Sedekah terbaik setelah subuh

Sedekah terbaik setelah subuh…. 🤲🏻🤗

Kenapa sedekah subuh?

Bukan berarti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. 

Semua sedekah boleh, disetiap waktu dan disetiap saat.

Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik.

Kenapa?

Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

Sediakan satu tabung dirumah ..

Setiap habis sholat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah.

Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”

“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku”

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh²nya ..

Waktu mustajab selepas sholat subuh dan sebelum waktu syuruk.

Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari.

Sesudah sampai masanya, alihkan sedekah² itu kepada anak yatim / surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang sholat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma Rm1, walau dilakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Kredit: Ustadz Syekh Ali Jaber.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: