Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Merawat Iman

Merawat Iman

Iman seseorang adakalanya tinggi, kadang-kala akan merundum jatuh. Untuk memastikan Iman kita sentiasa tetap dan istiqamah, kita perlu sentiasa  merawat Iman.  Antara jalan untuk merawat Iman:

1. Duduk Bersama Orang Soleh

Imam Ahmad Ibnu Hanbal berkata:

وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ

 “Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang beroleh taufik, memahami perintah Allah serta suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat”.

Orang yang soleh akan sentiasa memberi nasihat kepada sahabatnya kerana Allah.

Kata Zainul Abidin Ali ibn Hussain

إِنَّمَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ إِلَى مَنْ يَنْفَعُهُ

 “Sesungguhnya lelaki yang sejati hanya ingin duduk (bergaul) bersama orang yang dapat memberi manfaat bagi agamanya”

2. Penyertaan Di dalam Beramal

Sentiasa mencari peluang untuk turut sama beramal ketika duduk di dalam komuniti atau masyarakat sama ada dalam bentuk pemikiran, fizikal, wang ringgit dan sebagainya.

Firman Allah SAW:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3. Sentiasa Menghubungkan Diri Dengan Majlis Ilmu

Rasulullah SAW bersabda:

 مَن سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًاسَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلى الجَنَّةِ

“Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga” Hadis Riwayat Muslim

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menambah ilmu, sama ada sering mendengar kuliah atau ceramah di masjid mahupun mengikutinya secara live di laman sosial seperti TV, FB live, Google meet dan sebagainya. 

4. Bersungguh Beribadah Dan Mujahadah Melawan Nafsu

Bersungguh-sungguh dan cergas di dalam beribadah seperti ibadat fardhu juga sunat seperti solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran dan sebagainya. Berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsu dan jangan sekali-kali menyerah kalah.

 5. Muhasabah Diri

Jadikan budaya muhasabah an-Nafs, agar jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Kata Saidina Umar: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.

Istiqamah dalam mutaba’ah amal fardi seperti solat lima waktu secara berjamaah bagi lelaki di masjid, amal-amal sunat seperti solat sunat, zikir, puasa, sedekah dan sebagainya

6. Mengurangkan Perkara Yang Harus

Bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.

SEBAIK-BAIK MANUSIA

Sebaik-Baik Manusia

Tahukah kita siapakah sebaik-baik manusia? Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Pelbagai kriteria dan ciri boleh kita sebut yang menunjukkan seseorang itu terbaik.

Mari kita lihat siapakah sebaik-baik manusia menurut Rasulullah SAW dalam hadis baginda.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari no. 5027).

Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan berpahala ibadah apabila membacanya. Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam serta panduan hidup yang mengandungi keterangan petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah.  Firman Allah SWT:

هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(Al Quran) sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (al-Baqarah, 185).

Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain yang mengikutinya (Fadail al-Qur’an, 1/126) melalui mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa orang yang belajar al-Quran mendapat kebaikan walaupun tidak mengajarkannya. Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain akan mendapat kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76).

Hadis ini juga menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi mereka yang mempelajari al-Quran. Bagi mereka yang telah belajar dan berkemampuan, mereka dituntut mengajarkannya pula kepada orang lain. Belajar al-Quran adalah dengan maksud mempelajari cara bacaan terutama secara musyafahah, memperbetulkan sifat huruf dan makhraj serta bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil.

Mereka yang tidak tahu membaca al-Quran, wajib mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa malu.

Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-Quran kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Quran yang sentiasa dibaca oleh murid.

Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz dan belajarlah ilmu-ilmu al-Quran, antaranya tafsir, asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya.

Al-Quran adalah kitab hidayah, justeru jangan biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja. Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik di muka bumi ini.

Terdapat hadis lain yang menjelaskan kelebihan ahli al-Quran, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta pemberi syafaat pada hari akhirat kelak. Kelebihan bukan hanya untuknya sahaja malah untuk kedua ibu bapanya.

Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ  وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا  فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ  فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ  ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا  فَهُوَ فِي صُعُودٍ  مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

“Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia.

Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al-Qur’an)”.[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadith ini hasan.

Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Pelbagai kriteria dan ciri boleh kita sebut yang menunjukkan seseorang itu terbaik.

Rasulullah SAW menyebutkan sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian.” (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya sama ada akhlaknya sebagai hamba kepada Allah dalam beribadat juga akhlaknya sesama makhluk dalam hubungan sesama manusia.

Baiknya akhlak adalah salah satu tanda sempurnanya keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya”. (HR Tirmidzi no 1162)

Baiknya akhlak seseorang adalah penyebab mendapat kecintaan dari Rasulullah SAW dan paling dekat dengan baginda di hari kiamat. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّيْ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku tempatnya pada hari kiamat adalah yang terbaik akhlaknya diantara kalian” (HR Tirmidzi no. 2018)

Orang yang berakhlak baik adalah orang yang paling dicintai oleh Allah. Diriwayatkan dari Usamah bin Syariik bahawa para shahabat bertanya kepada Nabi SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَبُّ عِبَادِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah? Baginda SAW menjawab: yang paling baik akhlaknya”.(HR Thabrani no. 471)

Akhlak baik adalah amalan yang akan memasukkan seorang hamba ke syurga. Rasulullah SAW bersabda:

أَكْثَرُ مَا يَلِجُ بِهِ الْإِنْسَانُ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ وَأَكْثَرُ مَا يَلِجُ بِهِ الْإِنْسَانُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ  وَحُسْنُ الْخُلُقِ

“Perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah al-ajwafan, iaitu mulut dan kemaluan. Sedangkan perkara yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga adalah taqwa kepada Allah dan baiknya akhlak”. (HR Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 289)

Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah yang paling baik dalam membayar hutang.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَكُمْ أَوْ مِنْ خَيْرِكُمْ أَحَاسِنُكُمْ قَضَاء

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik kalian, atau dari sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR Ibnu Majah : No 2414) Status: Hadis Sahih

Dalam kehidupan hari ini, kebanyakan kita terlibat dengan hutang seperti membuat pinjaman ketika menyambung pengajian di kolej atau universiti, membeli kenderaan, rumah kediaman juga peralatan rumah.

Namun, apabila kita berhutang, berusahalah menjelaskannya. Jadilah orang yang paling baik. Orang yang paling baik, apabila berhutang dia segera membayar hutang mengikut perjanjian atau dijelaskan segera jika memiliki harta.

Bagi orang yang memiliki harta, wajib baginya menjelaskan hutang  segera. Rasulullah SAW mengingatkan:

أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Abu Hurairah RA berkata; Nabi SAW bersabda: “Menunda pembayaran hutang bagi orang kaya adalah suatu kezaliman”.(HR Bukhari No: 2225) Status: Hadis Sahih

Syekh Badruddin al-‘Aini menjelaskan:

لأن المعنى أنه يحرم على الغني القادر أن يمطل بالدين بعد استحقاقه بخلاف العاجز

“Makna hadis di atas bahawa haram bagi orang yang cukup kewangannya melakukan penundaan membayar hutang pada tempoh yang dipersetujui.  Berbeza halnya dengan orang yang belum mampu (membayarnya),” (Syekh Badruddin al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Syarah Shahih al-Bukhori, juz 18, hal. 325)

Hukum yang sama juga berlaku bagi orang yang sudah memiliki wang yang cukup untuk membayar hutangnya, tetapi memiliki keuzuran untuk menyerahkan wang tersebut, seperti mungkin wangnya tidak berada di tempatnya, atau halangan lain yang tidak memungkinkan ia membayar segera. Dalam keadaan demikian, ia tidak berdosa tapi tetap berkewajipan membayar hutangnya apabila sudah berkemampuan untuk menyerahkan wangnya. Seperti yang dijelaskan dalam kitab Syarah an-Nawawi:

فمطل الغنى ظلم وحرام ومطل غير الغنى ليس بظلم ولا حرام لمفهوم الحديث ولأنه معذور ولو كان غنيا ولكنه ليس متمكنا من الأداء لغيبة المال أو لغير ذلك جاز له التأخير إلى الامكان

“Menunda membayar hutang bagi orang yang mampu adalah perbuatan zalim dan merupakan tindakan yang diharamkan. Sedangkan menundakannya orang yang tidak mampu tidaklah dianggap zalim dan bukan perbuatan haram, berdasarkan dari hadis. Sebab ia dalam keadaan uzur (untuk membayar). Jika seseorang dalam keadaan memiliki wang (untuk membayar hutang), tapi ia tidak mampu untuk membayarnya kerana hartanya tidak berada di tempat atau kerana faktor yang lain, maka boleh baginya untuk mengakhirkan membayar hutang sampai ia mampu membayarnya,” (Syekh Yahya bin Syaraf an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ala Muslim, juz 10, hal. 227).

Ingatlah ancaman yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang yang berhutang:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan” (Sunan Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih

Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dijauhi dari dosa dan terbeban dengan hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang”

Sebaik-baik dari kalangan kita yang berhutang ialah yang paling baik dalam membayar hutang.

Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah yang paling baik dalam membayar hutang.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَكُمْ أَوْ مِنْ خَيْرِكُمْ أَحَاسِنُكُمْ قَضَاء

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik kalian, atau dari sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR Ibnu Majah : No 2414) Status: Hadis Sahih

Dalam kehidupan hari ini, kebanyakan kita terlibat dengan hutang seperti membuat pinjaman ketika menyambung pengajian di kolej atau universiti, membeli kenderaan, rumah kediaman juga peralatan rumah.

Namun, apabila kita berhutang, berusahalah menjelaskannya. Jadilah orang yang paling baik. Orang yang paling baik, apabila berhutang dia segera membayar hutang mengikut perjanjian atau dijelaskan segera jika memiliki harta.

Bagi orang yang memiliki harta, wajib baginya menjelaskan hutang  segera. Rasulullah SAW mengingatkan:

أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Abu Hurairah RA berkata; Nabi SAW bersabda: “Menunda pembayaran hutang bagi orang kaya adalah suatu kezaliman”.(HR Bukhari No: 2225) Status: Hadis Sahih

Syekh Badruddin al-‘Aini menjelaskan:

لأن المعنى أنه يحرم على الغني القادر أن يمطل بالدين بعد استحقاقه بخلاف العاجز

“Makna hadis di atas bahawa haram bagi orang yang cukup kewangannya melakukan penundaan membayar hutang pada tempoh yang dipersetujui.  Berbeza halnya dengan orang yang belum mampu (membayarnya),” (Syekh Badruddin al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Syarah Shahih al-Bukhori, juz 18, hal. 325)

Hukum yang sama juga berlaku bagi orang yang sudah memiliki wang yang cukup untuk membayar hutangnya, tetapi memiliki keuzuran untuk menyerahkan wang tersebut, seperti mungkin wangnya tidak berada di tempatnya, atau halangan lain yang tidak memungkinkan ia membayar segera. Dalam keadaan demikian, ia tidak berdosa tapi tetap berkewajipan membayar hutangnya apabila sudah berkemampuan untuk menyerahkan wangnya. Seperti yang dijelaskan dalam kitab Syarah an-Nawawi:

فمطل الغنى ظلم وحرام ومطل غير الغنى ليس بظلم ولا حرام لمفهوم الحديث ولأنه معذور ولو كان غنيا ولكنه ليس متمكنا من الأداء لغيبة المال أو لغير ذلك جاز له التأخير إلى الامكان

“Menunda membayar hutang bagi orang yang mampu adalah perbuatan zalim dan merupakan tindakan yang diharamkan. Sedangkan menundakannya orang yang tidak mampu tidaklah dianggap zalim dan bukan perbuatan haram, berdasarkan dari hadis. Sebab ia dalam keadaan uzur (untuk membayar). Jika seseorang dalam keadaan memiliki wang (untuk membayar hutang), tapi ia tidak mampu untuk membayarnya kerana hartanya tidak berada di tempat atau kerana faktor yang lain, maka boleh baginya untuk mengakhirkan membayar hutang sampai ia mampu membayarnya,” (Syekh Yahya bin Syaraf an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ala Muslim, juz 10, hal. 227).

Ingatlah ancaman yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang yang berhutang:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan” (Sunan Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih

Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dijauhi dari dosa dan terbeban dengan hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang”

Sebaik-baik dari kalangan kita yang berhutang ialah yang paling baik dalam membayar hutang.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kelompok orang yang terbaik adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?” Baginda bersabda: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” Tanyanya lagi; “Siapakah manusia yang paling buruk?” Jawab baginda: “Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.” (Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih

Mukmin yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa melakukan amal soleh. Dengan sebab umur yang bertambah membolehkannya melakukan amal soleh yang pelbagai dan berterusan.

Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Modal yang banyak akan memberi peluang yang luas untuk dilaborkan dan peluang meraih keuntungan lebih banyak juga cerah. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.

Orang yang menggunakan sebaik mungkin modal usia, kesihatan serta pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah untuk amal soleh, sudah pasti  ganjaran pahala daripada amalnya akan berterusan malah ada yang bertali arus walaupun dia telah meninggal dunia.

Berkata Al Munawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini menyebutkan:

( خير الناس من طال عمره وحسن عمله ) لان من كثر خيره كلما امتد عمره وكثر أجره وضوعفت درجاته ( وشر الناس من طال عمره وساء عمله ) لان الاوقات كرأس مال التاجر وكلما كان رأس المال كثيرا كان الربح أكثر

“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik perbuatannya”, kerana barangsiapa yang banyak kebaikannya setiap kali ia bertambah umurnya dan bertambah pahalanya dan ditinggakan kedudukannya, sedangkan “seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk perbutannya”, kerana waktu adalah seperti modal seorang pedagang dan setiap kali modalnya banyak nescaya keuntungan akan lebih banyak.” Lihat kitab At Taisir Bisyarh Al jami’ Ash Shaghir, 1/1071.

Saidina Ali lebih menyukai orang yang mati setelah usia lanjut dimana usia tersebut digunakan untuk mengenali Allah berbanding kanak-kanak yang meninggal semasa kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Saidina Ali:

مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ

“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Allah adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)

Namun perlu diingat, hadis di atas juga menyebutkan orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.

Umur yang lanjut tetap ada kebaikannya. Nabi SAW bersabda:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ (رواه البخاري)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah (bertaubat).” (HR Bukhari No: 7235)

Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal   soleh khususnya amal yang menjadi fixed deposit berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan orang lain merasa aman dari kejahatannya.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ  فَقَالَ : ” أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ  ” قَالَ : فَسَكَتُوا  فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ  فَقَالَ رَجُلٌ : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ  أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا  قَالَ : ” خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ  وَشَرُّكُمْ مَنْ لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ “

Daripada Abu Hurarirah RA berkata, “Nabi SAW melewati sekelompok orang yang sedang duduk. Baginda SAW bersabda, “Mahukah aku beritahu kalian, orang yang terbaik di antara yang terburuk dalam kalangan kalian?” Mereka pun terdiam. Rasulullah SAW pun mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali. Kemudian mereka pun menjawab, “ya, wahai Rasulullah! Beritahu kepada kami siapakah orang yang terbaik di antara yang terburuk di antara kami.” Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Manusia terbaik di antara kalian adalah yang diharapkan kebaikannya dan orang lain merasa aman dari kejahatannya. Manusia terburuk di antara kalian adalah yang tidak diharapkan kebaikannya dan orang lain juga tidak merasa aman dari kejahatannya.” (HR. Tirmidzi No. 2263). Status: Hadis Sahih

Muslim yang terbaik adalah yang sentiasa mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan orang lain merasa aman dari kejahatannya.

Sedangkan orang yang terburuk adalah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada orang lain malah orang lain merasa tidak aman dari kejahatannya

Jadikanlah kehadiran kita ditengah-tengah masyarakat sebagai orang yang bermanfaat dan dirasai kebaikannya oleh orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48)

Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat pada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:

أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ

Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. (Riwayat at-Tabarani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139

Jauhilah diri dari menjadi orang yang buruk akhlak dan orang lain tidak merasa aman dengan kehadirannya di dalam masyarakat.

Jadilah orang yang mendatangkan  kebaikan kepada orang lain dan orang lain merasa aman dan bahagia dengan kehadiran kita di sisiNya.

Keberadaan kita disukai dan ketiadaan kita dirindui.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.  Hadis Rasulullah SAW:

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: Daripada Jabir radhiyallau ‘anhuma dia bercerita bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.” Hadis Hasan di dalam Sahihul Jami’ (no: 3289).

Berdasarkan hadis di atas, orang yang dimuliakan Allah SWT ialah mereka yang sentiasa berbuat kebaikan sehingga memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Semakin banyak manfaat yang boleh kita berikan, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia.

Cuba lihat diri kita ketika ini adakah kita memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya? Cuba sesekali kita bertanya kepada ahli keluarga kita, tanya pada sahabat handai kita, pada jiran tetangga!.

Manfaat bukan saja terhad kepada pemberian wang ringgit atau barangan tapi boleh juga dengan pertolongan tenaga, masa, perkongsian ilmu dan lain-lain yang boleh memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada orang lain.

Bergantung kepada kemampuan masing-masing. Setiap orang boleh memberikan manfaat kepada orang lain dalam pelbagai aspek.

Jika kita memberi manfaat kepada orang lain nescaya manfaat akan kembali kepada kita. Firman Allah SWT:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ

Maksudnya: Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri  (Al-Isra Ayat 7)

Orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain akan menjadi orang terbaik kerana beliau menjadi orang paling dicintai Allah SWT. Rasulullah SAW  bersabda:

أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ

Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.  (HR Tabrani didalam Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139)

Rasulullah SAW mengutamakan amalan yang memberikan manfaat kepada orang lain yang memerlukan bantuan daripada beriktikaf sebulan penuh di Masjid Nabawi. Baginda SAW bersabda:

لَأَنْ أمشيَ مع أخٍ لي في حاجةٍ أحَبُّ إليَّ مِن أنْ أعتكِفَ في هذا المسجِدِ يعني مسجِدَ المدينةِ شهرًا

Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid nabawi selama sebulan.  (HR Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139)

Bermanfaat apabila orang lain mendapat kebaikan daripada usaha kita.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah orang yang paling baik kepada sahabat dan terbaik kepada jiran tetangganya. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏  خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ ‏

Daripada Abdullah bin Amr berkata, bersabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang terbaik di antara mereka terhadap sahabatnya. Dan sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah yang terbaik di antara mereka terhadap tetangganya. (HR Tirmizi No: 2070)

Sebagai makhluk sosial, setiap kita akan sentiasa berinteraksi sesama kita sama ada bersama sahabat mahupun jiran tetangga. Kehidupan bersahabat dan berjiran merupakan suatu keperluan hidup bermasyarakat. Sebagai Muslim, kita perlu berusaha menjadi sahabat dan jiran yang terbaik kepada orang lain.

Keberadaan kita di sisi sahabat amat dirasai kebaikan dan manfaatnya. Sebagai sahabat yang baik, kita akan sentiasa mengingatkan sahabat, menasihat dan menegur ketika mereka tersilap. Sebagai sahabat yang baik, kita akan segera menghulrkan bantuan dan pertolongan ketika mereka berduka dan berada dalam kesusahan.

Begitu juga sebagai jiran tetangga yang terbaik, kebaikan kita sebagai jiran amat dirasai dan diperlukan oleh jiran-jiran yang lain. Muslim yang terbaik adalah yang sentiasa berbuat kebaikan kepada jiran tetangga, memuliakan mereka dan menunaikan hak-hak mereka sebagai jiran.

Sebaik-baik Muslim adalah orang yang terbaik muamalahnya dengan sahabatnya juga terbaik muamalahnya dengan jiran tetangga. Kesemua mereka mendapat sentuhan kasih sayang dan kedamaian daripadanya.

Sebagai sahabat juga jiran terbaik, antara pra syarat menjadi orang yang sempurna iman ialah mesti mengasihi sahabat juga jirannya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

عَنِ انَّبِيِّ صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ عَبْدٌ حَتَّى يُحِبُّ لِجَارِهِ اَوْ قَالَ لِاَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Nabi SAW baginda bersabda: Demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak beriman (dengan sempurna) seorang hamba sehingga ia mencintai jiran tetangga atau sahabatnya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri (Muttafaq ‘alaih).

Mengikut Imam Nawawi, hadis ini menyebutkan di antara ciri  kesempurnaan iman seseorang adalah ia mencintai jiran tetangganya juga sahabatnya seperti dia mengasihi akan dirinya sendiri.

Wajibnya memberi perhatian pada tetangga dan saudara sesama Muslim serta mencintai kebaikan untuk mereka seperti kita mencintai kebaikan untuk diri sendiri.

Hassan al Basri mengatakan, “Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah S.W.T, kerana sesungguhnya mereka akan dapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.”

Ibnu al-Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, “Jika kalian tidak menemukan aku di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah mengenai aku, ‘Wahai Rabb kami, hambamu fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami mengenai Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu.”

Jadilah terbaik dengan menjadi orang yang terbaik kepada sahabat dan jiran tetangga.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria orang yang terbaik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Rasulullah SAW bersabda:

 عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى.

Maksudnya: Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah SAW berasabda: Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik (hubungannya) dengan ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku.” [HR Tirmidzi No: 3895]

Dalam hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa untuk menjadi sebaik-baik manusia, seorang muslim perlu berlaku paling baik kepada semua anggota keluarganya. Berbuat baik kepada keluarga menjadi indikator seseorang disebut sebagai sebaik-baik manusia,

Hadis ini menganjurkan orang lelaki khususnya para suami untuk berbuat baik kepada ahli keluarga yang meliputi isteri, anak-anak, kaum kerabat, dan selainnya.

Syeikh Muhammad al-Mubarakfuri mensyarahkan hadis ini bermaksud; berbuat baik kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain berbuat baik kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. (Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).

Islam amat menitikberatkan hubungan yang penuh kasih sayang antara pasangan suami isteri. Firman Allah S.W.T:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf. (Surah Al-Nisa’ ayat 19).

Dalam ayat ini, Allah S.W.T memerintahkan kepada kaum lelaki agar mereka bergaul dan berurusan dengan orang perempuan melalui cara yang ma’ruf (baik). Arahan tersebut membawa kepada hukum wajib berbuat ma’ruf (baik) kepada orang perempuan dalam urusan kehidupan.

Imam al-Qurthubi pula menjelaskan: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Namun yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami.(Al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (5/84).

Kewajiban bergaul dengan sebaik mungkin terhadap pasangan, anak-anak dan ahli keluarga lain adalah dituntut. Berbuat baik oleh suami diperlihatkan dengan akhlak mulia, lemah lembut, pemurah, melapangkan nafkah, ringan tulang membantu dan mengasihi sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan.

Berbuat baik oleh isteri terhadap suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain juga dituntut.

Jadilah orang yang paling baik dengan sentiasa berlaku baik kepada ahli keluarga kita.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria Muslim paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain serta mengucapkan salam kepada orang yang dikenali dan yang tidak dikenali. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; “Islam manakah yang paling baik?” Nabi SAW menjawab: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.(HR Bukhari No: 11) Status: Hadis Sahih

Islam sangat menggalakkan umatnya mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti bertolong bantu serta hormat menghormati dalam semua keadaan. Bertolong bantu antaranya melalui amalan memberi makan kepada orang lain. Juga saling menghormati dengan menyebarkan salam sama ada kepada orang yang dikenali mahupun tidak. Sifat demikian dapat melahirkan anggota masyarakat yang rahmah dan bahagia.

Dua ciri Muslim yang paling baik berdasarkan hadis di atas:

Pertama: Muslim yang memberi makan kepada orang lain seperti kepada tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan, contohnya yang terkesan akibat COVID-19.

Amalan memberi pertolongan dengan menjamu orang yang dikenali dan tidak dikenali boleh mengeratkan hubungan dan menunjukkan sifat kemurahan.

Orang yang memberi atau bersedekah makanan mahupun dalam bentuk wang ringgit, nescaya Allah akan menambah rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ …

Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588).

Kedua: Muslim yang menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim sama ada orang yang ditemui itu dikenali mahupun yang tidak dikenali.

Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dengan Muslim yang lain dianggap seorang yang bakhil. Nabi SAW bersabda :

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ.

Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) Status: Hadis Hasan

Jadilah kita orang yang paling baik dengan membiasakan diri memberi makan kepada orang lain serta suka memberi salam kepada orang yang kita kenali ataupun tidak.

Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?

Satu daripada kriteria Muslim paling baik ialah orang lain merasa selamat dari keburukan lisan dan tangannya. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي الْخَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا إِنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu al-Khair bahawa dia mendengar Abdullah bin Amru bin al-Ash keduanya berkata, “Sesungguhnya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Muslim bagaimana yang paling baik?” Baginda menjawab: “Seorang Muslim yang orang lain merasa selamat dari keburukan lisan dan tangannya.” (HR Muslim No: 57)

Muslim yang paling baik itu bergantung pada kemampuannya menjaga lisan dan tangannya. Penting untuk menjaga lisan dan tangan ini kerana lisan diibaratkan pisau yang apabila salah menggunakannya akan melukai ramai orang.

Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian, fitnah dan berita palsu yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dll. Apa yang dilakukan itu lebih menyakiti saudaranya.

Allah memperingatkan bahawa terdapat malaikat yang mencatat setiap ucapan manusia, yang baik mahupun yang buruk. Allah Ta’ala berfirman,

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf: 18)

Perlu diingat bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis atau yang diperbuat, akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra; Ayat 36)

Muslim yang paling utama adalah mereka yang sentiasa menjaga lisan dan tangan dari melakukan kezaliman ke atas orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu Musa RA berkata: ‘Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya”.(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Imam al-Khaththabi mengulas hadis ini menyatakan, kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

Jadilah Muslim yang utama dan terbaik dengan menjaga lisan dan tangan daripada menyakiti dan menzalimi orang lain termasuk menulis juga mentularkan sesuatu yang buruk di media sosial.