QARIN DAN ROH ORANG MATI

QARIN DAN ROH ORANG MATI

Satu kepercayaan masyarakat melayu bahawa roh orang mati boleh kembali, menziarahi keluarga dan memberikan pertolongan. Malah ada juga yang mendakwa mendapat mimpi bertemu dengan orang kesayangan yang telah meninggal dunia. Namun benarkah roh orang mati boleh mengganggu, menolong, menziarahi dan hadir di dalam mimpi?

Qarin boleh menyerupai diri kita sebagaimana satu kes yang pernah dirujuk kepada Datuk Harun Din tentang seorang isteri yang telah kematian suami tapi pada suatu malam roh suaminya balik dan menggaulinya.

Memang benar, perkara itu boleh berlaku dan ia sering menjadi salah faham dikalangan orang Melayu yang mengatakan bahawa roh orang yang sudah mati itu kembali. Kalau mengikut Islam, roh orang mati tidak akan kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita tidak boleh masuk ke alam barzakh semasa hidup begitu juga halnya roh orang mati yang berada di alam barzakh tidak boleh kembali ke dunia. Kepercayaan bahawa roh balik semula sesudah mati adalah kepercayaan Kristian. Kalau mengikut Islam roh orang yang telah meninggal tidak akan kembali semula ke bumi melainkan ia kekal di alam barzakh sehingga hari kiamat.

Jika roh orang mati itu boleh kembali ke dunia dan boleh melakukan pelbagai perkara sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olah tidak ada seksa kubur, tiada balasan dan bebas ke sana ke mari. Kita kena yakin bahawa roh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarga dan isterinya.

Walaupun ada yang mengaku pernah nampak si mati kembali mendatangi isteri dan menziarahi keluarga, ia bukanlah roh arwah tapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama qarin.

Apabila meninggal seorang manusia maka qarinnya akan terus berkeliaran di muka bumi ini. mereka adalah antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah. Sudah namanya pun syaitan maka memang kesukaannya adalah berbuat jahat dan mengganggu serta menyesatkan manusia selagi belum sampainya kiamat.

Qarin itu adalah kembar dan rupanya sama seperti kita. Pernah berlaku sekitar tahun 80-an di Serdang. Seorang lelaki membawa seorang perempuan untuk ditumpangkan hingga ke Rasah. Lelaki itu bekerja di Kuala Lumpur untuk balik ke Melaka. Ketika sampai di perhentian Serdang seorang perempuan menahannya di dalam hujan untuk minta tumpang. Sampai di Rasah perempuan itu diturunkan dihadapan rumahnya dan lelaki itu menyambung perjalanan ke Melaka. Tapi perempuan itu tertinggal baju hujan dan bukunya di dalam kereta. Keesokannya lelaki itu memulangkan semula baju hujan dan buku berdasarkan alamat yang dicatatkan di situ. Lelaki itu diberitahu bahawa perempuan yang menumpangnya telah meninggal enam bulan lalu akibat kemalangan di Serdang.

Di situ timbul persoalan siapakah perempuan yang menumpang itu? Adakah ia roh? Bukan roh sebenarnya, ia adalah qarin. Namun penjelmaan qarin sebagai kita selepas meninggal adalah jarang-jarang berlaku tapi ia boleh berlaku. Walaupun ia datang dengan tujuan baik tapi maksudnya jahat.

Di dalam hal tertentu qarin juga boleh menjelma dan mendampingi kita hingga boleh dilihat oleh orang lain. Qarin yang terseksa dan degil saja boleh menjelmakan diri hingga boleh dilihat oleh orang lain. Tapi, ia bukan di dalam bentuk asal Allah jadikan syaitan. Ia mungkin boleh menyerupai binatang atau lembaga yang hodoh. Jelmaan itu bukan saja untuk menakutkan orang lain, juga sebagai fitnah. Akhirnya orang akan menuduh bahawa si fulan itu membela hantu raya atau sebagainya.

Iblis memang sudah berjanji untuk membawa semua anak keturunan Adam ke neraka dan iblis sudah mengetahui bahawa tempatnya di neraka. Kebanyakannya orang yang bersahabat dengan jin adalah fakir, iaitu fakir kawan dan segala-galanya. Sebagaimana sabda Rasulullah, sihir itu mewarisi kefakiran.

Memang benar ada yang boleh memerintahkan jin seperti nabi Sulaiman namun keistimewaan itu hanya miliknya saja. Jika kita manusia biasa berhajat juga untuk memerintah jin maka kita kena kufur dahulu dengan Allah barulah jin boleh menurut perintah.

Kalau hendak tahu bagaimana orang yang berjaya di dalam ilmu sihir, biasanya mereka akan kufur sepenuhnya dengan Allah. Ada yang mengatakan bahawa ilmu sihir itu akan berjaya jika pengamalnya memijak Al-Quran selama 40 hari berturut-turut. Ada ahli sihir yang meletakkan al-Quran kecil di dalam kasutnya selama 40 hari untuk mendapatkan ilmu itu. Sebanyak mana dia kufur kepada Allah sebegitulah kekuatan sihirnya.

Kesimpulannya, qarin itu tidak boleh diperintah tetapi kita boleh melemahkannya dari mengajak kejahatan dengan menguatkan hati melalui zikir dan membaca al-Quran. Apabila hati kita kuat maka qarin itu lemah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: