Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pernahkah rasa kamu betul-betul sendirian?

Pernah kan rasa kamu betul-betul sendirian?

Tiada manusia tempat kamu menagih kasih dan sayang.

Kamu berbaring, berharap agar ada seseorang mahu bersandar di bahumu dan sanggup mendengar luahan perasaanmu.

Namun tidak ada seorang pun yang mampu.

Kamu telah membuka hatimu dan mencuba untuk menjaga perhubungan yang tinggal,

Namun setiap kali kamu cuba bangkit berdiri, dunia tetap juga mahu bergaduh, menjerit, menolak hingga kamu jatuh lagi dan lagi.

Kamu tidak tahu sampai bila lagi kamu harus bertahan menyapu luka.

Apa lagi ketika kamu hampir sembuh, ada lagi luka-luka baru yang terhasil.

Kamu tertanya, “Adakah masalah ini akan selesai akhirnya, Tuhan?”

Saat kamu hampir mahu putus asa, terngiang-ngiang pesan Dia,

‘Innalillahi wainna ilaihi rajiun’

‘Kami milik Allah, dan hanya kepada Allah SWT kami dikembalikan.’

Semua yang kita ada milik Dia. Tak ada satu pun milik kita.

Lalu kenapa kita merintih saat Dia menguji, sedangkan nafas ini juga bukan milik kita?

Sedangkan kita hanyalah hamba.

Kenapa kita berputus asa dengan kasih sayang, padahal Allah tidak henti-henti menyatakan kasihnya dalam setiap ujian?

Kita tidak pernah sendiri.

Kalau pun kita rasa dunia sentiasa memusuhi kita, kita tetap ada Allah yang tidak pernah berhenti menyayangi kita.

Allah menguji supaya kita kembali ingat dan sentiasa pilih untuh mencari-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: