11 TANDA-TANDA LALAI DAN CARA MENGATASINYA

LALAI

Tanda-tanda lalai :

1 – Kurang membaca Al Quran.

2 – Kurang berzikir.

3 – Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat berjemaah.

4 – Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton televisyen.

5 – Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.

6 – Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, mudah stress.

7 – Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8 – Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.

9 – Tangguh untuk bertaubat.

10 – Malu untuk belajar agama.

11 – Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

“Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak’ kita dengan Al Quran”. 

Akibat lalai :

1 – Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.

2 – ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.

3 – Hilang fokus dalam hidup.

4 – Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-sebab lalai :

1 – Mengulangi dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2 – Berkawan dengan orang yg lalai.

3 – Berada dalam persekitaran ‘rosak’. (Contoh) pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.

4 – Tidak berzikir.

5 – Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh) berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan seumpamanya.

Cara-cara untuk mengatasi penyakit LALAI :

1 – Cari sahabat yang baik & soleh.

2 – Hadiri majlis ilmu.

3 – Bangun malam untuk solat tahajjud.

4 – Banyakkan zikir & taubat.

5 – Rajin baca quran.

6 – Bersangka baik pada orang lain.

7 – Pemaaf.

8 – Ingat mati.

9 – Kurangkan makan.

10 – Amalkan sunnah Nabi saw.

11 – Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: