Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Laksanakan Sekarang Kerana Esok Belum Pasti

Laksanakan Sekarang Kerana Esok Belum Pasti

Setiap kita perlu sentiasa merebut kesempatan yang dimiliki untuk menyediakan bekalan bagi persiapan hari mendatang. Jangan sekali-kali kita menangguhkan peluang yang diberi.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Hasry: 18)

Hassan Al-Banna mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.

Ibnul Jauzi berkata: Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjaja barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di akhirat nanti. Barangsiapa yang memanfaatkan waktu lapang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barangsiapa memanfaatkan keduanya dalam maksiat, dialah yang tertipu.

INGAT!!!!

Hari ini masih kuat dan gagah

Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah

Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah

Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.

Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah

Kerana esok hari belum pasti boleh berubah

Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah

Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah

Hari ini berpakaian baju dan jubah

Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

Hari ini berpijak di atas tanah

Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah

Hari ini berkenderaan serba mewah

Mungkin esok hanya ada kereta jenazah

Hari ini janganlah bermegah-megah

Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah

Hari ini banyakkan doa dan berharap pada Allah

Semoga esok hidup dalam redha Allah

Hari ini kuatkan taat, banyakkan amal ibadah

Moga esok masih istiqamah

Hari ini andai datang ketentuan Allah

esok terimalah ia dengan tabah

Hari ini andai ada silap dan salah

Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.

Hari ini kita dalam taqdir Allah

Besok hari hanya dalam ilmu Allah.

Hari ini kita berukhuwah dan bermadah

Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: