KUNCI kepada segala TAKDIR ialah SABAR ❤

KUNCI kepada segala TAKDIR ialah SABAR ❤

Siapa yang tidak menerima takdir Allah – maka dia sedang melawan arus. Melawan arus yang berupa perintah dan takdirNya

Siapa yang kenal Allah, maka tiada lagi pilihan atau kemahuannya dan tentu dia akan berkata pada dirinya – AWAK INI SIAPA❓

Kita hidup atas takdir Allah yang terkumpul padanya Perintah dan Larangan. Jika kita dapat sesuatu yang kita tak suka perintah yang datang ialah SABAR. Maka hendaklah kita patuhi.

Solat, puasa – ini takdir Allah, perintah Allah kepada kita manusia. Walau di kalangan jin sekalipun akan terikat pada perintah dan larangan.

Menentang takdir Allah, adalah orang yang tidak terima pada apa yang telah Allah pilih pada kehidupannya.

📌 Maksud takdir Allah, apa yang Allah TETAPKAN dan Allah PERINTAHKAN. Bagi yang melawan perintah, maka dia telah melanggar takdir Allah.

Sabar dalam TAAT – orang BAHAGIA

Sabar dalam MUSIBAH – orang BERJAYA

KUNCI kepada segala TAKDIR itu ialah SABAR.  Tidak melihat pada hikmah melainkan orang yang SABAR. ❤

Jika terus mengeluh dan berharap hingga melangkaui sempadannya, maka JIWA kita akan resah dan tidak tenang. Ini adalah HUKUMAN Allah.

📌 Cara TENANG, bilamana JIWA RESAH :

1️⃣ ISTIGHFAR

2️⃣ MUHASABAH

– Semak pada setiap masalah dan lihat padanya mungkin ada dosa kita pada apa yang berlaku.

3️⃣ DOA

– Mohon diberikan ketenangan, kedamaian.

4️⃣ TANYA ORANG PANDAI, ORANG TAHU

– Tanya orang soleh, orang baik dan orang yang lebih berakal dari kita. Kadangkala kita perlu perkataan orang lain untuk kita tenang, kerana ia akan memberi kesan pada kita, di mana kita meluahkan dan mendengar butir pandangan.

5️⃣ PERBANYAKKAN TAAT

– Bagi menenangkan hati. Sibukkan diri dengan ketaatan kepada Allah, maka kita akan merasakan takdir itu ibarat “..setitis embun yang menyamankan..”.

– Sedekah, qiamulail, zikir – bila kita sibukkan diri dengan TAAT maka dengannya kita akan tenang. Dan melihat takdir itu sesuatu yang kecil.

“..Penyelesaiannya BERHAJAT kepada muqaddimahnya ialah SABAR..” ❤

Bila buat apa yang Allah larang, maka dia adalah orang yang tidak menerima takdir Allah. Bila datang takdir Allah, terus FAHAMI hukumnya.

Kata Allah,

“..jangan melawan takdir-Ku..”

JIKA kita tahu takdir Allah, maka kita tidak akan melawan takdir Allah. Kerana pada takdir Allah itu ada HUKUM yang perlu kita ikut. Penting bagi kita dalam memahami TAKDIR ALLAH.

Dengan melawan takdir Allah, kita TIDAK akan bahagia sepertimana yang diharapkan. Maka, terimalah takdir Allah itu MENURUT HUKUMNYA bukan dengan menurut hawa nafsu kita.

Wallahua’lam

Kuliah Subuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: