalam makan-minum dan murah hati dalam membuat budi dan membelanjakan harta dengan bersedekah tidak terlalu lokek ataupun telalu boros, tetapi dengan sedeharhana saja menurut cara orang yang beriktisad. Membelanjakan wang dalam makan-minum kerana tujuan hai adalah nafkah yang dikeluarkan untuk jalan…

View original post 535 more words

Amalan haji yang batin, rahsianya dan tujuannya

Kitab Bimbingan Mukminin

Boleh dikatakan pada setiap amalan haji itu ada peringatan bagi orang yang ingin mengambil ingatan daripanya, dan contoh tauladan bagi orang yang ingin mengambil ibarat.

Apabila terbuka saja pintunya akan tersingkaplah segala rahsia dan muncullah perkara-perkara yang diperlukan untuk mensucikan hati disamping memperkuatkan fikiran. Allah s.w.t. telah memuliakan al-Baitul atiq (Ka’bah) di samping ZatNya yang agung dan menentukan Rumah Suci itu sebagai tempat tujuan untuk sekalian hamba-hambaNya. Kemudian dijadikan pula tanah-tanah di sekitarnya sebagai tanah haram yang suci bagi rumahNya untuk menandakan kebesaran dan kesucian tempat itu. Lalu dikuatkan lagi perkaranya dengan mengharamkan binatangnya dari diburu dan pohon-pohonnya dari dipotong.

Dijadikan rumah itu sebagai balai persembahan raja-raja yang didatangi oleh para penziarah dari segala rantau yang jauh, dan dari arah yang terpencil, dalam keadaan kusut-masai, tidak teratur merendahkan diri kepada Tuan punya Rumah Suci itu, semata-mata kerana menghinakan diri terhadap keagunganNya, dengan pengakuan untuk menjauhkan ZatNya daripada dikelilingi oleh sesebuah…

View original post 819 more words

Menjelaskan segala cacat-cacat barang dagangannya

Kitab Bimbingan Mukminin

Hendaklah ia menjelaskan segala cacat-cacat barang dagangannya yang terlihat ataupun tersembunyi. Tidak boleh disembunyikan tentang cacat-cacatnya. Itu adalah wajib.

Jika ia menyembunyikan juga kecacatan itu menjadilah seorang penipu atau penganiaya, sedangkan penipuan itu adalah hukumnya haram. Dengan itu juga ia telah tidak mengendahkan kebenaran dalam perkara jual beli sedangkan sifat ini adalah wajib.

Jika seseorang peniaga menunjukkan bahagian yang baik dari baju yang dijualnya sedangkan bahagian yang tidak baik diselindungkan, maka ia telah menjadi seorang penipu. Begitu juga ia mendedahkan pakaian yang diperdagangkan itu di tempat-tempat yang gelap, ataupun menunjukkan pasangan kasut atau sepatu yang baik saja, sedangkan yang tidak baik tidak ditunjukkan, ini termasuk juga sebagai seorang peniaga penipu.

Dalil yang menunjukkan pengharaman penipuan ialah riwayat berikut yang menjelaskan:

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjalan ke tempat seorang yang menjual makanan, terasa keinginan baginda kepada makanan itu, lalu dicecahkanlah tangannya pada makanan itu dan didapatinya basah. Maka baginda bertanya:…

View original post 375 more words

Pedoman agar tidak menyembunyi kecacatan barang dagangan (2)

Kitab Bimbingan Mukminin

Meskipun menjelaskan segala cacat-cacat barang dagangannya yang terlihat ataupun tersembunyi itu terasa agak sedikit berat bagi jiwa tetapi ianya akan segera menjadi mudah atas seseorang manusia apabila ia mempercayai dua perkara yang akan disebut. Yang pertamanya telah disebut (di sini) dan yang keduanya ialah:

Hendaklah ia mengi’tikadkan sebenar-benar i’tikad supaya sifat kejujuran itu menjadi lebih sempurna dan mudah dilakukan, bahawasanya keuntungan di akhirat dan kekayaan di sana itu lebih utama dari keuntungan dan kekayaan di dunia, dan bahawasanya kemanfaatan harta benda keduniaan itu akan habis bila berakhir umur seseorang dalam kehidupan dunianya, manakala penganiayaan dan dosanya akan tetap berkekalan.

Jadi, bagaimana seseorang yang waras fikirannya sanggup menukarkan sesuatu yang nilainya rendah dengan yang nilainya tinggi dan baik. Bukankah kebaikan itu terletak pada keselamatan agama?

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. berkata:

“Seseorang itu belum beriman dengan al-Quran selagi ia menghalalkan apa-apa yang diharamkan olehnya.”

Oleh itu barangsiapa yang mengetahui…

View original post 431 more words

Janganlah menyembunyikan cacat dalam sukatan atau timbangan

Kitab Bimbingan Mukminin

Perkara ketiga [yang pertama di sini dan yang kedua di sini] berhubung mu’amalah yang mudaratnya menyentuh orang perseorangan ialah tidak menyembunyikan cacat dalam sukatan atau timbangan.

Janganlah menyembunyikan cacat dalam sukatan atau timbangan. Maka sayugia membetulkan timbangannya dengan menambah sedikit supaya terkeluar dari kekeliruan. Hendaknya bagaimana ia menerima sukatan dari orang lain, begitu pula ia menyukat kepada mereka.

Allah telah berfirman:

“Neraka Wail bagi orang-orang yang mengurangi timbangan. Apabila mereka menyukat untuk dirinya diminta dicukupkan dan apabila mereka menyukat untuk orang lain atau menimbang lalu dikurangkannya.” (al-Mutaffifin: 1-3)

Dia tidak akan terselamat dari perkara yang terlarang ini, melainkan jika ia melebihkan sedikit jika ia menyukat atau menimbang untuk dirinya sendiri. Sebab sukar sekali hendak digambarkan keadilan yang sebenarnya.

Dari itu sebaik-baiknya ia melahirkan keadilan itu dengan menambah atau mengurangi sedikit, sebagai mana yang tersebut di atas kerana orang yang mengambil haknya secukup-cukupnya akan hampir melampaui hak orang lain.

View original post 123 more words