Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN

YANG MUNCUL HANYA SEKALI DALAM AL-QURAN

Al-Quran sangat teliti dalam pemilihan perkataan. Kekadang satu kalimah itu apabila diterjemahkan, terjemahannya sama sahaja dengan kalimah lain dalam al-Quran, sedangkan hakikat sebenar sangatlah berbeza.

Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian dijalankan ialah kalimah-kalimah yang unik dan bersendirian, yang hanya muncul sekali sahaja tanpa ada pengulangan dalam apa jua bentuk. Ia disebut “al-Farid” atau jama’nya, “al-Fara’id”.

Ilmu al-Faraid ini lahir dari satu keyakinan bahawa  يصغ كل شئ في موضعه الأحق الأجدر بوجوده الذي لا يصلح غيره أن يحل محله ?

Tahukah anda enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Nuh iaitu نسرا , تزدزي , منهمر , دسر , ابلعي dan أقلعي  ?

Tahukah anda ada enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Hud iaitu الأحقاف , ريع , إرم , منقعر , حسوما dan صرعى ?

Tahukah anda ada tiga kalimah fara’id dalam kisah Nabi Soleh iaitu سهولها , فارهين dan دمدم ?

Tahukah anda ada tujuh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Ibrahim, Ismail dan Luth iaitu يزفون , حنيذ , صكت , الروع , تفضحون , تله dan للجبين ?

Tahukah anda ada tiga belas kalimah fara’id dalam kisah dan surah Yusuf iaitu اطرحوه – يرتع – دراهم – الزاهدين – غلقت – هيت – شغفها – خبزا – حصحص – نمير – صواع – تفتأ – تفندون ?

Tahukah anda ada tiga puluh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Musa ?

Tahukah anda ada sembilan kalimah fara’id dalam kisah Nabi Daud dan Sulaiman iaitu السرد – ففهمناها – فتبسم – الهدهد – الخبء – عقريت – جفان – الصافنات – رخاء ?

Tahukah anda ada empat kalimah fara’id dalam kisah Nabi Yunus iaitu أبق – فساهم – يقطين – ذا النون ?

Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Zakariya iaitu اشتعل dan رمزا ?

Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Isa dan Maryam iaitu المخاض dan تدّخرون ?

Dan tahukah anda ada empat belas kalimah fara’id dalam kisah Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran seperti نبتعل – فظّا – فتهجد – قاب – قوسين – بضنين dan lain lain ?

Tahukah anda ada sebelas lagi kalimah fara’id dalam lima kisah-kisah al-Quran yang tidak berulang dalam al-Quran seperti فجوة – أيقاظا – ردما – العرم – الفيل dan lain lain ?

Kajian juga menemui dapatan berikut dan pengkaji merungkai hikmahnya bersama :

– hanya 28 surah sahaja yang tiada kalimah fara’id !

– kalimah fara’id paling banyak dalam surah al-Baqarah iaitu 23 kalimah !

– terdapat 405 kalimah fara’id kesemuanya dalam al-Quran !

– majoriti al-fara’id ini dalam kisah-kisah umat terdahulu !

– al-fara’id paling banyak dalam kisah Nabi Musa !

Lalu bagaimana tadabbur kita pada kalimah-kalimah ini ? Bagaimana isu ini dilihat dari perspektif mukjizat (al-Quran mencabar manusia dan jin untuk mendatangkan seperti al-Quran) ?

Lebih menarik dan bakal “mengenyangkan” anda ialah perbincangan rahsia pemilihan kalimah itu pada menjelaskan uniknya karakter khusus manusia yang dimaksudkan oleh nas-nas yang diturunkan dari Tuhan seluruh manusia (رب العالمين) berkenaan.

-Ustaz Syaari Ab Rahman (Jurulatih Utama Tadabbur Centre)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: