SENARAI PENDUSTA DAN NABI PALSU

SENARAI PENDUSTA DAN  NABI PALSU

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Antara tanda kiamat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah munculkan mereka yang berdusta atas nama agama dan mengaku sebagai nabi palsu. Kemunculan golongan ini bukan berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan sejarah telah menunjukkan ramai golongan pendusta dan nabi palsu ini bersilih ganti seantero dunia.

Kemunculan para pendusta dan mereka yang mengaku sebagai nabi palsu wujud pada zaman Baginda Nabi SAW. Baginda bersabda maksudnya:  “Dan sesungguhnya akan muncul dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mengaku menjadi nabi. Ketahuilah aku adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selepas aku.”  (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tanda jelas yang disampaikan Baginda Nabi SAW tentang situasi pendusta yang mengakui seorang nabi muncul pada akhir hayat baginda dan berterusan sehingga hari ini.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian.”  (Hadis Riwayat Muslim)

Ulama menjelaskan pada akhir hayat baginda terdapat beberapa orang yang telah mengaku nabi palsu dan berterusan selepas kewafatan baginda. Mereka pada asasnya adalah berpura-pura bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan orang ramai kemudian bertukar menjadi satu bentuk kepercayaan yang diplopori oleh golongan tersebut.

Terdapat dua bentuk pendusta, pertama mereka yang sengaja berpura-pura menjadi nabi palsu, kedua mereka mengatakan didatangi oleh satu mimpi yang menabalkan mereka menjadi seorang nabi. Kedua-dua situasi ini telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dengan situasi lebih membimbangkan.

Kebanyakan masyarakat yang mempercayai kemunculan nabi palsu ini adalah mereka yang taasub dengan seseorang dan menganggap nabi palsu dapat menyelamatkan mereka. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang tersalah pilih jalan untuk taubat dengan mempercayai dan mengikuti nabi palsu tersebut. Peranan besar yang diterapkan oleh pendusta dan nabi palsu ini adalah berbentuk kemudahan dalam mengamalkan ajaran Islam. Mereka tidak perlu solat dan puasa kerana dengan niat sahaja segala amalan telah diterima. Dalam masa sama, mereka juga bebas melakukan apa yang diharamkan seperti zina dan sebagainya. Semua ajaran yang disampaikan oleh pendusta dan nabi palsu ini amat mudah diikuti sehingga bilangan pengikut daripada pelbagai latar profesional semakin ramai dari tahun ke tahun.

Antara nabi palsu yang muncul pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dan selepasnya.

• Abhalah bin Ka’ab bin Ghauts Al Kadzdzab alias Al Aswadi Al Ansi

– Pada masa Rasulullah SAW.

– Berasal dari Yaman dan dibunuh oleh isterinya sendiri yang bekerjasama dengan kaum Muslimin.

• Thulaihah bin Khuwailid bin Naufal

– Pada zaman Rasulullah SAW.

– Berasal daripada Bani Asad. kembali ke pangkuan Islam

• Musailamah bin Tsumamah bin Habib Al Kazzab

– Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

– Berasal dari Yamamah.

– Dibunuh oleh Wahsyi pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq

• Sajah binti Al Harits bin Suwaid

– Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

– Seorang perempuan berasal daripada Bani Tamim. Seteru kepada Musailamah al-Kazzab kemudian bergabung dan berkahwin membentuk tentera yang besar. Diusir oleh khalifah selepas kematian suaminya.

• Al Mukhtar bin Abi Ubaid (Zaman sahabat)

– Berasal dari Thaif, penganut syiah yang mengaku nabi. Dia saudara ipar Abdullah bin Umar bin Khattab. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair.

• Mirza Ali Mohammad

– Pada abad 19.

– Pendokong agama Bahaisme.

– Dihukum mati oleh pemerintah Iran pada 1843

• Mirza Husein Ali

– Pendokong agama Bahaisme, penganut syiah.

– Mati pada 1892. Diikuti oleh anaknya yang bernama Abbas Efendy yang bermarkas di Chicago, USA.

• Mirza Ghulam Ahmad

– Berasal dari India.

– Mati terkena penyakit kolera.

– Pendiri agama Ahmadiyah, namun kitabnya bukan al-Quran.

• Rashad Khalifa

– Dari Mesir 1835-1908.

– Dibunuh oleh pengikutnya sendiri

• Asy Syaikhah Manal Wahid Manna

– Seorang wanita mengaku nabi.

– Dipenjara oleh pemerintahan Mesir

• Tsurayya Manqus

– Seorang wanita dari Yaman.

– Mati dibunuh oleh pengikutnya sendiri dan disalib

• Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala

– Dari sudan

Di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya di Indonesia juga tidak terlepas daripada pendusta yang mengaku diri mereka sebagi nabi akhir zaman yang baharu. Mereka yang mengaku sebagai nabi ini mempunyai pengikut yang cukup ramai daripada pelbagai lapisan dan profesional. Mereka percaya bahawa dengan mengikut nabi palsu tersebut mereka akan terus memperolehi tiket atau jaminan khusus untuk masuk ke syurga.

Pendusta dan nabi palsu di sekitar Asia Tenggara

• Hadasari (Markasa, Sulawesi Selatan, Indonesia)

– Seorang perempuan yang mengaku sebagai nabi ke-26

• Lia Eden (Jakarta, Indonesia)

– Wanita yang mengaku telah mendapat wahyu daripada malaikat Jibril untuk mendakwahkan satu aliran kepercayaan baharu melibatkan tiga agama Samawi

• Ahmad Musaddeq (Indonesia)

– Pernah bertaubat namun masih menyebarkan ajaran dengan menggunakan nama samaran lain seperti Milah Abraham dan Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) masih aktif di beberapa wilayah Indonesia

• Gus Jari bin Supardi (Jawa Timur)

– Mendakwa sebagai Nabi Isa Al Habibullah dan menyebarkan ajaran agama Islam melalui pondok

• Abdul Kahar (Malaysia, Rasul Melayu)

– Mendakwa Tuhan melantiknya menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim menerusi ayat ke-4

• Roslan Abdul Rahman (Melaka, Malaysia)

– Membawa fahaman  ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini nabi akhir zaman’

• Meriam binti Ahmad Shaharudin (Selangor, Malaysia)

– Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi SAW kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

• Ayah Pin (Terengganu, Malaysia)

– Menyifatkan dirinya sebagai ‘tuhan’ kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk diajar di muka bumi.

Setiap pendusta yang mengaku sebagai nabi dan mendakwa memperoleh wahyu daripada Allah mengiktiraf diri mereka lebih mulia daripada yang lain. Dalam masa sama, mereka juga mempunyai kitab dan menjadi panduan pengikut mereka. Ketaasuban pengikut mereka ini telah melampaui batasan apabila menjadi nabi palsu tersebut sebagai sembahan mereka bertujuan untuk memperolehi sesuatu. Situasi ini menggambarkan satu bentuk kesesatan yang akan diikuti oleh manusia yang meninggalkan wasiat utama Baginda Nabi SAW iaitu al-Quran dan as-sunnah.

Justeru itu, manusia perlu memahami al-Quran dan hadis dengan pegangan yang kukuh bagi mengelakkan sebarang cabaran yang boleh mempengaruhi minda ke arah mengikuti nabi palsu dan pendusta yang semakin ramai pada hari ini.  Dalam masa sama, perlu berguru dengan guru yang tepat dan bersandarkan sumber yang telah disepakati.

Terdapat beberapa gerakan agama baru yang wujud dalam Malaysia yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (di mana badan ini mentakrif dan merujuk gerakan-gerakan ini sebagai “organisasi ajaran sesat”):

  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Syiah
  39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
  43. Tarikat Mufaridiah
  44. Ajaran Hassan Anak Rimau
  45. Tarikat Aurad Ismailiah
  46. Ajaran Martabat Tujuh
  47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
  49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  51. Ajaran Mohd Nor Seman
  52. Ajaran Ayah Pin
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar
  56. Ajaran Sesat Lia Eden
  57. Ajaran Sesat Tuhan Harun[1]
  58. Ajaran Sesat Mirip Hakikat Insan[2]

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/31/25-ajaran-difatwakan-sesat-di-selangor

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

SENARAI PENDUSTA DAN NABI PALSU

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Antara tanda kiamat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah munculkan mereka yang berdusta atas nama agama dan mengaku sebagai nabi palsu. Kemunculan golongan ini bukan berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan sejarah telah menunjukkan ramai golongan pendusta dan nabi palsu ini bersilih ganti seantero dunia.

Kemunculan para pendusta dan mereka yang mengaku sebagai nabi palsu wujud pada zaman Baginda Nabi SAW. Baginda bersabda maksudnya: “Dan sesungguhnya akan muncul dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mengaku menjadi nabi. Ketahuilah aku adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selepas aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tanda jelas yang disampaikan Baginda Nabi SAW tentang situasi pendusta yang mengakui seorang nabi muncul pada akhir hayat baginda dan berterusan sehingga hari ini.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta…

View original post 890 more words

Create your website with WordPress.com
Get started