Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Zon Masa setiap insan Berbeza

Zon Masa setiap insan Berbeza.

Setiap hari sudah tentu kita mencari kekuatan untuk berjaya dalam hidup melalui kata-kata motivasi, kisah-kisah inspirasi dan juga impian hidup untuk dikecapi.

Dalam kita berusaha walaupun dengan cara yang sama, berguru dengan orang yang sama, belajar di universiti yang sama, berpijak di bumi yang sama… Namun keputusan setiap manusia itu akan berbeza.

Ini kerana, setiap usaha dan tindakan kita akan mempunyai jarak masa yang berbeza, tempat yang berbeza, berurusan dengan manusia yang berbeza, berada dalam situasi yang berbeza, berkata dengan nada dan perkataan yang berbeza dan anda adalah orang yang berbeza dari orang lain.

Jadi jangan sedih dan hairan jika anda melihat ada insan yang berjaya lebih awal atau mudah dalam perjalanannya… Kerana zon masa kita adalah berbeza.

 Ada yang buat bisnes cepat berjaya, ada yang berumahtangga cepat mendapat zuriat, ada yang belajar cepat dapat ilmunya, ada yang berdoa cepat makbulnya, ada yang susah cepat dapat pertolongannya.

Zon masa kita berbeza.

Lihat pada diri anda yang penuh keajaiban. Masa berjaya anda tertunda ini bukanlah kerana kelemahan anda semata-mata tapi zon masa anda berbeza dengan orang lain.

Sudah tentu usaha anda masih perlu diteruskan tapi jangan merungut dan mencela siapa-siapa jika anda masih belum berjaya.

Jika anda berjaya terlalu cepat dan mudah… Barangkali ia akan menghapuskan sifat anda untuk terus belajar.

Pernah dengar kata-kata “Cepat Naik Cepat Jatuh?” Ada benarnya. Memang betul kita pernah dengar kata-kata sifu “Kalau boleh berjaya cepat kenapa nak lambat? Kalau orang lain boleh kenapa kamu tak boleh?

Adakalanya tiada satu pun kata-kata motivasi yang dapat disesuaikan dengan diri kita dalam situasi tertentu melainkan kalimat dari Tuhan.

Zon masa setiap insan berbeza. Anda teruskan berusaha.. Jangan tekan diri anda kerana kata-kata orang lain melampaui keterbatasan diri anda. Serah diri dan doa kepadaNya. Mohon petunjukNya, mohon kekuatan dariNya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: