BAGAIMANA NABI YAAKUB AS MENDIDIK ANAK MENJADI PENYABAR DAN PEMAAF?

BAGAIMANA NABI YAAKUB AS MENDIDIK ANAK MENJADI PENYABAR DAN PEMAAF?

♥️ Interaksi berlaku antara ayah dan anak

Pelik kan, kalau anak mencari ayah untuk meluahkan?

Sebab biasanya anak-anak akan cari mama atau ibu atau umi untuk meluahkan.

Berbeza dengan Nabi Yusuf AS yang mana beliau mencari ayahnya untuk meluahkan tentang mimpi yang dialaminya.

Persoalan untuk kita, adakah anak-anak kita mendatangi kita dalam masalah mereka?

Atau…

Suasana dalam rumahtangga menjadikan anak kita hilang mood untuk meluahkan?

Mengapa Allah beri penekanan kepada ayah?

Barangkali inilah yang hilang dari masyarakat kita. Alasan sibuk bekerja dan tidak beri perhatian untuk bangunkan anak sering terjadi.

Sepatutnya biarlah ada masa yang berkualiti bersama anak-anak setiap hari dan anak-anak rasa selesa untuk meluahkan dan berkongsi.

❤️ Siapa anak di mata kita?

Jika kita inginkan anak menjadi seorang yang sabar dan pemaaf, kita harus mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Apa tujuan kita untuk dapat anak?

Bagaimana kita lihat anak kita?

Hakikatnya anak adalah amanah. Betulkan cara pandang kita terhadap anak kita.

Jika anak adalah amanah, ia akan dipersoalkan nanti.

Adakah kita sudah berusaha untuk membangunkan akhlak anak kita?

Adakah kita sudah berdakwah kepada mereka?

Soal natijah dakwah tersebut, bukan kayu ukur. Yang penting usaha.

❤️ Faktor pendidikan menjadikan Nabi Yusuf AS penyabar

Tidak dinafikan, Allah beri hikmah atau kebijaksanaan kepada Nabi Yusuf AS.

Tetapi faktor pendidikan daripada ayahnya juga memainkan peranan sangat penting.

Nabi Yusuf AS pernah merahsiakan perasaan marah dari terpapar diwajahnya.

Dari mana kualiti tersebut  datang?

Dari mana dia belajar?

Sebenarnya dari ayahnya sendiri, Nabi Yaakub AS.

Anak sebenarnya cermin kita.

Apabila kita diuji sesuatu dengan sikap anak-anak, barangkali ada dosa kita belum taubat dan Allah tegur supaya kita refleksi dan muhasabah pernah atau tidak kita melakukan perbuatan yang sama kepada ibu ayah kita?

❤️ Realiti kehidupan

Peranan yang perlu dimainkan dalam pendidikan anak-anak bukan hanya ibu, tetapi juga ayah.

Jangan sampai anak yatim piatu walaupun ayah ada. Ada secara fizikal tidak bermakna jika tanpa ruh dan kebersamaan.

Ayah perlu terus menerus  mendidik. Bina suasana kondusif untuk anak mudah meluahkan.

♥️ Kebijaksanaan Parenting Nabi Yaakub AS

Nabi Yaakub AS tidak pilih kasih seperti mana dakwaan 10 orang anaknya yang mana dia melebihkan Yusuf AS berbanding anak yang lain.

Hakikatnya Nabi Yusuf AS yang sentiasa memanfaatkan peluang dan ruang untuk rapat dan bercerita kepada ayahnya.

Perasaan pilih kasih itu hanya perasan dalam diri anaknya yang lain dan dibakar oleh syaitan.

Nabi Yaakub AS apabila berdepan dengan helah anaknya selepas pulang bersama baju yang berdarah, beliau kekalkan posisi sebagai pendidik bukan pengkritik. Beliau tidak marah anaknya walaupun beliau tahu itu adalah tipu dan konspirasi mereka.

Nabi Yaakub AS dengan berat hati mendengar kenyataan tersebut, beliau balas dengan tegas dan ingatkan bahawa anaknya dikuasai oleh hawa nafsu dan Nabi Yaakub AS sesekali tidak percaya dengan konspirasi mereka.

Jadi ibu ayah, jika kita berdepan situasi ini kita perlu kekalkan posisi sebagai pendidik, walaupun terima berita perit, bukannya kita terus menghukum, memarahi serta menyalahkan.

♥️ Kerana Sabar seorang ayah

Kerana kesabaran seorang ayah dan akhlak baik seorang anak, ia mampu mengubah anak yang lain.

Kerana kesabaran Nabi Yaakub AS dalam berdepan anaknya, menyebabkan anaknya yang lain berubah.

Mulakan perubahan itu dari diri kita.

Nak anak sabar, kita dahulu kena sabar.

Nak anak pemaaf, kita dahulu kena jadi seorang yang pemaaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: