NASIHAT BUAT HATI

NASIHAT BUAT HATI

Boleh jadi keterlambatanmu dari suatu perjalanan adalah merupakan keselamatanmu

Boleh jadi tertundanya pernikahanmu adalah suatu keberkatan

Boleh jadi dipecatnya engkau dari pekerjaan adalah suatu hikmah

Boleh jadi sampai sekarang engkau belum dikurnia anak itu adalah kebaikan dalam hidupmu.

Boleh jadi sempitnya kewanganmu, adalah sebuah faedah untukmu

Boleh jadi engkau membenci sesuatu tapi ternyata itu baik untukmu,

kerana Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui.

Aturan penuh indah dari Tuhanmu yang amat mencintaimu

Sebab itu, jangan engkau merasa gundah terhadap segala sesuatu yang terjadi padamu,

kerana semuanya sudah atas izin Allah.

Jangan menyimpan kebencian kerana dunia terlalu singkat untuk menjadi tempat permusuhan

Jangan banyak mengeluh kerana hanya akan menambah kegelisahan.

Usah banyak merungut kerna ia hanya menambah keresahan

Perbanyaklah bersyukur,  Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiiin, 

itu yang akan mendatangkan kebahagiaan.

Terus ucap alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,

sampai engkau tak mampu lagi mengucapkannya.

Selama kita masih dapat tidur tanpa ubat tidur,

kita masih dapat bangun tidur hanya dengan satu bunyi suara,

kita terbangun tanpa melihat adanya alat-alat yang melekat tercucuk di tubuh kita,

itu petanda bahawa kita hidup sejahtera.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ucapkan sampai engkau tak mampu lagi mengucapkannya.

Namun seandainya engkau diuji dengan penyakit yang menimpa,

setentunya engkau mendapat nikmat kesucian dan peningkatan

Jangan selalu melihat ke belakang kerana disana ada masa lalu yang menghantuimu.

Jangan selalu melihat ke depan kerana terkadang ada masa depan yang membuatmu gelisah.

Namun lihatlah dengan matahatimu bahawa engkau ada Allah Ta’ala yang berkuasa membuatmu bahagia.

Setiap detik, setiap saat, Allah bersamamu, Dia penemanmu yang setia.

Tidak harus banyak teman agar engkau menjadi popular,

lihat saja singa sang raja hutan lebih sering berjalan sendirian.

Jari-jari juga demikian; kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk,

semuanya berjajar berdampingan kecuali ibu jari dia yang paling jauh diantara keempat itu.

Namun perhatikan engkau akan terkejut kalau semua jari-jari itu

tidak akan mampu berfungsi dengan baik tanpa adanya ibu jari yang sendiri, yang jauh dari mereka.

Kerna itu, sebenarnya yang diperhitungkan bukanlah jumlah teman yang ada di sekelilingmu akan tetapi banyaknya cinta dan manfaat yang ada di sekitarmu, sekalipun engkau jauh dari mereka.

Menyibukkan diri dalam aktiviti bermanfaat akan menyelamatkan dirimu dari tiga masalah;

yaitu kebosanan, kehinaan, dan kemiskinan

Teman itu seperti anak tangga, boleh jadi ia membawamu ke atas atau

ternyata sebaliknya membawamu ke bawah, maka pilihlah teman-teman yang baik agar engkau berhati-hati dengan anak tangga mana yang sedang engkau lalui.

Hidup ini akan terus berlanjutan,  sama ada engkau tertawa ataupun menangis,

kerna itu jangan jadikan hidupmu penuh kesedihan yang tidak bermanfaat sama sekali.

Berlapang dadalah, maafkanlah, dan serahkan urusan manusia kepada Tuhan,

kerana engkau, mereka, dan kita semua, semuanya akan berpulang kepada-Nya.

Jangan tinggalkan solatmu sekali pun.

Kerana di sana, jutaan manusia yang berada di bawah tanah,

sedang berharap sekiranya mereka diperbolehkan kembali hidup,  mereka akan

bersujud kepada Allah walau sekali sujud.

Jangan berharap pada makhluk, kerana ia sering menghampakan

Usah bergantung kepada makhluk, kerna ia sering mengecewakan

Jangan bersandar kepada manusia kerana ia akan pergi.

Tapi berharap dan  bersandarlah hatimu kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, kerna Dialah yang menentukan segala sesuatu.

Dan kerna Dialah saja yang dapat mengurnia kepadamu suatu yang tidak mampu dicipta oleh makhluk yaitulah…

Ketenangan dalam hatimu bersama-Nya…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: