TUJUH KESOMBONGAN

TUJUH KESOMBONGAN

1) PENGETAHUAN (ILMU).

Alangkah cepatnya sifat SOMBONG itu timbul didalam hati orang-orang yang merasa cukup akan pengetahuannya (Ilmu).

2) AMAL DAN IBADAH.

Ini boleh menimbulkan SOMBONG, riya’ dan kerananya boleh menarik perhatian orang banyak, sehingga dia tidak Ikhlas didalam amal dan Ibadahnya.

3) KEBANGSAWANAN.

Kerana merasa dirinya keturunan bangsawan, sehinggakan dia menjadi SOMBONG dan memandang rendah kepada orang yang dianggapnya rakyat biasa.

4) KECANTIKAN RUPA.

Ini lebih banyak kepada kaum wanita, bukan saja membawanya kepada SOMBONG, tetapi juga suka mencela, merendahkan dan menyebutkan aib orang lain.

5) HARTA DAN KEKAYAAN.

Kerana merasa dirinya serba kemewahan, dia menjadi SOMBONG dan suka memandang rendah dan melecehkan orang lain, terutamanya orang-orang Miskin.

6) KEKUATAN DAN KEKUASAAN.

Seseorang boleh menjadi SOMBONG kerana di tangannya ada kekuatan dan kekuasaan, sehinggakan dia suka memandang rendah terhadap orang-orang yang lemah.

7) BANYAK PENGIKUT.

Banyak kawan dan banyak teman karib atau kerabat yang mempunyai kedudukan dan pangkat-pangkat penting sehinggakan ia menjadi SOMBONG kepada orang lain.

Kesimpulannya… Setiap Nikmat yang dirasai oleh seseorang telah dipunyai dengan cukup itu boleh menimbulkan SOMBONG !

Dia terlupa, bahawa semuanya itu adalah Pemberian dan Ujian Tuhan untuk menentukan sama ada sanggupkah seseorang itu mempergunakannya dengan Baik Atau Tidak ?

Apakah dia akan Bersyukur atau akan Kuffur dengan Nikmatnya Itu…?

Disamping orang yang MENYOMBONGKAN DIRI kerana hal yang Baik, ada pula orang-orang jahat yang MENYOMBONGKAN dan membanggakan diri.

Sehinggakan banyak sekali orang tersebut mengerjakan Dosa dan Bermaksiat, kerana dia mengira bahawa itu adanya satu kehormatan dan keistimewaan buatnya.

Sebab itu, bagi mereka yang sering MENYOMBONGKAN DIRI kerana tujuh kelebihan yang tersebut seperti diatas.

Maka akan ada banyaknya orang lain di dunia ini yang sama dengan dia, berkenaan dengan apa yang menyebabkan dia MENYOMBONGKAN DIRI, Bahkan banyak pula orang yang lebih daripadanya.

Dengan kesedaran yang demikian, maka KESOMBONGANNYA akan hilang dan berubah menjadi tunduk dan Syukur kepada Allah SWT yang memberikan kurnia Kenikmatan tersebut kepadanya.

“Tidak perlu terkenal untuk di kenal, tidak perlu cantik demi meraih simpati dan Tidak perlu kaya untuk berjaya…”

Cukuplah menjadi Bermanfaat bagi orang lain, cukup Jujur didalam Perjalanmu, dan menjadi orang yang tidak pernah menyakiti Hati manusia lain.

Bukan kerana rupa, bukan kerana harta atau kewujudanmu di dunia ini, namun Akhlakmu yang menjadi jalan Kebaikanmu di Akhirat kelak.

Tetaplah Istiqomah didalam Kebaikan, tidak peduli siapa dirimu, kerana Akhlakmu yang akan menjadi penentu JATI DIRIMU…

Ashabul Kahfi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: