Isterimu bukan bidadari dan Suami mu pun juga bukan Malaikat…

Isterimu bukan bidadari dan Suami mu pun juga bukan Malaikat…

Isterimu memiliki kekurangan dan Suami mu pun juga memiliki kekurangan…

Berusahalah’ Untk saling melengkapi kekurangan itu’ Untk meraih Redha Allah dan Kebahagian dunia dn Akhirat-Nya….

Ingat wahai suami rezeki mu semua nya terletak dalam doa isteri mu…

Dan ingatlah wahai isteri syurga mu terletak redhanya seorang suami…

Wahai suami jika kamu inginkan rezeki yang melimpah dalam kehidupan mu sentiasalah memperlakukan isterimu dengan kebaikan kerna pasti isteri mu akan membalas kebaikan mu dengan doa yang sangat ikhlas dari hatinya….

 Syurga isteri tidak terletak dibawah telapak kaki suami” Akan tetapi ketaatan isteri terhadap suaminya lah  yg akan membawa dirinya ke syurga…

Suami yg baik, dia akan menyediakan jalan yg lurus utk isterinya masuk ke dlm syurga manakala suami yg kurang baik, dia akan membuatkan jalan2 ke syurga tu jd berliku-liku utk si isteri tempuhi…

Seorang suami yang baik juga, ialah yang mendamaikan hati isteri.

Rasulullah bersabda : “Yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang baik kepada ahlinya dan aku bersikap baik terhadap ahliku”

Ahli yang dimaksudkan ialah isteri dan ahli keluarga.

Seorang isteri yang redha terhadap kerja buat dan tugas suami di samping taat kepada Allah dan rasul, taat kepada suami, menjaga maruah dan akhlak, ketahuilah mereka lebih baik daripada bidadari syurga.

Sesungguhnya “Suami itu ujian buat isteri.. isteri juga ujian bagi suami”

“Burung takkan mampu sampai ke awan kalau hanya menggunakan sebelah sayap. “

Doa seorang isteri tidak akan terkabul jika doanya itu tidak ikhlas dan mempunyai kebencian dan kemarahan dalam hati nya….

Allah…

Pada seorang suami, membahagiakan isteri adalah kebahagiaan dirinya,

Bahagia seorang isteri pula adalah apabila suami redha akan dirinya.

Di saat suami jatuh dalam lubang yang paling dalam maka si isteri tidak meninggalkan dirinya kerana kebahagiaan suaminya adalah kebahagiaan dirinya.

Rumahtangga bukan hanya soal hak dan tanggungjawab, tetapi soal kasih dan sayang yang akan menjadi asas kepada setiap tindakan.

InsyaAllah akan sentiasa bahagia walau dalam kekurangan,

Tenang dalam kepayahan.

Subhanallah seandainya satu saat kita yang pergi dahulu menghadapNYA, ada tak kebaikan kita yang akan dikenang oleh pasangan kita sampai bila-bila?

Ingatlah Layan la isteri/suami mu itu sebaik mungkin kerna dia tak selamanya akan mendampingi kita..

Jatuhnya suami kerana isteri

Majunya suami juga kerana isteri

Sungguh, kunci syurga buat seorang isteri adalah dari redha seorang suami. Redha Allah pada isteri terletak bagaimana redha suaminya terhadap isterinya.

Maka, taati lah suami selagi tidak bercanggah dengan agama…

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon 25 : Ayat 74)

Semoga bermanfaat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: