S I M P L E TETAPI P E N A T

S I M P L E ‘TAPI’ P E N A T 📌

💧 Saya kalau balik kerja mesti rasa penat, ye la bangun awal pagi, pergi kerja, petang balik pun dah rasa penat.

💧 Bila kerja Work From Home (WFH), baru saya tahu isteri saya lagi penat. Benda simple sahaja, susukan anak. Sebelum kahwin ramai bapa2 baritahu saya, nanti kalau ada anak, kalau anak tu susu badan sepenuhnya, isteri mesti penat. Mula-muka macam tak percaya, alaa baring je kot bagi susu.

💧 Bila dah ada anak, baru tahu memang dia penat menyusukan anak. Kadang-kadang kita lena tidur, dia berjaga susukan anak, anak saya agak kerap bangun nak menyusu.

Sampai ke harini anak masih kerap menyusu badan walaupun dah tengah malam.

💧 Sejam dua mesti nak susu, menangis, kadang-kadang sampai saya bangun tolong kejutkan isteri sebab saya tahu dia penat sampai tak dengar anak menangis nak susu.

💧 Cuba kita tidur tapi di ganggu setiap 1 jam, setiap 2 jam, mesti kita tak puas tidur. Betulkan? Apatah lagi mereka yang memang susukan anak, setiap hari macam tu.

💧 Itu sebab kadang-kadang saya malas nak berkira dengan isteri saya sebab saya tahu dia memang lagi penat dari kita yang pergi balik kerja ni. Sampai emosi mereka pun boleh terganggu, kalau mereka marah2 tu, anggap sajalah mereka penat. Jangan kita makin keruhkan keadaan. Kita letakan diri kita di tempat mereka. Baru kita tahu.

💧 Hargai isteri anda, bagi mereka happy, walaupun duduk di rumah, tapi mereka lagi penat dari kita. Kalau tanya kenapa saya tak berkira dengan isteri saya?

itu salah satu sebab yang saya hargai dia.

Tanya mana bapa bapa pun mesti akan jawap yang sama kecuali yang tak faham bahasa, tak faham kepenatan orang lain.

💧Sayangilah isteri kita sepenuh HaTi ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: