Pujuk Hati Dengan Al-Quran

Pujuk Hati Dengan Al-Quran

Andai hati merasa sedih kerana diejek, dicerca atau dipandang rendah oleh manusia, kembalilah kepada Al-Quran. Hayati Kalam Allah yang menenangkan jiwa. Ketahuilah saat manusia membenci dan menjauhi, Allah dekat dan menyayangi.

Menurut al-Imam Ibn Kathir, pernah suatu ketika, wahyu turun sedikit lewat sehingga kaum musyrikin mula mengejek Rasulullah ﷺ dengan mengatakan bahawa Allah telah menjauhi dan meninggalkan Rasulullah ﷺ. Lalu Allah menurunkan ayat:

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).”

(Surah al-Duha 93:3)

Ingatkah kita insiden yang berlaku pada Tahun Kesedihan? Rasulullah ﷺ kehilangan insan kesayangan Baginda iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib yang banyak mempertahankan Islam. Rasulullah ﷺ berasa sangat sedih sehingga tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Kesedihan. Lalu Allah turunkan Surah Yusuf untuk menenteramkan hati Baginda.

Menurut Sheikh al-Tantawi, Surah Yusuf diturunkan pada saat Baginda sedang ditimpa tekanan yang maha dahsyat dalam ujian dakwah. Kata al-Tantawi (yang bermaksud):

“Sesungguhnya penurunannya (iaitu Surah Yusuf) ini adalah pada saat yang dianggap tempoh yang paling sukar yang dilalui oleh Rasulullah ﷺ iaitu ketika Baginda berhadapan dengan tekanan dan seksaan dari musyrikin setelah meninggalnya Abu Talib dan isteri Baginda Saidatina Khadijah.

(Tafsir al-Wasit)

Insiden-insiden ini menunjukkan bahawa saat Rasulullah ﷺ ditimpa kesedihan, Allah akan menurunkan al-Quran bagi menenangkan jiwa Baginda. Oleh yang demikian, saat jiwa kita berasa sedih dan tertekan, maka kembalilah kepada Allah dan bacalah al-Quran.

Jadikan al-Quran sebagai penawar dan penyejuk hati orang yang beriman. Hayati setiap bilah perkataan serta mesej yang ingin disampaikan. Al-Quran adalah Kalamullah, mukjizat yang menjadi penawar buat jiwa yang terluka.

Semoga Allah membimbing kita.

‎اللهم إنا نعوذ بك من البرص والجنون والجزام ومِن سيئ الاسقام.

‎ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: