KENAPA BAHAGIAN FARAID ISTERI PALING SEDIKIT?

KENAPA BAHAGIAN FARAID ISTERI PALING SEDIKIT? 🤔🤔

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah).

Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya pun baru tahu. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki… tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh, yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Saya bukanlah ustaz nk cakap psl agama, tapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupun semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dalam bank. Ada sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung).. simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dapat juga pada adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid – bahagian isteri dpt paling sedikit (org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat). Langsung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Celah mana mahu cari 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri. Duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.

12. Waris2, semua lesap lepas dpt bahagian masing2. Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2. Ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada golongan prefesional, malah kaki masjid pon ada. Tapi sayang, bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupon berhak pada harta simati, tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangsn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pads anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)

15 . Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dari bersifat kejam begini.

16. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya (mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati? jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18. Ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: