Kita Hidup Bukan Untuk Puaskan Hati Semua Orang-

Kita Hidup Bukan Untuk Puaskan Hati Semua Orang-

Kita tak boleh kawal apa yang orang nak fikir dan cakap buruk pasal diri kita. Biar jer la dah kalau itu yang dia suka.

Tapi, kita boleh kawal diri kita untuk abaikan semua itu. Tak perlu layan.

Kadang, lebih baik simpan apa yang kita rasa dari memberitahu orang lain.

Tak perlu bercerita tentang diri kita pada semua orang, bukan semua nak ambil tahu.

Andai ada nasihat yang baik, belajarlah untuk menerima. Andai ada cemuhan negatif, abaikan saja.

Yang penting teruskan hidup dengan pemikiran positif.

Hidup adalah proses pembelajaran untuk memperbaiki diri. Teruskan belajar menjadi baik, lebih baik dan terbaik.

Kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang apalagi nak ikut jer telunjuk orang.

Tak perlu ambil tahu apa orang cakap pasal kita. Orang tu nak kutuk kita ke, hina kita ke, pandang rendah kat kita ke, biarkan saja.

Sebab apa tau kita takyah layan orang macam ni, sebab masa kita susah bukan dia yang datang tolong kita.

Kita merangkak sendiri tanpa pertolongan. Jadi tak payah nak sibuk sangat untuk puaskan hati orang lain.

Baik korang puaskan hati sendiri dulu.

#KitaTakSempurna

Cukup cukuplah hidup nak kena jaga hati orang, nak kena puaskan hati semua orang. Sampai bila kita ni nak puaskan hati semua orang, sampai bila kita nak kena jaga hati semua orang.

Sedangkan hati kita terhiris luka.

Hati kita sendiri tak ada siapa nak peduli. Apa kata abaikan saja orang yang duk mengata kita, duk hina, duk kita kat belakang.

Bukan apa, orang yang duk mengata, menghina orang tu belum tentu diri dia tu baik.

Kalau dia betul betul baik tak ada maknanya dia nak mengata orang. Tak ada faedah.

Kita semua ni tak sempurna. Seeloknya fikir dulu sebelum nak judge orang. Fikir sikit perasaan orang, takut apa yang korang duk kata tu berbalik pada korang kembali.

Cukup-cukuplah nak menyibuk pasal orang.

Nak menilai baik buruk orang. Kita bukan tuhan nak menilai dan menghukum orang.

Muhasah diri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: