NABI SAW, SUNNAH BAGINDA

NABI SAW, SUNNAH BAGINDA

JAGA WUDHU’ SEDIA ADA ATAU KITA BAHARUINYA..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam.

Selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Hadith diriwayatkan daripada Saidina Anas Bin Malik, beliau berkata :

‎كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ، قلت: كيف كنتم تصنعون؟ قال: يجزئ أحدنا الوضوء ما لم يحدث

Maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah SAW BERWUDUK pada SETIAP KALI SOLAT.

Aku bertanya:

Bagaimanakah kalian (para sahabat) lakukan?

Beliau (Anas RA) menjawab: 

Pada kami cukup hanya satu wuduk sahaja jika TIDAK BERHADAS.

-Riwayat al-Bukhari (214) dan al-Baihaqi (761)

Imam al-Nawawi menyebut pandangan yang SAHIH di dalam mazhab al-Syafie dengan berkata :

‎اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِ تَجْدِيدِ الْوُضُوءِ وَهُوَ أَنْ يَكُونَ عَلَى وُضُوءٍ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُحْدِثَ وَمَتَى يُسْتَحَبُّ: فِيهِ خَمْسَةُ أَوْجُهٍ أَصَحُّهَا إنْ صَلَّى بالوضوء الاول فرضا أو نفلا استحب والا فلا وَبِهِ قَطَعَ الْبَغَوِيّ

Maksudnya:

Para ulama mazhab kami (al-Syafie) bersepakat tentang SUNAT untuk memperbaharui wuduk

iaitu seseorang yang sudah berwuduk kemudian dia berwuduk SEKALI LAGI tanpa disebabkan oleh hadas.

Bilakah ia disunatkan ?

Terdapat lima pandangan.

Pandangan yang PALING SAHIH ialah jika sekiranya dia solat dengan wuduk yang pertama sama ada solat fardhu atau sunat, maka disunatkan (MERPERBAHARUI WUDUK).

Jika tidak (solat fardhu atau sunat), maka tidak disunatkan.[2]

-(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1:469)

Sesungguhnya perbuatan sentiasa MEMPERBAHARUI WUDUK ini merupakan SUNNAH Rasulullah SAW.

Baginda SAW berwuduk SETIAP KALI SOLAT walaupun Baginda SAW berada dalam BERWUDUK dan SUCI dari hadas sebelumnya.

Baginda SAW juga banyak menyebutkan tentang KELEBIHAN-KELEBIHAN orang yang SENTIASA BERWUDUK, antaranya :

‎إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ

Maksudnya:

Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk,

lalu dia membasuh WAJAHNYA, maka keluarlah daripada wajahnya segala DOSA yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika dia membasuh kedua-dua TANGANNYA, maka keluarlah daripada kedua-dua tangannya setiap DOSA yang telah dilakukan oleh tangannya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika dia membasuh kedua-dua belah KAKINYA, maka keluarlah daripada kedua-dua kakinya itu setiap DOSA yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir,

sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan BERSIH daripada DOSA-DOSA.

-Riwayat Muslim: 360

Penutup

Mengambil wuduk yang baharu adalah LEBIH AFDHAL dan LEBIH BAIK kerana seseorang akan melakukan perbuatan mengambil wuduk dengan lebih banyak.

Sesiapa yang lebih BANYAK perbuatan IBADAHNYA, maka lebihnya kelebihan dan PAHALANYA berdasarkan kepada kaedah FIQH menyebutkan :

‎مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا أَكْثَرَ فَضْلًا

Maksudnya:

Sesuatu yang lebih banyak PERBUATANNYA, maka lebih banyak KELEBIHANNYA.

WaAllahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: