QARIN DAN ROH ORANG MATI

QARIN DAN ROH ORANG MATI

Satu kepercayaan masyarakat melayu bahawa roh orang mati boleh kembali, menziarahi keluarga dan memberikan pertolongan. Malah ada juga yang mendakwa mendapat mimpi bertemu dengan orang kesayangan yang telah meninggal dunia. Namun benarkah roh orang mati boleh mengganggu, menolong, menziarahi dan hadir di dalam mimpi?

Qarin boleh menyerupai diri kita sebagaimana satu kes yang pernah dirujuk kepada Datuk Harun Din tentang seorang isteri yang telah kematian suami tapi pada suatu malam roh suaminya balik dan menggaulinya.

Memang benar, perkara itu boleh berlaku dan ia sering menjadi salah faham dikalangan orang Melayu yang mengatakan bahawa roh orang yang sudah mati itu kembali. Kalau mengikut Islam, roh orang mati tidak akan kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita tidak boleh masuk ke alam barzakh semasa hidup begitu juga halnya roh orang mati yang berada di alam barzakh tidak boleh kembali ke dunia. Kepercayaan bahawa roh balik semula sesudah mati adalah kepercayaan Kristian. Kalau mengikut Islam roh orang yang telah meninggal tidak akan kembali semula ke bumi melainkan ia kekal di alam barzakh sehingga hari kiamat.

Jika roh orang mati itu boleh kembali ke dunia dan boleh melakukan pelbagai perkara sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olah tidak ada seksa kubur, tiada balasan dan bebas ke sana ke mari. Kita kena yakin bahawa roh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarga dan isterinya.

Walaupun ada yang mengaku pernah nampak si mati kembali mendatangi isteri dan menziarahi keluarga, ia bukanlah roh arwah tapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama qarin.

Apabila meninggal seorang manusia maka qarinnya akan terus berkeliaran di muka bumi ini. mereka adalah antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah. Sudah namanya pun syaitan maka memang kesukaannya adalah berbuat jahat dan mengganggu serta menyesatkan manusia selagi belum sampainya kiamat.

Qarin itu adalah kembar dan rupanya sama seperti kita. Pernah berlaku sekitar tahun 80-an di Serdang. Seorang lelaki membawa seorang perempuan untuk ditumpangkan hingga ke Rasah. Lelaki itu bekerja di Kuala Lumpur untuk balik ke Melaka. Ketika sampai di perhentian Serdang seorang perempuan menahannya di dalam hujan untuk minta tumpang. Sampai di Rasah perempuan itu diturunkan dihadapan rumahnya dan lelaki itu menyambung perjalanan ke Melaka. Tapi perempuan itu tertinggal baju hujan dan bukunya di dalam kereta. Keesokannya lelaki itu memulangkan semula baju hujan dan buku berdasarkan alamat yang dicatatkan di situ. Lelaki itu diberitahu bahawa perempuan yang menumpangnya telah meninggal enam bulan lalu akibat kemalangan di Serdang.

Di situ timbul persoalan siapakah perempuan yang menumpang itu? Adakah ia roh? Bukan roh sebenarnya, ia adalah qarin. Namun penjelmaan qarin sebagai kita selepas meninggal adalah jarang-jarang berlaku tapi ia boleh berlaku. Walaupun ia datang dengan tujuan baik tapi maksudnya jahat.

Di dalam hal tertentu qarin juga boleh menjelma dan mendampingi kita hingga boleh dilihat oleh orang lain. Qarin yang terseksa dan degil saja boleh menjelmakan diri hingga boleh dilihat oleh orang lain. Tapi, ia bukan di dalam bentuk asal Allah jadikan syaitan. Ia mungkin boleh menyerupai binatang atau lembaga yang hodoh. Jelmaan itu bukan saja untuk menakutkan orang lain, juga sebagai fitnah. Akhirnya orang akan menuduh bahawa si fulan itu membela hantu raya atau sebagainya.

Iblis memang sudah berjanji untuk membawa semua anak keturunan Adam ke neraka dan iblis sudah mengetahui bahawa tempatnya di neraka. Kebanyakannya orang yang bersahabat dengan jin adalah fakir, iaitu fakir kawan dan segala-galanya. Sebagaimana sabda Rasulullah, sihir itu mewarisi kefakiran.

Memang benar ada yang boleh memerintahkan jin seperti nabi Sulaiman namun keistimewaan itu hanya miliknya saja. Jika kita manusia biasa berhajat juga untuk memerintah jin maka kita kena kufur dahulu dengan Allah barulah jin boleh menurut perintah.

Kalau hendak tahu bagaimana orang yang berjaya di dalam ilmu sihir, biasanya mereka akan kufur sepenuhnya dengan Allah. Ada yang mengatakan bahawa ilmu sihir itu akan berjaya jika pengamalnya memijak Al-Quran selama 40 hari berturut-turut. Ada ahli sihir yang meletakkan al-Quran kecil di dalam kasutnya selama 40 hari untuk mendapatkan ilmu itu. Sebanyak mana dia kufur kepada Allah sebegitulah kekuatan sihirnya.

Kesimpulannya, qarin itu tidak boleh diperintah tetapi kita boleh melemahkannya dari mengajak kejahatan dengan menguatkan hati melalui zikir dan membaca al-Quran. Apabila hati kita kuat maka qarin itu lemah.

WAKTU JIN DAN SYAITAN BERKELIARAN

WAKTU JIN DAN SYAITAN BERKELIARAN

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda ‘Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah (di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu (termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian (apabila tidur), ‘(HR. Bukhari Muslim).

Dalam hadis di atas Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menganjurkan lima hal ketika petang hari menjelang malam tiba.

1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini.

3. mengikat (menutup) tempat air.

4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila menjelang tidur.

5. matikan lampu sebelum tidur kerana dengan demikian, kita akan terhindar dari bahaya kebakaran yang seringkali dilakukan syaitan. Syaitan seringkali bermaksud untuk membakar rumah dan penghuninya dengan jalan menyerupai seekor tikus lalu memecahkan tempat lampu tersebut sehingga api boleh menjalar. Untuk itu Rasulullah menganjurkan agar lampu dimatikan sebelum tidur. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis berikut:

“Ibnu Abbas berkata ‘Suatu hari seekor tikus datang menyeret kain yang dipintal kemudian dilemparkan ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang sedang duduk di atas tikar. Kemudian kain dipintal yang dibawa tikus tadi terbakar seperti sebesar wang dirham. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam Kemudian bersabda: “Apabila kamu tidur, matikanlah lampunya, kerana syaitan seringkali wujud seekor tikus yang membawa sesuatu (yang mudah dibakar) yang ditujukkan ke lampu tersebut sehingga dapat membakar kamu,'(HR. Abu Daud dengan sanad shahih ).

Dalam hadis lain juga dikatakan:

“Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda ‘Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba)'(HR. Muslim).

Mengapa syaitan berkeliaran pada waktu menjelang malam? Menurut Ibn al-Jauzi, kerana gerak geri syaitan pada waktu malam jauh lebih cergas dan kuat dari pada waktu siang. Kerana waktu gelap bagi syaitan adalah waktu yang lebih fresh dan lebih menguatkannya, di samping memang kegelapan dan warna hitam adalah kesukaan syaitan. Kerana itulah, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW mengatakan:”Anjing hitam itu adalah syaitan”.

IMAN YANG KUAT

IMAN YANG KUAT

السلامعليكمورحمةاللهوبركاته

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,

dari mana kita belajar IKHLAS?

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD,

darimana kita belajar SABAR?

Jika setiap doa kita terus AllahKABULKAN,

bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR?

Seseorang yang dekat dengan Allah, bukan berarti tidak ada air mata,

Seseorang yang taat pada Allah, bukan berarti tidak ada kekurangan,

Seorang yang tekun berdoa, bukan berarti tidak ada masa susah,

Biarlah Allah yang Maha Berkuasa sepenuhnya atas hidup kita, kerana Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN

Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN

Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMAAFAN.

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN

Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETENGGUHAN

Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat….

Tetap sabar….

Tetap tersenyum…..

Kerana kamu sedang menimba ilmu KEHIDUPAN

TUHAN menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”

Orang yang IMAN YANG HEBAT tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan..

MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA.

JANGAN BIARKAN ANAK DAN HARTA MENJADI FITNAH

“Janganlah harta benda kamu dan anak-isteri kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah”
“Allah-lah menjadi ganti bagimu daripada sesuatu yg telah terluput darimu”

“Tunggulah takdirmu dari Allah dengan yakin dan kesabaran”

“Orang yg terlalu melihat kepada dosa dan pahala, tidak akan dapat melihat keelokkan dan kasih-sayang Tuhan”

“Makhluk tiada, kekosongan , dan yg nyata hanya Allah”

“Apabila Allah mengurniakan pembukaan dariNya, hijab diri dan alam akan terangkat”

“Tiadalah tempat doa yg paling makbul melainkan pada hati yg amat fakir dan lemah”

“Syak-wasangka dan ragu-ragu kepada takdir Allah itu adalah alamat lemah iman dan kurang yakinmu kepada Allah”

“Lenyapkan pandangan makhluk kepadamu dan hadirkanlah pandangan Tuhan kepadamu”

“Kepada Tuhanmu-lah kesudahan yg dituntut, tumpukanlah hatimu hanya kepada Allah, tiada sekutuNya sesuatu”

“Batin hati yg telah dilimpahi oleh cahaya Keesaan DzatNya, akan tetap teguh berhadap Allah didalam segala suasana silih berganti kehendakNya”

“Tuntutlah keridhaan Allah, jangan engkau tuntut keridhaan manusia”

“Bala dan musibah adalah rukun kepada kecintaan Allah”

“Jagalah hubunganmu dengan Allah dimana sahaja engkau berada”

“Sebenar-sebenar sembahyang itu ialah tempat engkau berhadap Dzat Allah”

“Dunia tempat bersuka-ria dan tempat berlazat-lazat, kubur kediaman duka dan penyesalan”

“Ketika engkau diuji Allah dengan fitnah dan celaan manusia, tetaplah engkau melihat Allah, maka akan terbuka bagimu rahsia dan kelazatan dengan Allah”

“Berseri-seri wajah orang yg melihat Tuhannya, barang kemana engkau berhadap disana Wajah Allah”

“Mencari Wali Mursyid itu wajib untuk mencapai ruh yg mencintai dan mengenal Tuhannya”

“Keluarkanlah pandanganmu kepada makhluk, dan pandanglah Allah pada sekalian alam ini”

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sebelum wujudku Engkau telah memilihku dengan pilihanMu, ketika itu akalku belum ada, dan hatiku pun belum ada, dan lidahku pun belum ada, Engkau pilihku dengan WujudMu bukan dengan wujudku, Engkau dahulu seperti Engkau sekarang jua, tiada sesuatu sertaMu”

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku menyembahMu daripadaMu kepadaMu, maka jangan Engkau pandang lemah dan kurangku, tetapi pandanglah kuat dan sempurnaMu, pandanglah maaf dan keampunanMu”

“AKU berbuat apa yg AKU kehendaki, dan AKUlah sebaik-baik Pengaturmu”

_BUTA SELAIN ALLAH

10 SEBAB SOLAT TIDAK DITERIMA ALLAH SWT

RINGKASAN KANDUNGAN

10 SEBAB SOLAT TIDAK DITERIMA

1. Lelaki yang solat sendirian tanpa  membaca sesuatu,

      walau surah  Al-fatihah.

2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi  tidak mengeluarkan zakat.

3. Lelaki yang menjadi imam, padahal  orang yang menjadi makmum

     membencinya.

4. Lelaki yang melarikan diri dari medan  perang.

5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu  bertaubat.

6. Perempuan yang suaminya marah  Kepadanya solat tanpa redha suami.

7. Perempuan yang mengerjakan solat  tanpa menutup aurat.

8. Pemimpin yang sombong dan zalim.

9. Orang-orang yang suka makan riba  tanpa rasa berdosa.

10. Orang yang solat tetapi tidak dapat  menahannya dari melakukan

      perbuatan yang mungkar.

Diantara  punca solat yang tidak diterima oleh Allah SWT juga :

Melabuhkan pakaian bagi lelaki dan sujud seperti sujud anjing.

Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda,

“Seimbanglah di dalam sujud, dan  janganlah seseorang dari kamu

   menghamparkan kedua lengannya  sebagaimana terhamparnya (kaki) anjing”.

   [HR Bukhari no. 822 dan Muslim no. 4

TIGA GOLONGAN YANG TIDAK DIPANDANG ALLAH PADA HARI KIAMAT

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ

Dari Abu Dzar dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat,          tidak melihat mereka, tidak mensucikan dosanya dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih.” Abu Dzar berkata, “Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Abu Dzar berkata lagi: Mereka gagal dan rugi, siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang melakukan isbal (memanjangkan pakaian), orang yang suka memberi dengan menyebut-nyebutkannya (karena riya’), dan orang yang menjual dagangan dengan bersumpah palsu (hingga menyebabkan orang percaya dan membelinya) ” (HR Muslim No: 154)

JALAN TAQARUB DAN MENDAPAT KECINTAAN ALLAH SWT

JALAN TAQARUB DAN MENDAPAT KECINTAAN ALLAH SWT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya.  Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tidaklah seseorang itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan  sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pengelihatannya yang ia jadikan untuk melihat dengannya, dan tangannya yang ia jadikan untuk melakukan sesuatu, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia memohon kepada Ku, pasti akan Aku akan memberinya, dan jika meminta perlindungan daripada Ku, pasti Aku melindunginya.  (HR Bukhari No: 6021) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Wali Allah adalah orang yang taat dan ikhlas dalam beramal,  beriman dan bertaqwa, beramal dengan al-Quran dan Sunnah.

2.Orang yang menyakiti mukmin yang bertakwa maka Allah akan membinasakannya.

3.Melaksanakan amal fardhu adalah yang paling afdal dan disukai Allah.

4.Meninggalkan maksiat adalah sebahagian daripada melaksanakan kefardhuan.

5.Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardhu juga melalui amalan sunat akan melayakkan seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.

6.Ibnu Rajab menyatakan: sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardu dan sunat, darjatnya akan diangkat di sisi Allah. Jika dia bertutur, dia bertutur kerana Allah. Jika dia melihat, dia melihat kerana Allah.

7.Diantara penghormatan yang Allah kurniakan  kepada orang yang dicintai Allah ialah Allah akan memperkenankan doanya jika dia meminta. 

JIKA BUMI BULAT  DAN DALAM JARAK SEJAUH 6.4KM

JIKA BUMI BULAT  DAN DALAM JARAK SEJAUH 6.4KM

Fakta 1 : Jika Bumi bulat, dalam jarak sejauh 6.4km, bumi akan kelihatan melengkung sebanyak 1.3 meter, dan jika jaraknya 10km, bumi akan melengkung sehingga 3 meter…

Korang boleh cuba zum guna kamera telefon atau kamera DSLR yang ada fungsi zum sekurang-kurangnya 100x…

Banyak bukti eksperimen di YouTube menggunakan kamera DSLR Nikon P1000, untuk zum jarak lebih dari 10km, malah kamera P1000 yang mampu zum sehingga 1000 kali ganda, mampu melihat sejauh hampir 100km jauh…

Jika sesuatu objek boleh dilihat sejauh 100 kilometer, maka terbukti bumi tidak melengkung, kerana untuk bumi mencapai bentuk bulat atau sfera, pasti ada sudut melengkung walaupun diameter bumi seluas 40 ribu kilometer…

Fakta 2 : Jika graviti wujud, mengapa satelit tidak ditarik ke bumi, dan bagaimana satelit mampu mengikut kelajuan putaran bumi selaju berbelas ribu km sejam…

Sedangkan sains mendakwa bulan mengorbit bumi adalah kerana terdapat daya graviti dari bumi…

Jika satelit wujud, mengapa tidak ada satu pun satelit yang kelihatan di angkasa melalui teleskop, sedangkan satelit sepatutnya lebih dekat dari bulan dan bintang…

Yang ada pun hanya stesen ISS yang tetap di satu lokasi dan hanya terletak 400 km dari bumi, sedangkan terdapat beribu-ribu satelit komunikasi setiap negara di angkasa yang sepatutnya mengikut putaran bumi…

Fakta 3 : Newton masih gagal menjelaskan bagaimana belon boleh terapung di udara jika teori gravitinya benar, jadi terbukti teori Newton tidak layak dijadikan hukum fizik…

Jika graviti bulan wujud, mengapa air tawar tidak ditarik seperti pasang surut air masin…

Teori graviti juga gagal menjelaskan mengapa air tidak tumpah dalam eksperimen oleh Archimedes seawal abad ke 18 lagi…

Eksperimen dengan menjatuhkan dua objek yang sama jenis dan berat tetapi berbeza aerodinamik, keduanya akan jatuh dalam masa yang hampir sama, disebabkan oleh daya angkat rintangan udara, bukannya daya graviti…

Jika graviti wujud, mengapa berat sesuatu objek adalah sama walaupun di tempat yang berbeza daya graviti seperti di Equator (garis longitud yang memisahkan hemisfera utara dan selatan bumi)…

Berat sesuatu objek sepatutnya mempunyai sedikit perbezaan contohnya di bandar Mexico berbanding New York yang jauh dari garisan Equator…

Fakta 4 : Kedudukan bintang yang digunakan untuk navigasi kelasi kapal sejak ribuan tahun tidak pernah berubah, sedangkan bumi sentiasa berputar pada paksinya dan mengorbit matahari…

Jika bumi itu bulat, mengapa kedudukan bintang di bulan Januari ketika bumi berada di sisi kiri matahari adalah sama walaupun ketika bulan Julai ketika bumi berada di sisi kanan matahari…

Kedudukan bintang polaris atau bintang utara yang berada tepat diatas kutub utara juga tidak pernah berubah walau seinci, sedangkan bumi berputar condong diatas paksinya…

Bintang polaris di kutub utara boleh dilihat di semua lokasi bumi, digunakan sebagai panduan perjalanan kapal laut sejak ribuan tahun, walhal penduduk di hemisfera selatan tidak mungkin boleh melihat bintang polaris jika benar bumi adalah bulat…

Fakta 5 : Ada yang mengatakan bumi adalah bulat kerana Kaabah di Mekah adalah pusat bumi, namun adakah benar Kaabah yang sebenar terletak di Mekah atau telah diubah…

Kerana terdapat banyak bukti bahawa kedudukan Kaabah sebenarnya terletak di Petra, Jordan dan bukannya di Mekah, Arab Saudi…

Berikut ialah antara Hadith yang membuktikan bahawa teori bumi datar adalah lebih tepat berbanding bumi bulat…

“Syurga berada di langit ke tujuh, Allah menjadikannya dimana yang Dia mahu ketika hari Kiamat, sedangkan neraka jahanam berada di lapisan bumi yang ke tujuh”. HR. Abu Nu’aim dari Ibnu Abbas…

“Aku diberi Buroq, ia adalah binatang tunggangan yang putih, tinggi dan besar, tidaklah aku bersama Jibril ditunggangannya sehingga aku sampai ke Baitul Maqdis, lalu di Baitul Maqdis dibukakanlah bagiku pintu-pintu langit, dan saat itu aku melihat Syurga dan Neraka.” HR Ahmad, sanadnya bertaraf Hasan dinilai oleh Ibnu Katsir dalam Jami’ul Masanid (2/349), Al-Arna’ut dalam Tahqiq Musnad Ahmad (38/356), dan juga Syeikh Al-Albani, dalam As-Shahihah: 875)).

Berikut pula adalah bukti dari Al-Quran tentang teori bumi datar, malah tidak ada sekali pun Allah menyebut bahawa bumi adalah bulat…

“Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya adalah bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapalah mereka tiada juga beriman? (QS. Al-Anbiya’ 21:30)

“Dan bumi, bagaimana dihamparkan? (QS. Al-Ghashiyah 88:20)

“Dan jika seandainya Kami membuka kepada mereka salah satu daripada (pintu-pintu) langit, lalu mereka dapat naik ke atas melaluinya”…

“Tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya penglihatan kami dikaburkan, bahkan kami adalah orang yang terkena sihir.” (QS. Al-Hijr 15:14-15)

“Dialah yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adalah kamu lihat sesuatu yang cacat?…

“Dan sesungguhnya, telah Kami hiasi langit yang dekat (dengan bumi), dengan bintang-bintang dan Kami jadikannya (bintang-bintang) itu sebagai alat-alat pelempar syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala”. (QS. Al-Mulk 67:3&5)

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran”. (QS Al-Hijr 15:19)

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar”. (QS. Al-Furqan 25:61)

Jelas bahawa Allah menyebut bintang sebagai objek khusus, selain matahari serta bulan, dan bintang itu bukanlah matahari seperti yang diajar sains…

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah pula menukil banyak sekali riwayat berkenaan bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang menerangkan mereka adalah dari bangsa manusia seiras bangsa Turki, jumlah mereka jauh lebih ramai dari penduduk bumi…

Soalnya, dimanakah bangsa Ya’juj dan Ma’juj dan adakah terdapat kawasan di bumi yang masih belum dijelajahi manusia…

Jika bumi ini bulat, maka manusia sudah pasti dapat menjelajah kesemua dataran dan lautan yang ada, namun ini tidak akan terjadi jika bumi adalah mendatar…

Malah peta dunia yang digunakan oleh United Nation atau PBB adalah sebenarnya peta bumi datar yang dicipta ilmuwan Islam al-Biruni yang wafat tahun 1048 Masihi…

Peta tersebut juga dikenali sebagai Azimuthal Equidistant Projection, dimana semua titik jarak adalah proporsional benar dari titik pusat kutub utara…

Peta datar adalah tepat dan akurat kerana semua titik berada pada azimut atau arah yang benar dari titik pusat, tetapi peta bumi bulat yang dihamparkan tidak akan dapat mengukur titik azimut yang tepat…

Peta datar ini sangat berguna dalam bidang seismik dan radio, seperti menentukan arah antena dalam komunikasi HF…

USGS di Atlas Nasional Amerika Syarikat juga menggunakan aplikasi projeksi polar yang menunjukkan semua meridian atau garis bujur lurus, dengan jarak dari kutub diwakili dengan benar…

Laksamana Richard E. Byrd merumuskan ekspedisi ke kutub selatan atau benua antartika dalam satu wawancara dengan Lee van Atta dari International News Service diatas kapal utama ekspedisi USS Mount Olympus pada tarikh 5 Mac 1947…

Bahawa Amerika Syarikat harus berjaga-jaga kerana ancaman musuh boleh datang dari negara arah kutub selatan…

Namun bagaimana ini mungkin terjadi jika benar bumi adalah bulat, dan benua antartika di kutub selatan juga berbentuk bulat…

Pada 27 Mei 1931 pula, seorang saintis Auguste Piccard bersama rakannya telah memecah rekod menjadi manusia pertama berjaya ke lapisan stratosfera berketinggian lebih dari 51 ribu kaki dengan menggunakan belon hidrogen…

Auguste Piccard dalam satu wawancara telah merumuskan bahawa ketika melepasi altitud melebihi 35 ribu kaki, iaitu ketinggian minimum untuk melihat kelengkungan bumi…

Telah melihat melalui tingkap kapal udaranya bahawa bentuk muka bumi adalah melengkung, tetapi apabila melihat melalui lubang kecil pula tanpa cermin, beliau melihat bentuk muka bumi adalah rata…

Beliau dengan itu membuat kesimpulan bahawa kaca tebal yang dipasang di tingkap kapal udaranya untuk menahan tekanan atmosfera, telah menghasilkan kesan “fish-eye lens” yang membuatkan imej kelihatan melengkung…

Ini menerangkan bagaimana imej dari kamera atau yang dilihat oleh angkasawan dari dalam kapal angkasa, mahupun sut angkasa yang mempunyai kaca yang tebal, telah memberi kesan imej bentuk bumi yang melengkung…

Begitu juga apabila permukaan bumi yang kelihatan melengkung dari tingkap kapal terbang komersial, mahu pun pesawat jet tentera yang pastinya menggunakan kaca yang tebal…

Sedangkan jika bumi dilihat dengan mata kasar tanpa melalui kaca, seperti yang dialami Sir Auguste Piccard, maka bumi akan kelihatan bentuk sebenarnya iaitu rata tanpa ada lengkungan…

Sebagai umat Islam, Al-Quran adalah wajib dipercayai dan jelas dalam Surah Al-Kahfi Allah berfirman, mafhumnya “Dan (ngatlah) pada hari (ketika) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu rata dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka.” QS. Al-Kahfi 18:47…

Ironinya, tidak ada satu pun ayat di dalan Al Quran atau Hadith dengan jelas menyebut bahawa bumi itu bulat, namun umat Islam sendiri lebih percayakan manusia dari Allah dan Rasul…

Ironinya, teori bumi bulat ini banyak di propagandakan oleh pihak barat dalam dokumentari, filem dan lain-lain, mungkin bertujuan untuk menyembunyikan kebenaran…

Video diatas dengan jelas membuktikan secara ilmiah kejadian gerhana yang sebenarnya membuktikan bahawa bumi adalah rata serta matahari yang mengelilingi bumi…

Klik pautan Telegram diatas untuk menonton versi penuh video berbahasa Inggeris berdurasi 52 minit, dari negara Indonesia, disertakan dengan sarikata bahasa Melayu…

Pentingnya isu bumi datar atau bulat kepada manusia adalah kerana kedudukan syurga yang lebih masuk akal berada diatas langit ke tujuh dan neraka pula di bawah lapisan ke tujuh bumi dalam konsep bumi datar…

Manakala agak mengelirukan jika syurga berada di langit ke tujuh jika bumi adalah bulat, apatah lagi kedudukan neraka…

Bayangkan seluruh dunia mengiktiraf serta mengakui teori bumi datar, dengan mengakui bahawa syurga hanya berada diatas langit, dan memberi motivasi yang tinggi kepada manusia supaya tidak lalai di dunia…

Atau adakah anda merasakan pusat bumi yang mengandungi larva panas itu adalah sebenarnya neraka, sedangkan syurga dan neraka, malah bumi sekalipun luasnya pastilah tidak berpenghujung…

Kerana Allah itu sifatnya Maha Besar dan manusia itu adalah sesempurna kejadian, maka bumi juga haruslah istimewa kerana dicipta untuk manusia…

Bukannya bumi pula yang mengelilingi matahari…

Berikut antara bukti dari Al-Quran tentang peredaran matahari mengelilingi bumi, malah tidak ada satu ayat pun menyebut bumi berputar dan bergerak mengelilingi matahari…

“Sesungguhnya Allah mendatangkan (menerbitkan) matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat?” (Surah Al-Baqarah, 2:258)

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bukan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu” (Surah Yunus, 10:5)

“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya), dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Surah Ibrahim, 14:33)

“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar pada garis peredarannya.” (Surah Al-Anbiya’. 21:33)

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan (beredar dengan laju) menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah Rabb kalian, kepunyaan-Nya lah kerajaan (pemerintah),” (Surah Fathir, 35:13)

“Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kalian lihat, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy. Dia menundukkan (matahari dan bulan itu) beredar hingga ke waktu yang ditetapkan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kalian meyakini pertemuan dengan Rabb kalian.” (Surah Ar-Ra’d 13:2)

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” (Surah Yaasin, 36:38)

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Surah Yaasin, 36:40)

“(Matahari dan bulan) masing-masing bergerak (dengan terapung dan berenang) pada garis edarnya.” (Surah Al-Anbiya’, 21:33)

Berikut pula pendapat dari ulama’ tafsir serta fatwa dari Ijma’ mengenai sistem solar…

“Telah tsabit berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ ulama ummah bahawa cakrawala (objek-objek langit) itu mengorbit mengelilingi (bumi).” (Majmu’ Al-Fatawa. 25/193)

“Bahawa dijadikan matahari didatangkan dari timur merupakan dalil yang jelas bahawa matahari beredar mengelilingi bumi.” (Fatawa Arkan Al-Islam. no. 16)

“Allah menjadikan malam mengejar siang dan yang mengejar itulah yang bergerak dan telah dimaklumi bahawa siang dan malam itu mengikuti matahari.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

“Zahir dari dalil-dalil syari’at menetapkan bahawa matahari yang bergerak mengelilingi bumi dan dengan pergerakannya (yakni peredarannya) terjadilah saling silih bergantinya malam dan siang di atas permukaan bumi. Dan tidak sepatutnya bagi kita untuk melampaui zahir dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat yang membolehkan kita untuk menafsirkanya hingga keluar dari zahir-nya.” (Majmu’ Fatawa wa Ar-Rasaail, 1/73)

Umum mengetahui satu hari nanti akan tiba hari dimana matahari akan terbit dari barat, dan itu merupakan tanda besar kiamat kerana ketika saat itu pintu taubat akan ditutup…

Kejadian matahari terbit dari barat lebih mudah terjadi jika matahari yang mengelilingi bumi, bukan sebaliknya…

Matahari juga sebenarnya terbenam di ‘Arasy Allah yang umum tahu tempatnya pasti di atas langit ke tujuh, sehinggalah tiba suatu hari Allah mengarahkan matahari kembali ke tempat ia terbenam, lalu terbitlah ia dari arah barat…

“Tahukah engkau ke mana perginya (ketika terbenam)?”, Aku (Abu Dzar) menjawab “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Lalu Nabi bersabda:

“Sesungguhnya ia pergi sehingga sujud di bawah ‘Arsy. Ia meminta izin maka diizinkannya. Lalu ia segera untuk bersujud lagi tetapi tidak diterima darinya, lalu ia meminta izin lagi namun tidak diperkenankan. Dikatakan kepadanya : Kembalilah dari mana kamu datang. Maka ia muncul (terbit) dari tempat ia terbenam (yakni terbit dari Barat). (Hadis Sahih Imam Al-Bukhari, Riwayat dari Abu Dzarr).

“Sesungguhnya engkau adalah makhluk yang menurut perintah, dan aku juga seorang yang menurut perintah, (lalu beliau berdoa kepada Allah) Ya Allah, tahanlah (sebentar) matahari itu untuk kami (agar tidak terbenam).”

Maka matahari pun ditahan sampailah Allah memberikan kemenangan atasnya…” (Shahih Al-Bukhari, no. 3124. Muslim, no. 1747)

“Sesungguhnya matahari tidak pernah ditahan bagi manusia kecuali untuk Yusya’ (bin Nun) pada ketika malam-malam dia berjalan menuju Bait Al-Maqdis”. (Musnad Ahmad, no. 8315 dan Shahih Muslim, 12/52)

Jelas Allah telah menghentikan pergerakan matahari untuk Nabi Yusya’ a.s, namun bagaimana mungkin ianya terjadi jika bumi yang bulat dihentikan putarannya, dan bukankah teori graviti mengatakan daya graviti akibat putaran bumi…

Putaran bumi yang kononnya lebih dari 1 ribu kilometer sejam, manakala pergerakan bumi mengorbit matahari pula selaju beratus ribu kilometer sejam, adalah amat janggal jika semuanya terhenti secara tiba-tiba dan pastinya akan mengakibatkan huru-hara…

Yang paling ironinya, teori bumi bulat serta bumi mengelilingi matahari, terlihat seakan ada pihak yang mahu manusia percaya bahawa matahari adalah pusat galaksi…

Seolah-olah bumi yang menyembah matahari, dan manusia pula memandang tinggi kepada matahari…

Persoalannya, golongan manusia mana yang nenek moyang mereka adalah penyembah matahari jika bukan kaum Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s ketika era Firaun…

Malah kisah Firaun Raja Namrud yang dicabar Nabi Musa a.s untuk terbitkan matahari dari barat, dipercayai antara asbab mengapa pintu taubat akan ditutup ketika matahari terbit dari barat…

Mungkin ketika matahari terbit dari barat nanti, maka cucu cicit kaum Nabi Musa a.s iaitu bangsa Yahudi akan berbangga kerana moyang mereka telah berjaya menyahut cabaran Nabi Musa a.s, sekaligus membenarkan bahawa Raja Namrud adalah Tuhan…

Raja Namrud juga telah membina menara setinggi berbelas kilometer semata-mata untuk melihat Tuhan Nabi Musa a.s iaitu Allah di ‘Arsy…

Jika bumi adalah bulat, dan langit itu hanya tempat planet-planet, malah jika bumi itu berputar, tidak kah Raja Namrud mengetahuinya, sedangkan tamadun kuno Mesir diketahui adalah jauh lebih maju dari tamadun moden sekarang…

Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu

15 ADAB KITA YANG ANAK AKAN CEPAT TIRU.

15 ADAB KITA YANG ANAK AKAN CEPAT TIRU.

1 – Panggil orang

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 – Bercakap

Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 – Mengarah

Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 – Sebut tolong

Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 – Ketika makan

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 – Marah orang

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 – Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 – Sabar

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 – Mulut laser

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 – Senyum

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 – Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 – Meminta maaf

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 – Mendengar

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 – Toleh

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 – Mengamuk

Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Daripada Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma dia berkata;  Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Apabila kamu berada di waktu petang,  janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah  waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (HR Bukhari No: 5937) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Dunia adalah jambatan menuju akhirat.

2.Jadikanlah diri kita sebagai seorang musafir. Orang yang bermusafir  perlu membawa bekalan yang sepatutnya sebagai bekalan.

3.Sebagai musafir, kita tidak membawa kesemua yang dimilik. Malah kita hanya membawa bekalan perjalanan sekadarnya.

4.Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak ketaatan dan amal soleh sebagai bekalan perjalanan menuju akhirat.

5.Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.

6.Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.

Rebutlah peluang beramal ketika kita masih muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini.

SOSOK HAMAN, MENTERI SEGALA URUSAN DI ZAMAN FIR’AUN

Ini Dia Sosok Haman,

Menteri Segala Urusan di Zaman Fir’aun

Oleh: Ust. Dr. Miftah el-Banjary, MA

MELIHAT ilustrasi gambar ini, barangkali banyak yang tidak mengenali siapa dia sesungguhnya, sebagaimana kita juga tidak pernah tahu bahwa sosok ini ternyata juga berperan penting sebagai “tangan kanan” Fir’aun, kalau saja tidak diinformasikan oleh al-Qur”an.

Hal ini mengindikasikan bahwa ada peran tokoh antagonis dibalik kisah kezhaliman Fir’aun yang peran sentralnya tak kalah dahsyatnya dibandingkan Fir’aun itu sendiri. Dialah Haman; pembisik sekaligus Menteri Segala Urusan di Istana Fir”aun.

Jika kata Fir’aun disebutkan sebanyak 38 kali di dalam al-Qur’an, paling tidak nama “Haman” muncul sebanyak 5 kali pada beberapa surah di dalam al-Qur’an, diantaranya surah al-Qashash ayat 6 dan 38, al-Mu’min ayat 36-37 dan al-Ankabut ayat 39.

Seorang arkeolog Prancis Morris dalam penelitiannya di tahun 1882 dibuat tercengang sekaligus takjub dengan kebenaran informasi al-Qur’an, ternyata nama Haman ditemukan dan disebutkan dalam tulisan Heliograf kuno sebagai seorang kepala urusan istana yang menangani semua urusan Fir’aun.

Sedangkan informasi itu tidak pernah dia dapatkan pada kitab taurat, zabur dan injil. Informasi di dalam al-Qur’an sedemikian akuratnya, hingga disebutkan begitu jelasnya nama dan peran Haman di dalam al-Qur’an. Jelas dia akhirnya mengakui bahwa hal itu menunjukkan kemukjizatan al-Qur’an.

Apa dan bagaiman peran Haman?

Di dalam al-Qur’an dikisahkan Haman merupakan wazir atau Perdana Menteri Fir’aun. Haman juga bertugas sebagai penasehat, kepala istana, pengatur dan pengendali infrastruktur, panglima perang, pengendali stabilitas keamanan, pengontrol ucapan para pengkritik kerajaan, serta pengatur sekaligus pengendali segala bidang dan urusan.

Bahkan Haman merupakan pembisik yang selalu meneguhkan dan menguatkan bahwa Fir’aun adalah seorang titisan dewa Ra; dewa matahari yang patut disembah sekaligus dewa pemilik aliran sungai Nil. Haman selalu memuji tindak tanduk lelaku Fir’aun baik dan buruknya.

Manakala adu tanding antara Nabi Musa dan Fir’aun yang pada akhirnya membuat para penyihir istana mengakui kemenangan di pihak Musa, alih-alih mengakui kekalahannya, Fir’aun justru meminta Haman tampil ke depan publik untuk mempengaruhi rakyatnya agar masih tetap dipercayai.

“Hai Haman, apakah aku ini seorang pendusta?” tanya Fir’aun penuh keangkuhan.

Haman tampil membela dengan penuh meyakinkan dan kecongkakan pula. “Siapa yang berani menuduh paduka sebagai seorang pembohong?!”.

“Hai Haman, apakah Tuhan di surga?” tanya Fir’aun lagi.

“Musa itu berdusta. Dia ahli membuat kebohongan!” jawab Haman agar membuat Fir’aun senang.

“Ya, aku tahu Musa tidak lain, hanya tukang sihir yang pandai merangkai kata!” Fir’aun membenarkan.

“Benar Engkau pembesar kami. Semua raja takluk padamu, duhai Fir’aun!” ujar Haman meyakinkan Fir’aun.

“Sekarang Haman! Kuperintahkan buatkan aku menara pencakar langit agar aku bisa melihat Tuhannya Musa!” ujar Fir’aun tertawa dengan penuh kesombongan disertai gelak tawa Haman dan pengikutnya.

Haman memang terkenal hebat bersilat lidah menjilat penguasa. Haman berkilah dengan argumentasi jeniusnya.

“Wahai Fir’aun, kali ini saya keberatan membuatkan Anda menara pencakar langit itu untuk bisa melihat Tuhannya Musa!” ujar Haman seraya membungkuk.

“Hah! Apa katamu?!! Kamu keberatan?!!” Fir’aun terbelalak matanya.

“Iya paduka, saya keberatan!” jawab Haman penuh tipu muslihat.

“Apa kamu sudah mau berbuat makar seperti Musa?! Apa kamu sudah membangkang seperti para penyihir itu?” tanya Fir’aun mulai geram.

“Tidak paduka Raja Fir’aun yang Mahatinggi! Hamba masih tetap setia!” jawab Haman tersenyum.

“Lantas kenapa kamu keberatan, hah?!! Apa kamu tidak sanggup membangunkan infrakstruktur untuk rajamu ini?!” Fir’aun mulai tak sabar menunggu jawaban Haman.

“Bukan begitu Paduka Raja Fir’aun!”

“Lantas?!” tanya Fir’aun.

“Meskipun kita bangunkan menara langit, kita tidak akan temukan Tuhan Musa di sana!” jawab Haman meyakinkan.

“Kenapa? Ada apa?!” tanya Fir’aun mengernyitkan keningnya.

“Sebab Tuhan Musa itu tidak ada. Hanya engkaulah Tuhan itu. Hanya dirimu pemilik Mesir dan Nil ini. Engkau Fir’aun yang Tinggi!” ujar Haman menyanjung Fir’aun sekaligus melecehkan Tuhan Musa.

Lantas Fir’aun berterik di hadapan rakyatnya “Ana Rabbukumul ‘Ala! Akulah Tuhan kalian yang Tinggi!”

فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

Maka Fir’aun berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. [QS An-Naziat:24]

Demi mendengar sanjungan sedemikian tinggi dari Haman, kian melambunglah kecongkakan Fir’aun dengan segala kepercayaan dirinya. Sujud sembahlah mereka yang terlanjur mengagumi Fir’aun dengan segala keyakinannya.

Itulah sekilas deskripsi Haman yang dideskripsikan oleh Ibnu Katsir di dalam Qishashul Anbiya. Begitulah peran sentral Haman yang monemental dengan segala kejahatan dan sifat penjilatnya. Dia tampil sebagai tokoh antagonis kedua setelah Fir’aun.

Meski dia bukan seorang Fir’aun, boleh jadi peran sentralnya melebihi seorang Fir’aun sekalipun, sebab dialah penasehat dan pembenar segala kesalahan dan kezhaliman Fir’aun.

Dan begitulah sejarah selalu berulang pada setiap zamannya. Begitulah al-Qur’an mengajari kita sejarah.

Tugas kita bukan membenci Fir’aun atau pun Haman, akan tetapi tugas kita hari ini meneguhkan terus berjuang bersama siapa? Bersama Musa ataukah Fir’aun, Haman atau kah ulama Fir’aun bernama Bal’aun bin Aura.

Jika tidak mampu menjadi Musa, minimal kita tak menjadi musuhnya atau menjadi pengikut Bani Israel yang terkesan netral; tidak memiliki prinsip kebenaran yang harus diperperjungkan dengan mengatakan, “Pergilah engkau wahai Musa berperang berdua bersama Tuhan kamu, kami hanya ingin duduk menunggu saja di sini!”

 قَالُواْ يَـٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدً۬ا مَّا دَامُواْ فِيهَا‌ۖ فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَـٰتِلَآ إِنَّا هَـٰهُنَا قَـٰعِدُونَ

Mereka (Bani Israil) berkata: “Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” [QS Al-Maidah:24]

Create your website with WordPress.com
Get started