PEMUSNAH RUMAHTANGGA!

PEMUSNAH RUMAHTANGGA!

Kurang manis menghubungi rakan lain jantina yang telah berkahwin untuk perkara yang tak penting. Tak payah saja-saja nak call kalau setakat nak berbual perkara remeh. Hormati perasaan pasangannya, walaupun kau takde niat apa-apa jangan lupa Syaitan sentiasa mencari ruang menjolok rasa. Masjid yang telah siap terbina, janganlah di goncangkan. Hendaknya kita sesama Islam saling melindungi dan menjaga di antara satu sama lain, bukan memusnahkan dan membuat kerosakan sesama sendiri.

Wahai perempuan.. jangan suka ganggu suami orang. Andai kata terjebak perasaan dengan pasangan orang lain, dan dia seolah memberi harapan. Berhenti sejenak dan fikirlah apa kesudahannya?. Wahai lelaki.. jika ada perempuan menghampirimu disaat kau sudah beristeri, sungguh dia bukanlah seorang perempuan yang baik. Perempuan yang baik, dia tidak akan kacau rumahtangga orang. Sedarlah wahai para suami.

Seksyen 34: Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. So people..!!! Aware of this matters..nasihatkan la mana2 pihak yang terjebak dalam perkara ini untuk berhenti kacau ganggu rumahtangga orang lain.. ingatlah!! Tiada kebahagiaan akan muncul selepas meragut kebahagiaan orang lain.

Jangan ganggu suami orang, jika tak ingin suamimu diganggu nanti. Jangan ganggu isteri orang jika tak mahu isterimu diganggu orang lain. Hidup adalah imbal balik dari perbuatanmu sendiri. Jangan ganggu rumahtangga orang. Jangan galakkan perceraian orang. Kita hidup ada keturunan, esuk lusa kena kat anak ke, anak sedara sendiri ke, haaa..nanti baru kau tahu, nak pulak berderet anak kau tu perempuan. Kifarah tu ada!. Elak menyakiti orang kalau tak suka dilukai. Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang lain. Ingat, baik buruk sikap kita ALLAH bayar cash!.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: