Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

1- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”

2 – Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu. Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3 – Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.

4 – Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”

5 – Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.

6 – Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7 – Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”

8 – Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”

9 – Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10- Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.

11- Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12- Kesalahan sama seperti nombor 10.

13- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14- Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.

15- Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.

16- Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17- Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18- Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19- Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20- Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22- Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.

23- Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24- Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26- Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27- Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

One thought on “27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: