Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Allah Melihat Kejahatan Kita

Allah Melihat Kejahatan Kita

=========

1. Ketika Abu Jahal merancang untuk menghalang dan memijak tengkuk Rasulullah yang sedang solat, Allah memelihara Baginda dengan mendatangkan malaikat yang mengawalnya. Sehingga Abu Jahal berundur dan Qurasyh terkejut melihat kelakuan Abu Jahal tersebut. Lalu Qurasyh bertanya, mengapa engkau mundur dari memijak lehernya? Abu Jahal menjawab:

فَقَالَ إِنَّ بَيْنِي وَبَيْنَهُ لَخَنْدَقًا مِنْ نَارٍ وَهَوْلًا وَأَجْنِحَةً فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ دَنَا مِنِّي لَاخْتَطَفَتْهُ الْمَلَائِكَةُ عُضْوًا عُضْوًا

(Aku melihat tiba-tiba) Ada di antara aku dan dia parit dari api, huru-hara dan banyak sayap. Rasulullah bersabda: “Andai dia mendekatiku, malaikat akan menyambar anggota badannya satu persatu.” (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Tabari, peristiwa ini menyebabkan turunnya ayat-ayat yang mencela kejahatan Abu Jahal sehingga Allah menurunkan ayat yang menyebutkan:

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ

Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (Tafsir al-Tabari & Muharrar fi Asbab al-Nuzul)

3. Insiden ini memberi kita pengajaran bahawa setiap kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu akan sentiasa diperhatikan oleh Allah. Malah ayat ini turut mengingatkan bahawa Allah sentiasa memerhatikan kelakuan jahat manusia sekalipun dilakukan dalam keadaaan tersembunyi.

4. Ini kerana manusia suka melakukan maksiat secara bersembunyi. Baginda Nabi pernah menjelaskan tabiat ini dalam sabdanya yang berbunyi:

وَالإِثْمُ مَا حاكَ في نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

“Dan dosa maksiat itu adalah apa yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka orang melihatnya.” (HR Muslim)

5. Oleh yang demikian, renungi ayat ini sebaik-baiknya. Tampallah ia di dalam bilik sekiranya perlu untuk mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa memerhati kelakuan kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: