Sahabat sekalian…
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yg kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yg paling bahagia dan membahagiakan. Orang yg ceria dan menceriakan.
Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerana hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yg baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yg baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yg baik
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati dan sedih.
Maafkan sahaja. Jadilah orang yg memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yg bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yg kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.