Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

8 AMALAN PENTING KETIKA BERWUDUK

8 AMALAN PENTING KETIKA BERWUDUK

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu

dengan,

“Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,

Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah

kamu dengan,

“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan

kanan ku ini”.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu

dengan,

“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di

tangan kiri ku ini”.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu

dengan,

“Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di

padang Masyar dengan Arasy Mu”.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu

dengan,

“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu

dengan.

“Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian

Siratul Mustaqim nanti”.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu

dengan,

“Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku”.

Mari kita amalkan bersama…semoga bermanfaat

6 Punca Hati Kita Sakit

Enam Perkara Yang Menjadi Punca Hati Kita Sakit

1. Sengaja berbuat dosa dengan alasan di kemudian hari akan bertaubat.

2. Menuntut ilmu tapi tidak mengamalkannya.

3. Berbuat amal tapi riya’.

4. Memakan rezeki yang ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan tapi dalam masa yang sama tidak mensyukurinya.

5. Tidak redha dengan ketentuan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

6. Menghantar jenazah ke kuburan tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

Mohon berlindung dengan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala supaya kita tidak tergolong di kalangan manusia yang berhati sakit.

14 SEBAB PINTU REZEKI SEMPIT

14 SEBAB PINTU REZEKI SEMPIT

– Mungkin bangun subuhnya lambat.

– Mungkin solatnya kurang lama.

– Mungkin kurang khusyu’ berdoanya.

– Mungkin kurang sedekahnya.

– Mungkin kurang bersyukur untuk nikmat yang sudah diberi.

– Mungkin kurang usaha dan kerja keras.

– Mungkin kurang bersabar.

– Mungkin kurang dalam beristighfar.

– Mungkin kurang berhusnudzon; berbaik sangka dengan Allah.

– Mungkin belum menyantuni tetangga.

– Mungkin kurang menyapa saudara.

– Mungkin kurang dalam berbakti pada orang tua.

– Mungkin harus dikurangi lagha dan perbanyak zikirnya.

– Mungkin kurang mendekatkan diri kepada Allah.

Dan banyak kemungkinan lainnya, masing-masing hendaklah bermuhasabah diri.

Allah itu tergantung dari prasangka kita.

Jika berprasangka baik, maka Allah lebih baik dari yang kita kira.

Begitu sebaliknya.

Perbanyakkan memohon ampun/istighfar, selawat, do’a dan sedekah.

Bersabar menunggu.

Tenangkan hati kerana rezeki tidak mungkin tertukar.

Hanya Allah yang memberi taufik.

Tetap istiqomah bersama Allah.

Bersama Allah, pasti ada jalan keluarnya

Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), aamiin.

15 TIPS BACAAN AL-QURAN

15 TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.

‎هذه #وصاياأثناءالقراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .

1️⃣ Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد

Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .

2️⃣ Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن

dan mulakan dengan Isti’azah (Bacaan A’udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس

3️⃣ Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار

4️⃣ Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس

Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان

Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.

5️⃣ Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !

Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد

6️⃣ Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،

Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله

Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.

7️⃣ Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .

Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة

8️⃣ Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً

adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !

9️⃣ Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به

🔟 Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة

Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته

Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !

1️⃣1️⃣ (PENTING!!)

Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah ‘handphone’mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة

Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان

Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد

1️⃣2️⃣ Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها

Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله

Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .

Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها

1️⃣3️⃣ Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .

Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.

Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .

Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .

1️⃣4️⃣ Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .

Ibn ‘Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،

1️⃣5️⃣ Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

8 CARA TERBAIK MENYUCIKAN JIWA

Jika engkau menginginkan suatu kenikmatan itu terus padamu, maka perbanyaklah mensyukurinya.

Jika engkau merasa rezeki itu datangnya lambat, maka perbanyaklah istighfar.

Jika engkau ditimpa kesedihan, maka perbanyaklah ucapan ‘Laa haula wa laa quwwata illaa billah’.

Jika engkau takut pada suatu kaum, ucapkanlah, ‘Hasbunallah wa ni’mal wakiil’.

Jika engkau kagum terhadap sesuatu, ucapkanlah, ‘Maa syaa’allah, laa quwwata illaa billah’.

Jika engkau dikhianati, ucapkanlah, ‘Wa ufawwidhu amrii ilaallah, innaallaha bashiirun bil ‘ibaad’.

Jika engkau ditimpa kegundahan hati , ucapkanlah, ‘Laa ilaaha illaa Anta, Subhaanaka innii kuntu minadz dzolimiin.’

“Jika engkau tidak mampu menunaikan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa engkau sebenarnya sedang dalam keadaan terhalang, kerana dosa-dosamu begitu banyak”. Fudhail Bin Iyadh رحمه الله تعالى

15 CARA WANITA BERSEDEKAH

“15 CARA WANITA BERSEDEKAH.”

●  Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan…?

●  Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata : “Bagaimana, sedang aku tak punya duit…?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda :

●  “Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”

●  Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya…?

●  Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

●  Berikut contoh- contohnya :

●  Sedekah itu beraneka ragam :

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

●  Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

●  Kaedah Penting:

●  Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.

●  Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

●  Perlu diingatkan bahawa; “Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api”.

KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI ?

KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

Kita biasa tak baca al-Quran di waktu pagi? Khususnya selepas solat subuh.

Kalau belum biasa, kena biasakan. Kalau dah biasa, alhamdulillah! Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan “ubat” bernama al-Quran.

Al-Quran ni Allah umpamakan seperti ubat. Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa’ fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

‘Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman’. (Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ni nampak je macam sihat. Boleh joging, pergi workout, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan daripada kita, dalamnnya sangat “sakit”. Sakit macam mana?

Sakit dalaman ni seperti cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa, jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi….

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan ‘ubat’ hati. Saya bagi contoh supaya kita nampak lebih jelas. Contohnya kalau baca surah Yusuf.

Kebanyakkan daripada kita, bila bangun tidur antara perkara yang difikirkan adalah risau banyak kerja (termasuk kerja sekolah), takut hari ni rezeki tak lancar dan sebagainya. Itu antara petanda hati kita mula diserang penyakit hati. Tetapi, bila kita mula makan “Ubat Surah Yusuf”, dan mendalami (mentaddabur) kisah Nabi Yusuf, hati kita akan mula tenang.

Kita sedar sebenarnya masalah yang kita hadapi sangat kecil jika dibandingkan dengan Nabi Yusuf. Baginda dulu hidupnya penuh ujian kekeluargaan. Sejak kecil terpisah daripada ibu-bapa, abang sendiri nak bunuh, jadi hamba abdi, kena uji dengan godaan wanita, masuk penjara, kena fitnah dan banyak lagi. Pendek kata, hidupnya bukan hanya sehari je teruk, tapi bertahun-tahun lamanya!

Kalau ikut logik, orang macam ni mesti hatinya penuh dendam kesumat, dengki, pemarah, negatif, putus asa dan sebagianya. Tapi Nabi Yusuf sebaliknya. Baginda kekal positif dan tenang. Keep calm kerana baginda dapat ‘power’ tawakkal daripada Allah.

Mungkin ada yang kata,

“Itu Nabi.. Saya bukan Nabi. Saya orang biasa je.”

Teman.. Bukankah para Nabi diutuskan untuk IKUTAN kita semua? Kalau kita tak boleh ikut, buat apa Allah utuskan para Nabi dan Rasul. Baik utuskan malaikat je. Kan?

Sebab tu, bila baca kisah ni dengan sungguh-sungguh, patutnya kita tak sempat pun nak berfikiran negatif sebab dah ada kayu ukur Nabi Yusuf dalam hati. Kita patut termotivasi untuk merancang lebih baik dan pergi lebih jauh sebab bila kita belajar daripada Surah Yusuf, seorang yang asalnya hamba pun boleh jadi somebody berjaya (menteri).

Sebab itu, bacalah Al-Quran di awal pagi. Ia bakal beri kesembuhan dalam bentuk keyakinan hati. Rasa yakin untuk menghadapi segala cabaran harian.

Itulah medicine daripada Al-Quran. Kalau tak telan (baca al-Quran), macam mana ia nak sembuhkan penyakit hati kita kan?

Dan lagi satu, ubat ini bukan bersifat one-off atau sehari sekali je. Sebaiknya, ambil 5 kali sehari. Antaranya selepas solat fardhu.

Bonda doakan Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan selalu dan berikan petunjuk buat hati kita setiap hari.

AMALAN AGAR ANAK CERDAS DAN CEPAT PAHAM BELAJAR DAN TIDAK NAKAL

AMALAN AGAR ANAK CERDAS DAN CEPAT PAHAM BELAJAR DAN TIDAK NAKAL

Ambil segelas air putih.

1. Bacalah Ummul Kitab Surah Al-Fatihah 3×

2. Kemudian Bacalah surah Al-‘Alaq

Ayat 1-5 dibaca 11×

INI BACAAN SURAH AL-ALAQ  👇

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1)

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2)

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3)

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4)

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

3. Setelah itu tiupkan ke air didalam gelas itu.

Dibaca setiap hari setelah solat Subuh sebelum waktu isyroq.

4. Ibu Bapa atau pembaca meminum sedikit, lalu berikan kepada anak, dengan izin Allah, Insya Allah, anak yang nakal menjadi soleh.

Anak yang lambat faham akan ilmu agama, cepat faham.

Anak yang derhaka pada orang tuanya, akan berubah menjadi taat kepada kedua orang tuanya.

Dan anak itu cepat hafal serta mudah mengingat pelajaran.

Wanita hamil yang mengamalkannya Insya Allah akan mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Aminnn…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ .

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN

=====================

Suatu hari ada sebuah kapal yang tenggelam dipukul badai. Semuanya hancur musnah.

Tiada anak kapal yang terselamat kecuali seorang pemuda yang berjaya mendapatkan pelampung.

Dia terdampar di sebuah pulau kecil yang tak berpenghuni, keseorangan, dan tidak punya bekal makanan.

Dia terus berdoa pada Tuhan untuk menyelamatkannya dari kesusahan itu.

Setiap saat, si pemuda memandang ke penjuru laut, mengharap ada kapal yang datang mendekat.

Sayangnya, pulau itu terlalu terpencil. Hampir tiada kapal yang melewatinya.

Lama kemudian, pemuda itu pun merasa penat untuk berharap. Lalu untuk menghangatkan badan, dia membuat unggun api, sambil mencari kayu dan pelepah nyiur untuk tempatnya beristirahat.

Dia membuat khemah dari daun-daun dan batang pokok yg tumbuh di hutan, sekadar tempat untuk melepas penat lelah.

Disusunnya semua daun nyiur dengan cermat, agar khemah itu kukuh dan dapat bertahan lama.

Keesokan harinya, pemuda itu mencari makanan. Dicarinya buah-buahan untuk mengisi perut yang lapar.

Seluruh pelusuk pulau dijelajah kemudian dia kembali ke khemahnya.

Sesampai di situ, dia terkejut. Semuanya telah hangus terbakar, khemah yg dibuatnya dgn penat lelah dijilat api malah hampir tak bersisa.

Khemah itu terbakar kerana unggun api yang lupa dipadamkannya. Asap membumbung tinggi, dan hilanglah semua kerja kerasnya semalam.

Pemuda ini berteriak marah, “Ya Tuhan !! mengapa Engkau lakukan ini padaku? Mengapa? Mengapa?”, teriak pemuda itu mengenang nasibnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi kapal. Ternyata ada sebuah kapal yang datang. Kapal itu mendekati pantai, dan turunlah beberapa orang menghampiri pemuda yang sedang menangis itu.

Pemuda itu terkejut. Lalu bertanya, “Bagaimana kalian boleh tahu aku ada disini?”

 Mereka menjawab, “Kami melihat kepulan asap yg dibuat olehmu!!”

_____

Renungan :

Teman, sangat mudah bagi kita, untuk marah ketika musibah datang menimpa kita.

Duka yang kita terima, nampak seakan begitu berat namun ingatlah kita tak boleh kehilangan hati kita.

Sebab Allah selalu ada di dlm hati kita, walau dalam keadaan yang paling berat sekali pun.

Dan ingatlah, ketika “asap dan api ” yang membumbung dan terbakar dalam hati anda, jangan kecil hati.

Jangan sesali semua itu. Jangan hilangkan perasaan sabar dalam kalbu.

Boleh jadi, itu semua adalah sebagai tanda dan simbol bagi orang lain untuk datang pada kita lalu menolong kita.

Semua hal buruk yang kita fikirkan, akan selalu ada jawapan yang terbaik dariNya.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan hilangkan harapan itu.

Kongsikan. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

AL-HAFIZ YANG ROSAK

AL-HAFIZ YANG ROSAK

Selepas melagukan beberapa potong ayat Quran dalam khutbahnya, Khatib mengeluarkan satu kata2 yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang,

“Ayat Quran ini sedap didengari bukan? Sedap kita dengar dengan tajwidnya & bacaannya. Tetapi maaf untuk saya katakan.

Kita zaman sekarang ini hanya bersedap2 dengan (lagu) bacaan & tajwid sahaja, tetapi makna yang ingin disampaikan langsung TIDAK kita fahami mesejnya sebenarnya.”

Benar apa yang beliau katakan. Al-Quran hari ini hanya jadi satu buku yang dipertandingkan pada suara bacaannya sahaja. Umat Islam hari ini hanya lebih suka mendengar lagunya sahaja daripada memahami MAKNA.

Tidak… Memang tidak salah untuk diperindahkan bacaannya. Tetapi jangan sampai ditinggalkan PEMAHAMAN maknanya! Pemahaman ini yang menjadi teras kenapa al-Quran ini diturunkan kepada kita sebenarnya.

Begitu juga bagi yang menghafalnya. Menghafal al-Quran bukan satu projek yang perlu dihabiskan secepat yang mungkin sebenarnya. Umat kita harini ramai yang tersilap.

Mereka menganggap selagi tidak selesai menghafal 30 juzuk dengan sempurna, selagi itu tidak dapat berkat al-hafiznya. Tidak! Keberkatan Quran bukan pada selaju mana anda menghafal Quran itu sebenarnya, tetapi sejauh mana anda BERAMAL dengan ayat2 yang dihafal itu! Itu al-hafiz yang sebenar!

Sebab itulah tak pelik bila hari ini kita lihat semakin ramai orang yang menghafal Quran yang buat masalah.

Hafal Quran, tapi bab menipu orang dia nombor satu. Hafal Quran, tapi bab bergedik dengan anak orang dia paling padu. Hafal Quran tapi kaki lucah, kaki rasuah, kaki rokok, kaki pukul, kaki maksiat dan bermacam2 kaki lagi.

Sebab al-Quran yang dihafalnya itu langsung tidak membawa BERKAT!

Orang seperti ini ialah orang yang paling berat azabnya di akhirat nanti! Kerana dia menghafal beribu2 ayat mulia yang pada setiap satunya ada amanah, tetapi satu pun dia tidak BERAMAL dengan ayat2 yang dihafalnya itu.

Dek kerana menghafal sebab nak CEPAT HABIS. Hafal buta namanya. Lantas selepas tamat bergelar al-hafiz (kononnya), mereka inilah manusia yang paling rosak & paling korup yang wujud atas muka bumi ini yang akan memburukkan lagi nama Islam ini sebenarnya.

Sebab itulah Para Sahabat RA zaman dahulu cukup takut nak beralih hafazannya dari satu surah kepada surah yang lain selagi belum BERAMAL dengannya.

Suasana Quran di Malaysia hari ini dapat kita lihat sangat baik hidup subur di banyak tempat alhamdulillah. Namun suasana itu tidak cukup sekadar pada rancak melagukan & menghafalnya kosong begitu saja.

Maahad tahfiz, sekolah pondok, kerajaan memerintah & institusi2 Quran yang ada perlu menghidupkan aktiviti2 mentadabbur & memahami makna2 ayat al-Quran dalam kalangan generasi Quran ini dengan lebih serius lagi sebenarnya.

Stesen2 penyiaran beserta institusi2 swasta perlu menganjurkan pula pertandingan2 berkonsepkan membedah makna2 al-Quran bagi mengetengahkan semula mesej2 al-Quran yang kian dilupai itu kepada semua. Tidak cukup sekadar pertandingan tarannum al-Quran sahaja sebenarnya.

Jangan risau. Segala pendapat di atas ini bukan dicakap atas dasar persepsi semata-mata, kerana saya juga merupakan antara produk al-Quran yang kurang berjaya.

Kita tidak mahu lebih ramai al-hafiz yang rosak seperti saya dilahirkan.

Kita juga tidak mahu negara kita terus menerus tersilap cetak al-hafiz2 palsu yang semakin rosak, tetapi biarlah di masa hadapan nanti mudah-mudahan negara kita dapat melahirkan generasi2 al-Quran yang lebih berkualiti & lebih menjadi al-hafiz yang sebenar di masa hadapan (insya-Allah).