Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui.

Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.

Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (As-Saffat: 102)

Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?

Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata  “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.

Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab:

Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (As-Saffat: 102).

Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.

Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)

Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah

https://t.me/kapsul_tazkirah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: