ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT:  AQIDAH IMAM 4 MAZHAB

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT:  AQIDAH IMAM 4 MAZHAB

AL-IMAM ABU HANIFAH

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H)berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[1]:

“كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ الْـخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَىْ وَلَـمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَلا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ”.

Maksudnya:

“Allah ta`ala itu wujud pada azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan]tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud pada azali [tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan] tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu”.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu (W. 150H) berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

“فَلَوْ كَانَ مُـحْتَاجًا إِلَى الْـجُلُوْسِ وَالْقَرَارِ فَقَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ أَيْنَ كَانَ اللهُ؟ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا”.

Maksudnya:

“Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan `Arasy? Maha Suci Allah daripada DUDUK dan BERTEMPAT akan sebagai penyucian yang pasti.”

AL-IMAM MALIK

Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqidi dalam kitabnya al-Asma’ Wa al–Sifat[2]:

“يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَأَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُـمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ، وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَأَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ”.

Maksudnya:

“Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman beristawa ke atas `Arasy”, bagaimana Dia istawa? Makaal-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudian beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman beristawa ke atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan tidak boleh dikatakan bagaimana (istawa-Nya) dan bagaimana istawa-Nya (kaif iaitu sifat makhluk) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif iaitu tidak menyerupai sifat makhluk). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi“.

Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan al-Imam Malik yang menyebut : “al-Kaif tidak masuk akal“ berkata[3]:

“وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ” مَعْنَاهُ أَنَّ ذَاتَ اللهِ لا تُوْصَفُ بِـمَا وَضَعَتْ لَهُالْعَرَبُ لَفْظَ كَيْفَ، وَهُوَ الأَحْوَالُ الْمُتَنَقِّلَةُ وَالْـهَيْئَاتُ الْـجِسْمِيَّةُ…فَلا يُعْقَلُ ذَلِكَ فِيْ حَقِّهِ لاِسْتِحَالَتِهِ فِيْ جِهَةِ الرُّبُوْبِيَّةِ”.

Maksudnya:

“Al-Kaif [sifat makhluk] tidak masuk akal“ maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (sifat makhluk yang terdiri daripada) suatu keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman…Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif iaitu sifat makhluk) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)“ .

AL-IMAM ASY-SYAFI`E

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H)telah berkata[4]:

“إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلا مَكَان فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغْيِيْرُ فِيْ ذَاتِهِ وَلا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ”.

Maksudnya:

“Sesungguhnya Dia ta`ala wujud pada azali [iaitu tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya dengan] tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap diatas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud pada azali sebelum Dia mencipta tempat [iaitu wujud-Nya dengan tanpa bertempat]. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifat-Nya”.

 Al-Imamal-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H)berkata[5]:

“مَنْ انْتَهَضَ لِمَعْرِفَةِ مُدَبِّرِهِ فَانْتَهَى إِلَى مَوْجُوْدٍ يَنْتَهِيْ إِلَيْهِ فِكْرُهُ فَهُوَ مُشَبِّهٌ وَإِنِ اطْمَأَنَّ إِلَى الْعَدَمِ الصَّرْفِ فَهُوَ مُعَطِّلٌ وَإِن اطْمَأَنَّ إِلَى مَوْجُوْدٍ وَاعْتَرَفَ بِالْعَجْزِ عَنْ إِدْرَاكِهِ فَهُ وَمُوَحِّدٌ”.

Maksudnya:

“Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa yang ia bayangkan dalam benak fikirannya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir]. Danjika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan (yang mentadbirnya) maka diaadalah mu`aththil (orang yang meniadakan Tuhan/atheis, maka ia telah kafir). Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya [Allah], maka dia adalah muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)”.

AL-IMAMAHMAD BIN HANBAL

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad IbnHanbal radiyallahu`anhu  (W. 231 H)berkata[6]:

“وَأَمَّا الإِمَامُ الْـجَلِيْلُ أَبُوْ عَبْدُ اللهِ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ الشَيْبَانِيْ فَقَدْ ذَكَرَ الشَّيْخُ ابن حَجَرِ الْـهَيْثَمِيْ أَنَّهُ  كَانَ مِنَ الْمُنَزٍّ هِيْنَ اللهَ تَعَالَى عَنِ الْـجِهَةِ  وَالْـجِسْمِيَّةِ، ثُـمَّ قَالَ ابْنُ حَجَرٍ مَا نَصَّهُ: وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هَذَا الإِمَامِ الأَعْظَمِ مِنْ أَنَّهُ قَائِلٌ بِشَيْءٍ مِنَ الْـجِهَةِ أَوْ نَحْوِهَا فَكِذْبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِرَاءٌ عَلَيْهِ”.

Maksudnya:

“Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani,maka sungguh telah disebutkan oleh asy-Syeikh ibnu Hajar al-Haithami sesungguhnyabeliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan jisim. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempatdan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan keatas beliau”.

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu  (W. 231 H)berkata[7]:

“كَانَ يَقُوْلُ- أَيْ الإِمَامُ أَحْمَدُ- فِيْ مَعْنَى الاِسْتِوَاءِ هُوَ الْعَلُوُّ وَالاِرْتِفَاعُ وَلَـمْ يَزَلِ اللهُ عَالِيًا رَفِيْعًا قَبْلَ أَنْ يَـخْلُقَ عَرْشَهُ فَهُوَ فَوْقَ كُلِّ شَيْءٍ وَالْعَالِيْ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ…عَلا وَلا يَـجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اسْتَوَى بِـمُمَاسَةٍ وَلا بِـمُلاقَاةٍ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا وَاللهُ تَعَالَى لَـمْ يَلْحِقْهُ تَغْيِيْرٌ وَلا تَبْدِيْلٌ وَلا تَلْحَقُهُ الْـحُدُوْدُ قَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ وَلا بَعْدَ خَلْقِ الْعَرْشِ”.

Maksudnya:

“Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan MahaTinggi (darjat-Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya [Arasy]. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat)  akan sebagai penyucian yang pasti. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut”.

Ø  فَقَدْ نَقَلَ أَبُو الفَضْلِ التَّمِيْمِيْ رَئِيْسُ الْـحَنَابِلَةِ

Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah

Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhumenafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti beranggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim.

[1] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat – h. 25 dan dikumpulkan juga di dalamMajmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq oleh al-Kawthari- , (t.p.), h. 6.

[2] Al-Imamal-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, DarAl-Jail Beirut, hlm. 568 .

[3]Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242.

[4] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr,Beirut, j. 2, h. 23.

[5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain.

[6] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri (t.t),al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h.144.

[7] bual-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h.265/290.

One thought on “ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT:  AQIDAH IMAM 4 MAZHAB”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: