14 TIPS PERSEDIAAN SEORANG BAKAL SUAMI

14 TIPS PERSEDIAAN SEORANG BAKAL SUAMI :-

Ala, kita straight to the point saja. Saya dah listkan 14 persediaan untuk bakal pengantin lelaki. Yang single tu sangatlah wajib baca. Kau kan seorang bakal suami kepada bakal isteri kau.

1. Yang paling penting adalah tabung kahwin kau. Kalau tak ada tabung kahwin, kau nak kahwin guna duit siapa. Duit bank? Tak payahlah. Nanti anak dah dah masuk sekolah rendah pun kau tak habis bayar lagi.

2. Rancang dengan bakal isteri kau berapa kos untuk majlis dua-dua belah. RM30K ke, RM20K ke, RM10K ke. Atau kalau nak jimat, kau kahwin time PKP ni. Kos RM1K-5K saja. Entah-entah siap ada lebih lagi. Mana ada majlis grand. Jemput 10 orang je. Ini peluang untuk berjimat gais! Tak ada mak cik bawang yang akan pertikaikan.

3. Rumah kau dah kena sediakan. Okay yang part ni ramai orang salah faham. Tak semestinya kau kena beli rumah. Kalau belum mampu beli rumah, kau sewa je dulu. Asalkan kau dapat sediakan tempat berteduh untuk isteri.

4. Kereta pun sangat penting. Tapi macam biasa, ikut kemampuan. Belum ada kereta, motor pun boleh. Asalkan kau boleh bawak dia dating sana sini lepas kahwin nanti. Tapi nanti bila dia dah pregnant dah kena beli kereta supaya isteri lebih selesa. Ansuran kereta tu pastikan tak lebih 15% daripada gaji bulanan kau dan isteri ya.

5. Nafkah ni kalau ada lelaki yang lupa dan buat-buat lupa baik tak payah kahwin. Berapa nak bagi nafkah kat isteri ni sangat subjektif. Tak kira isteri gaji lagi besarrr dari kau pun, kau tetap kena bagi nafkah. Maybe, kau boleh allocate 10% untuk part ni. Gaji RM2,000 kau bagilah RM200 untuk dia beli barang keperluan peribadi dia. Duit dapur kira lain okay! Kau jangan suka hati nak lumpsum-kan.

6. Dulu masa kau bujang, kalau kau tak ada duit sangat, kau mesti tak kisah makan nasi kosong, kicap, telur dan cili potong kan. Tapi bila dah kahwin, tak gamak lah kau buat macam tu dengan isteri kau. Jadi, simpanan kecemasan at least 3 bulan sangat penting ya. Time kau cemas-cemas pun kau masih ada simpanan. Kurang sikit cemas tu nanti.

7. Bila cerita bab duit ni mulalah nanti kata perempuan ni kata duitan. Dia macam ni, untuk seorang bapak melepaskan anak perempuan dia kepada kau, dia kena yakin yang kau boleh jaga anak dia dengan baik. Jadi, kau kena nampak bagus dari segi kewangan ni. Kalau pun kau belum stabil, kau kena bentangkan apa plan kewangan kau selepas kahwin. Biarlah nampak menyakinkan.

8. Sebaiknya, kena plan sebab kos sebelum dan selepas kahwin sangat lain wei. Sebelum kahwin boleh duduk bilik sharing 2-3 orang, selepas kahwin kena sewa satu rumah. Sebelum kahwin kau ada satu kampung, selepas kahwin kau kena balik dua kampung.

9. Belajar rendahkan ego. Perempuan, macamlah kau tak tau perangai dia orang. Dia orang mana pernah buat silap. Jadi, nanti kalau dia tiba-tiba merajuk, kau minta maaf saja walaupun kau tak salah. Mesti kau yang silap tu. Tak logiklah perempuan yang salah. Eh! 😂

10. Kalau sebelum kahwin kau kaki lepak sampai pagi, lepas kahwin janganlah buat perangai sama wei. Kau kena mula sedar yang kau tu dah nak kahwin. Biasa yang lepas sampai pagi tu geng-geng single. Kesian isteri kau tidur seorang kat rumah nanti. Dapat pula isteri jenis penakut, lagilah kesian.

11. Cuba kurangkan main game kat fon. Takkan sama life kau sebelum dan selepas kahwin. Sebelum kahwin, asal ada masa free je mesti main game. Daripada kau bazir masa main game tu, baiklah kau main dengan isteri kau. Main badminton ke, main congkak ke, main masak-masak ke, main basikal ke. Tak lawak ek? Kbai.

12. Tambah ilmu munakahat perkahwinan, ilmu fiqh wanita. Iyalah, kau tu ketua keluarga. Kenalah tau jenis-jenis darah yang keluar dari perempuan, kena tau tentang mana yang haram, mana yang halal dalam hubungan seksual. Ini kalau kau sesat tak tau, dengan isteri kau follow sesat sekali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: