Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ILMU YAKIN, AINUL YAKIN, HAQUL YAKIN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tahapan Yakin “Cahaya yang tersimpan di dalam hati, datang dari cahaya yang langsung dari khazanah-khazanah kegaiban. Cahaya yang memancar dari pancaran inderamu berasal dari ciptaan Allah. Dan cahaya yang memancar dari hatimu berasal dari sifat-sifat Allah,” (Ibnu Athaillah). Allah itu sesuai dengan prasangka hamba-Nya. Seorang hamba yang yakin akan pertolongan Allah, maka dengan sangat meyakinkan Allah pasti akan menolongnya. Seorang hamba yang yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah akan mengabulkan doa-doa tersebut lebih dari yang kita minta

. Dari sini kita layak merenung, mengapa kita banyak kecewa dan tidak puas dalam hidup? Boleh jadi kita lebih yakin akan kemampuan diri serta pertolongan makhluk, daripada pertolongan Allah. Sungguh manusia itu sangat lemah. Ia sama sekali tidak kuasa mengatur dirinya sendiri, tidak tahu apa akan terjadi esok, serta berjuta kelemahan lainnya. Sungguh naif jika kita terlalu mengandalkan diri yang serba terbatas dengan melupakan Allah Yang Maha Segala-galanya. Maka, keyakinan yang bulat kepada-Nya…

View original post 474 more words

Hakikat Rahsia Sembayang

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat. Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya’ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:

“Mutu Qabla Anta Mutu” Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana’kan dirimu yang kasar, fana’kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa’. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

Maka untuk mendapatkan kata putus atau…

View original post 471 more words

10 pintu syaitan rosakkan manusia

Hikmatun

Organ dalam tubuh yang paling penting bagi manusia ialah hati yang akan menerima apa saja petunjuk Allah. Hati juga mudah menerima apa jua hasutan nafsu yang dibisikkan syaitan. Malaikat dan syaitan sentiasa beradu tenaga untuk menguasai hati manusia.

Seorang ulama pernah berkata, “Saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang dari 10 pintu�

View original post 420 more words

Jangan salah faham erti bersyukur

Hikmatun

Salaam alaikum w.b.t… seperti biasa, khutbah Jumaat hari ini ada diselitkan dengan Hadhari 😀 Cuma tadi ada satu point yang saya nak ulas di sini. Ramai antara kita yang salah faham konsep bersyukur. Bersyukur kepada Allah bermakna kita berterima kasih kepada Allah, menambahkan pengabdian kepadaNya kerana telah terlalu banyak berbudi kepada kita, membuat kebaikan dengan mengelakkan sangka buruk kepada ALlah dan tidak puas hati dengan apa yang diterima.

Tetapi ramai kita hari ini bersyukur dengan menambah kemaksiatan, bergaul lelaki perempuan tanpa batasan, berseronok dengan dunia hingga kan lupa kepada dosa pahala. Itu bukan bersyukur namanya, itu tidak mengenang budi dan tidak sedar diri namanya. Membiarkan maksiat berleluasa, dosa-dosa besar dibuat selamber, busuk hati dan berbuat jahat sesama manusia bukan tandanya kita bersyukur. Itu tandanya kita telah lupa dengan nikmat yang kita kecapi selama ini.

Marilah kita bersyukur yang benar-benar bersyukur dengan mengabdikan diri kita kepada ALlah dan membantu agama yang…

View original post 33 more words

Rasa bersyukur

Hikmatun

Oleh : DR. SIDEK BABA

adalah suatu sifat yang mulia. Remaja yang bersyukur adalah remaja yang memiliki akhlak yang terpuji. Bersyukur bermakna sandaran terima kasih atau rasa terhutang kepada Allah s.w.t. kerana rahmat dan nikmatNya. Rasa terhutang kepada Allah tidak boleh dibayar seperti manusia berhutang dengan manusia. Salah satu cabang makna Deen iaitu agama atau cara hidup beragama ialah dayana yang membawa maksud keberhutangan.

View original post 1,091 more words

Jangan bersedih! Inilah kaedah-kaedah untuk bahagia.

Hikmatun

Dipetik dari buku ‘La Tahzan’, ShaykhDr ‘Aidh Al Qarni

 

  Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dengan batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah SAW, “Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi.”

  Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

View original post 429 more words

TENGOKLAH HATI

Hikmatun

Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati seseorang dalam keadaan lengah dari dzikir kepada Allah. Ibnul Qoyyim al-jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu lengah dari dzikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam suatu ruangan.”

View original post 115 more words

AIR MATA

Hikmatun

  “… dan bahwasanya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis” (An Najm: 43)

 Ada 10 jenis tangisan menurut Ibnul Qayyim:

1. menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. menangis kerana rasa takut
3. menangis kerana cinta
4. menangis kerana gembira
5. menangis merasa hina dan lemah
6. menangis kerana menghadapi penderitaan
7. menangis kerana terlalu sedih
8. menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9. menangis orang munafik – pura-pura menangis
10. menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

 

View original post 513 more words

Perosak Hati

Hikmatun

Imam Ibnul Qayyim ra. menyebutkan ada 5 perkara yang dapat merosakkan hati : bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.

Bergaul dengan banyak kalangan

Pergaulan adalah perlu, tetapi tidak asal. Banyak orang yang hancur kehidupannya disebabkan oleh sesama manusia. Kelak di akhirat, banyak yang menyesal. Allah berfirman:

View original post 351 more words

Sama2 kita jauhi perangai2 Iblis ini

Hikmatun

Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Iblis sudah terkenal / popular di kalangan umat manusia sebagai musuh nombor 1 dan musuh bagi setiap individu. Walaupun ada juga sesetengah manusia yang menjadi kawan iblis tanpa disedari, tetapi hakikatnya dia adalah musuh ketat anak Adam, dan dia sendiri telah mengisytiharkannya. Iblis merupakan sejahat2 makhluk yang telah merosakkan jiwa dan raga anak cucu Nabi Adam a.s dari dulu hingga kini. Kita sebagai manusia sepatutnya mengelakkan diri dari bersifat dan berperangai dengan perangai Iblis. Tetapi dalam sedar tidak sedar, kita juga kadang kala berperangai dengan perangainya, na’uzubillah.

Maka sebaiknya kita tahu tentang perangai2 Iblis yang utama yang mana telah menyebabkannya dilaknat oleh Allah S.w.t dan telah dihalau keluar dari syurga dan diubah wajahnya menjadi seburuk kejadian. Dan bukan setakat kita perlu tahu, tetapi sama2 lah kita cuba jauhkan dari berperangai dengan perangai Iblis.

Untuk mengetahui perangai2 Iblis terutamanya perangai2 yang terawal yang ditonjolkan sendiri oleh Iblis, mari kita…

View original post 1,420 more words