Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

22 CIRI-CIRI AKHLAK MULIA

DI ANTARA KRITERIA-KRITERIA ORANG-ORANG YANG MEMILIKI AHLAQ YANG BAIK

=============================

                                                                        قال الغزالي : جمع بعضهم علامات حسن الخلق ،

١. أن يكون كثير الحياء

1. Sangat Pemalu

٢. قليل الأذى

2. Sangat jarang menyakiti org lain

٣. كثير الصلاح

3. Sering berbuat baik

٤. صدوق اللسان

4. Jujur dlm tutur kata

٥. قليل الكلام

5. Jarang berbicara

٦. كثير العمل

6. Sering beramal

٧. قليل الزلل

7. Sedikit melakukan kesalahan

٨. قليل الفضول

8. Tidak kepo dg urusan org lain

٩. بر وصول

9. Baik dlm silaturrahmi

١٠. وقور صبور

10. Berwibawa dan penyabar

١١. شكور حليم

11. Sering bersyukur dan bijaksana

١٢. رفيق

12. lemah lembut

١٣. عفيف

13. Suka menjaga harga diri (kehormatan)

١٤. شفيق

14. Penyayang

١٥. لا لعان

15. Bukan pengumpat (pencaci)

١٦. ولا سباب

16. Bukan penghina orang lain (merendahkannya)

١٧. ولا نمام

17. Bukan tukang fitnah

١٨. ولا مغتاب

18. Bukan pula tukang gosib (penggunjing)

١٩. ولا عجول

19. Selalu berfikir sebelum bertindak (tidak gegabah)

٢٠. ولا حقود

20. Bukan pendendam

٢١. ولا بخيل

21. Dermawan

٢٢. ولا حسود

22. Tidak memilki sifat dengki

(المناوي في فيض القدير شرح الجامع الصغير ٢/٥٢٨)

اللهم صل على على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الامي وعلى اله وصحبه وسلم تسليما

6666666666666666666666

Betapa hebatnya wanita

Betapa hebatnya wanita

1. Wanita, jadilah dikau seperti hujan, yang memberi air ke bumi untuk menyuburkan tumbuhan dan rumput di gunung-ganang.

2. Wanita, jadilah dikau seperti bunga, yang kelebihannya sentiasa terkait pada bauan harum serta warna yang cantik.

3. Wanita, jadilah dikau seperti pokok, yang gagahnya berdiri tanpa mengikut arah angin yang kencang.

4. Wanita, jadilah dikau seperti pantai, yang wujudnya ke dunia mampu memberi ketenangan kepada hati yang sedang gundah gulana.

5. Wanita, jadilah dikau seperti bukit, yang tingginya tetap setia pada tanah tempat ia bertapak.

6. Wanita, jadilah dikau seperti pelangi, yang keindahannya tidak sentiasa terpamer pada satu dunia.

7. Wanita, jadilah dikau seperti angin, yang tidak kelihatan tetapi masih mendinginkan dan menyamankan.

8. Wanita, jadilah dikau seperti payung, yang melindungi diri dari tembusan cahaya kepanasan yang membakar.

9. Wanita, jadilah dikau seperti tembok, yang kuat dan utuhnya ia sebagai benteng pertahanan.

10. Wanita, jadilah dikau seperti awan, yang meredupkan suasana disekeliling mu.

Ya, jadilah apa sahaja yang engkau mahu jadi tetapi pastikan pilihanmu adalah sesuatu yang bermanfaat untuk dirimu dan orang lain.

Janganlah dikau menjadi wanita yang pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang disekelilingmu.

Betul, hidup ini tak perlukan kesempurnaan untuk engkau jadi wanita dambaan.

Betul, hidup ini tak memerlukan mu untuk dengar mulut orang.

Tapi lebih betul jika setiap langkah dan gerak gerimu tetap diisi dengan rasa timbang rasa pada seseorang.

Insya-Allah 💪🏼

10 Cecair yang keluar daripada Saluran Wanita.

10 Cecair yang keluar daripada Saluran Wanita.

Setiap satu berlainan hukum dari sudut najis dan hadas besar atau hadas kecil.

1) Air kencing

Ia adalah cecair sisa perkumuhan. Ianya adalah najis dan tidak sah solat jika ada air kencing di badan, pakaian atau tempat.

Hukum :

Keluar air kencing menyebabkan hadas kecil dan ianya adalah najis.

2) Air Mazi

Ianya adalah cecair yang keluar ketika berhubungan intim dan ketika syahwat diransang.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

3) Air Wadi

Ianya adalah cecair yang keluar setelah melakukan kerja berat atau mengangkat sesuatu yang berat. Tidak semua wanita akan mengalaminya, boleh jadi seseorang itu tidak pernah keluar air wadi sepanjang hidupnya.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

4) Air Mani

Ianya adalah cecair yang keluar ketika mencapai klimaks syahwat. Ianya berlaku pada lelaki dan wanita. Hukumnya adalah suci dan tidak najis.

Jika air mani najis, maka anak Adam berasal daripada najis.

Keluar mani menyebabkan hadas besar dan mewajibkan mandi sebelum solat.

5) Keputihan

Ianya adalah cecair berwarna putih@ sedikit kekuningan.

Namun perlu berhati-hati, jika cecair warna kuning keluar dihujung waktu haid, maka ianya dikira sebagai darah haid selama mana masih dalam lingkungan sebanyak-banyak haid lima belas hari.

6) Haid

Darah tabiat yang keluar daripada atas rahim wanita diatas jalan sihat pada waktu yang tertentu.

Haid disebut sebagai hadas akbar (paling besar).

Ini kerana apabila seseorang wanita keluar haid, maka diharamkan baginya wudhuk dan mandi wajib. Adapun mandi sunat harus sahaja.

Sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam.

Kebiasaan haid enam atau tujuh hari.

Sebanyak-banyak haid adalah lima belas hari lima belas malam.

Semua perkara yang diharamkan kepada orang berhadas kecil dan besar diharamkan kepada orang haid. Bahkan diharamkan juga bagi suami menceraikan isterinya di dalam haid.

7) Nifas

Ia adalah darah yang keluar selepas kosong rahim daripada janin atau awal penciptaan anak Adam.

Adakah orang yang keguguran keluar Darah Nifas?

Ya. Darah yang keluar selepas keguguran adalah dikira darah Nifas juga.

8 ) Istihadhah

Ianya adalah darah yang keluar daripada faraj wanita yang mana ianya bukan Haid dan bukan Nifas.

9) Darah Fasad

Darah yang keluar daripada kemaluan kanak-kanak yang belum sampai umur Haid iaitu Sembilan Tahun Qamariah Taqribiyyah.

Sebahagian ulamak mengatakan itu adalah darah Istihadhah.

Syeikh Ibnu Hajar mengatakan ianya adalah khilaf lafaz sahaja.

10) Darah Talak

Iaitu darah yang keluar sebelum daripada beranak.

Hukumnya adalah najis dan tidak mewajibkan mandi.

Persoalan.

Jika seseorang beranak tetapi tidak keluar darah. Adakah dia perlu mandi wajib sebelum solat?

Ya. Dia perlu mandi wajib sebelum solat kerana beranak adalah sebab kepada hadas besar. Jika tidak keluar darah, maka dia dikira tiada darah Nifas tetapi tetap wajib mandi kerana beranak.

Wallahu a’lam.

DESTINASI

DESTINASI 🍃

🍃 Jangan menginginkan dunia bukanlah bermakna tidak berinteraksi dengan dunia; tidak bekerja, berniaga, bercucuk tanam, berkahwin, berkeluarga dan sebagainya.

🍃 Semua ini tiada kaitan dengan persoalan berkeinginan atau tidak berkeinginan kepada dunia, kerana boleh jadi seorang Muslim berinteraksi dengan dunia sebagaimana seorang kafir berinteraksi dengannya, namun Muslim tersebut tidak berkeinginan terhadap dunia.

🍃 Dia sekadar menggunakan dunia ini seperti seseorang menggunakan kenderaan tersebut untuk sampai ke destinasi tujuan.

🍃 Maka begitulah dengan dunia, umpama sebuah kenderaan. Seseorang boleh berinteraksi dengannya, tetapi tanpa keinginan kepadanya.

“Sesiapa yang selalu tidur dengan cita-cita dunia, maka dia ialah orang yang berkeinginan kepada dunia, sekalipun dia tidak memiliki sesuatu apa pun”

🍃 Dalam berinteraksi dengan dunia, seseorang perlu menggunakan dunia berdasarkan tujuan dia diciptakan, iaitu jika tidak kerana dia perlu menggunakan dunia untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, nescaya dia tidak akan menggunakannya.

🍃 Jika dia ada keinginan kepada sesuatu daripada dunia, maka janganlah keinginan tersebut melampaui batas keperluannya, iaitu sekadar apa yang diperlukannya.

🍃 Apa yang penting, ketika seseorang itu menjadi pegawai atau peniaga yang datang kepadanya wang berjuta-juta, lalu dia menginfakkan wang tersebut dengan mudah tanpa sebarang kesukaran, maka dia sebenarnya bukanlah orang yang punya keinginan kepada harta.

🍃 Adapun jika datang kepadanya harta, kemudian diminta sebahagian daripadanya untuk projek kebajikan atau keperluan tertentu, lantas dia berasa bakhil dengannya, maka orang ini sebenarnya adalah seseorang yang punya keinginan kepada harta.

🍃 Dunia jambatan akhirat, apa yang ditanam dibajai akan dituai hasilnya yang sebenar jika dapat melepasi tahap keikhlasan yang sebenar dalam beramal.

🍃 Biar sedikit asal istiqomah berterusan dengan itu akan terus bertambah, menuntut ilmu dan beramal saling seiring agar keseimbangan itu membina kekuatan iman menuju Destinasi Yang Di Redhai Allah SWT.

Wallahu’allam

27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

27 KESALAHAN DALAM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

1- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”

2 – Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu. Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3 – Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.

4 – Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”

5 – Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.

6 – Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7 – Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”

8 – Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”

9 – Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10- Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.

11- Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12- Kesalahan sama seperti nombor 10.

13- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14- Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.

15- Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.

16- Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17- Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18- Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19- Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20- Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22- Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.

23- Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24- Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26- Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27- Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

14 Perkara Menyebabkan Hidup Kita Berjaya

Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.

2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.

3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.

4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.

5. Tidak tidur selepas subuh.

6. Tiada iri hati melihat orang lain.

7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.

8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.

9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.

10. Istighfar sekurangnya 100 kali.

11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.

12. Taat ibubapa.

13. Solat di awal waktu.

14. Hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia

Jangan kau lupakan Ibumu

Jangan kau lupakan Ibumu

Berikanlah kasih sayang selama ibu kita masih ada, percuma kita memberikan bunga maupun tangisan apabila ibu telah tiada, karena Ibu tidak akan bisa melihatnya lagi.

Gandenglah tangannya, selama ia masih sanggup menggenggam tanganmu.

Berjalanlah bersamanya, selama ia masih kuat melangkah bersamamu,

Bisikkanlah kata sayang, saat telinganya masih bisa mendengar ucapanmu.

Nyatakanlah sekarang, ketika masih ada waktu bersama, selama masih ada kesempatan, sebab akan tiba waktu yang tidak pernah engkau tahu, dia akan pergi dari sisimu.

Kasih sayang Ibu terhadapmu, tak dapat kau tebus dengan apapun yang ada di muka bumi ini,

Dan jangan pernah kau bilang,

“aku kaya dan aku telah menyenangkan ibuku” salah, karena nilai (ketulusan) setiap Ibu tak sebanding dengan hartamu walau sebanyak yang kau punya.

Ibnu Abbas radhiyallahu anhu berkata:

“Sesungguhnya aku tidak mengetahui sebuah amalan yang (bisa membuat) lebih dekat kepada Allah azza wa jalla dibandingkan dengan berbuat baik kepada ibu.”

(HR. Bukhari dalam Al Adabul Mufrad dan dishahihkan oleh Imam Al Albani)

Demikianlah faedah yang ringkas ini semoga bisa menjadi tuntunan akhlak dan sebagai keteladanan yang bermanfaat bagi kita semua.

Kita tutup group ini dengan membaca do’a Kafaratul Majelis :

سُبْحَانَكَ اللّٰهُمَّ وَ بِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلٰه إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُك وَ أَتُوبُ إِلَيْكَ

“Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu alla ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik”

“Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq disembah melainkan diri-Mu, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu”

بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

88888888888888888

Solat salah satu tolak Ukur

Shalat salah satu tolak Ukur

Shalat adalah salah satu tolak ukur untuk menilai baik atau tidak kita.

Karena shalat merupakan kewajiban utama bagi setiap muslim dan muslimah.

Bagaimana mungkin kita akan baik menunaikan hak yang lain, sedang hak Allah yang paling utama setelah syahadatain saja tidak kita tunaikan dengan baik.

Abu al-‘Aliyah Rufai’ bin Mihran rahimahullah, seorang ulama dan orang shalih dari generasi tabi’in.

Jika ia mendengar ada seorang yang alim, maka dia akan mencari dan menemuinya kemudian shalat di belakangnya.

Apabila ia melihat orang tersebut tidak sempurna dalam mengerjakan shalat, maka dia akan meninggalkannya seraya berkata dalam hatinya:

إِنَّ الَّذِي يَتَهَاوَنُ فِي صَلَاتِهِ يَكُونُ أَشَدُّ تَهَاوُنًا فِي غَيرِهَا

“Sesungguhnya orang yang meremehkan shalatnya, maka dia akan lebih meremehkan perkara yang lain.”

(Suwar Min Hayatit Tabi’in: 448)

Kita tutup group ini dengan membaca do’a Kafaratul Majelis :

سُبْحَانَكَ اللّٰهُمَّ وَ بِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلٰه إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُك وَ أَتُوبُ إِلَيْكَ

“Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu alla ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik”

“Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq disembah melainkan diri-Mu, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu”

بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ

7 PERINGKAT SYAITAN MENGGODA MANUSIA-IMAM AL-GHAZALI

Menurut Al Imam Al Ghazali r.a di dalam kitabnya Minhajul Abidin, ada 7 perangkap dan tipu daya syaitan ke atas anak Adam dalam melakukan ibadah:-

1. Syaitan akan berusaha bersungguh – sungguh menghalangnya dari melakukannya.

2. Menggodanya agar menangguhkannya.

3. Menyuruhnya agar melakukannya dengan tergopoh gapah sehingga menyebabkan kecacatan.

4. Menyuruhnya menyempurnakan amal agar diketahui oleh orang ramai.

5. Menipunya agar terjebak ke dalam sifat ujub.

6. Menipunya agar bersungguh menyembunyikan ibadahnya agar nanti Allah menzahirkan kebaikannya kepada manusia(riya’ tersembunyi).

7. Memerangkapnya dengan persoalan takdir yakni bahawa seseorang itu telah ditetapkan oleh Allah sama ada termasuk dalam golongan yang bahagia atau sengsara. Justeru amal tiada memberi apa-apa manfaat kerana untung nasib seseorang telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.

9 TANDA SESEORANG ITU BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRATNYA

9 TANDA SESEORANG ITU BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRATNYA

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Jagalah mulut dari menyakitkan hati org lain apabila berbicara. Jangan gunakan sosial media untuk perkara² yang menyakitkan hati orang lain”.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub dengan kumpulan atau fahaman masing². Imam Syafi’i ra berpesan, “Menghormati pandangan orang lain walaupun tidak setuju dengan pendapatnya maka orang juga akan menghormati pendapat diri kita.”

3.Kita berani melepaskan kenangan lama yang pahit. Tidak dendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biarlah sedikit kita memberi, tetapi jangan senantiasa meminta-minta. Minta dan harap hanya pada Allahﷻ,

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat keikhlasan. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat penilaian, pujian dan penghargaan manusia. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk, dicerca dan dihina orang. “

6. Kita berhenti menunjuk² kepandaian, kehebatan dan mulai mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. Menghargai orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri hati, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan keinginan dan keperluan, lalu mengutamakan keperluan dari keinginan.”

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan.

Antara tanda yang kita sudah mencapai 9 tahap di atas ialah kita tidak ada niat lagi untuk menunjuk diri kitalah yang terbaik.*Sebaliknya, hati kita sentiasa menyuruh kita untuk *melakukan kebaikan.

“Niat ingin sentiasa berkasih sayang dan beramal kebajikan. Berkasih sayanglah dengan apa yang ada di bumi nescaya penghuni langit akan mengasihi kita juga.”