RESOLUSI IJTIMAK GURU-GURU PONDOK NEGERI KELANTAN KALI KEDUA TAHUN 1443H/2022M

RESOLUSI IJTIMAK GURU-GURU PONDOK NEGERI KELANTAN KALI KEDUA TAHUN 1443H/2022M

Pondok-pondok Negeri Kelantan merupakan suara denyut nadi rakyat Negeri Kelantan dengan jolokan nama Serambi Mekah yang amat sesuai dengan perkembangan Agama Islam dan kedudukan para ulamaknya.

Merujuk Muzakarah Ulamak Negeri Kelantan 2021 anjuran Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan Jabhah Pondok Kelantan pada 19 Disember 2021M / 14 Jamadil Awwal 1443H bertempat di Pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB), Wisma Pondok Pasir Tumboh, Kelantan Darul Naim.

Selain itu, Ijtimak Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan Kali Pertama telah diadakan pada 19 Mac 2022M / 1 Syaaban 1443H bertempat di Pondok Darul Muttaqin, Pasir Puteh, Kelantan.

Hasil Muzakarah Ulamak Negeri Kelantan menegaskan bahawa ajaran Wahabi jelas bercanggah dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asya’irah dan Maturidiah) dan ianya juga bertentangan dengan mazhab Muktabar dalam bab feqah. Penyelewengan ajaran Wahabi adalah pada sudut Akidah, Feqah dan Tasawuf. Ajaran Wahabi bukanlah kefahaman para ulama Salafussoleh.

Berdasarkan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan secara jelas bahawa pengertian dalam bahagian 4 (1) “Ahlus Sunnah Wal Jamaah” maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Ash’ari dan Abu Mansoor Al- Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya”. Ini adalah pegangan para ulama Nusantara antaranya seperti Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Abdullah Fahim, Tok Kenali dan ramai lagi ulama terutamanya dari kalangan ulama Pondok terutama dari Negeri Kelantan.

Justeru itu, maka Ajaran Wahabi Salafi (Wahhabiyyah Mujassimah) yang dibawa oleh sesetengah pihak adalah jelas bercanggah dengan Undang- Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang mewartakan Asya’irah dan Maturidiah sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Bahawasanya kami Kesatuan Pondok Negeri Kelantan sepakat menyatakan pendirian kami dalam Ijtimak Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan Kali Kedua ini:

Selaras dengan peruntukan 4 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang telah mengaris-ertikan “Ahlus Sunnah Wal Jamaah maknanya ialah Mazhab Abu Hassan al-Asha’ari dan Abu Mansoor al- Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya”

Begitu juga dengan peruntukan di bawah Seksyen 37 (1) dan (2) bagi Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) :

1) Kewajipan memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut pegangan dan huraian Mazhab Asha’irah dan Maturidiah serta menolak fahaman dan huraian yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman syiah, muktazilah, khawarij, wahabi (mujassimah), liberalisme, pluralisme dan lain-lainnya.

2) Begitu juga kesemua calon-calon untuk pilihanraya yang akan datang dipastikan terdiri daripada individu yang tidak berpegang, mengamalkan atau menyebarkan fahaman dan amalan yang bertentangan dengan fahaman dan huraian Mazhab Asha’irah dan Maturidiah.

3) Pihak berkuasa Negeri perlu membuka ruang serta memperbanyakkan peluang bagi para ulama’ pondok terlibat dalam program untuk mengadakan pengajian kitab secara talaqqi seperti program Madinah Ramadan dan Medan Ilmu.

4) Perlu dihapuskan matapelajaran secara formal dan tidak formal (seperti usrah) yang mempunyai huraian akidah yang menyalahi prinsip Mazhab Asha’irah Maturidiah seperti huraian akidah bertunjangkan pembahagian tauhid kepada tiga, Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asma wa as-Sifat.

5) Pihak berkuasa negeri perlu memastikan lantikan pegawai-pegawai strategik agensi/institusi agama seperti JHEAIK dipilih dari kalangan yang mendukung Mazhab Asha’irah dan Maturidiah. Begitu juga dengan aktiviti dan penerbitan rasmi agensi/institusi agama seperti JHEAIK hendaklah dipastikan tidak bercanggah dengan peruntukan yang terdapat pada Undang-undang Tubuh Negeri yang dirujuk.

6) Pihak berkuasa juga diharapkan mewujudkan peruntukan khusus untuk pembangunan institusi pondok dan program pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kewajipan memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengikut huraian aliran Asha’irah dan Maturidiah, serta menolak fahaman dan huraian yang bertentangan seperti Syiah, Muktazilah, Khawarij, Wahabi,KL ajaran kebatinan yang karut, liberalisme, pluralisme dan lain-lainnya.

7) Sahibus Samahah Mufti dan Ahli Majlis Fatwa hendaklah dilantik dari kalangan ulama’ yang mendukung akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Asha’irah Maturidiah serta mengutamakan dan mendahulukan huraian fuqaha’ Mazhab Imam Shafi’e serta tidak keluar dari pendapat fuqaha’ Ahli Sunnah Wal Jamaah.

8) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan perlu menyelaraskan serta memantau bagi memastikan pengajaran akidah di masjid dan surau di negeri ini diajar menggunakan kitab serta huraian yang sejajar dengan aliran Asha’irah dan Maturidiah.

– MEMORANDUM LENGKAP TELAH DISERAHKAN KEPADA YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PADA TARIKH 4 MAC 2022 DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR.

– MEMORANDUM LENGKAP JUGA TELAH DISERAHKAN KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V (KELIMA) MELALUI KETUA PENGELOLA ISTANA KELANTAN PADA TARIKH 7 JUN 2022 DI PEJABAT SULTAN KELANTAN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: