SIAPAKAH YANG BERPOTENSI UNTUK TERLIBAT DENGAN CUBAAN BUNUH DIRI?

SIAPAKAH YANG BERPOTENSI UNTUK TERLIBAT DENGAN CUBAAN BUNUH DIRI?

Terdapat beberapa kelompok atau kumpulan yang berisiko tinggi untuk melakukan cubaan bunh diri ini. Antaranya ialah:

Warga emas yang kehilangan pasangannya sama ada disebabkan oleh kematian atau perceraian

Individu yang pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum ini

Individu yang mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga

Individu yang mempunyai rakan yang pernah terlibat dengan bunuh diri

Individu yang mempunyai sejarah gangguan fizikal, emosi atau seksual

Individu yang tidak berpasangan, tidak berkemahiran atau tidak bekerja

Individu yang mempunyai kesakitan jangka panjang, kurang upaya atau penyakit kekal

Individu yang cenderung terhadap kelakuan ganas

Individu yang mempunyai latar belakang penyakit psikiatri

Individu yang terlibat dengan jenis pekerjaan tertentu yang memberikan banyak tekanan

Individu yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah

Tanda-tanda yang mungkin ditunjukkan

Mengikut kajian, sekitar 70 peratus individu yang membunuh diri sebenarnya memperlihatkan petunjuk sama ada secara lisan atau bukan lisan berkenaan niat mereka untuk menamatkan riwayat hidup.

Ini bermakna, jika anda mampu untuk menyedarinya sejak dari awal lagi, anda mungkin mampu memimpin sesorang individu untuk mendapatkan bantuan sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kajian juga mencadangkan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan kejadian bunuh diri adalah dengan cara mengetahui faktor-faktor risikonya. Antara tanda-tanda kemungkinan berlakunya cubaan bunuh diri oleh seseorang ialah:

#1. Kesedihan melampau

Jika anda mendapati ahli keluarga atau rakan terdekat anda mengalami kesedihan yang agak berpanjangan selain daripada gangguan emosi, ia mungkin simptom-simptom bahawa individu tersebut sedang mengalami kemurungan. Perlu diketahui bahawa kemurungan adalah faktor risiko utama bagi kejadian bunuh diri.

#2. Ketenangan yang berlaku secara tiba-tiba

Ketenangan adalah satu emosi yang amat baik bagi seseorang. Walau bagaimanapun, jika ia berlaku secara tiba-tiba, ia mungkin satu petanda yang kurang baik. Jika anda mendapati bahawa seseorang itu menjadi tenang dalam tempoh yang singkat setelah fasa kesukaran yang dialami, ia mungkin tanda bahawa seseorang individu tersebut telah membuat satu keputusan untuk menamatkan kehidupannya.

#3. Sindrom penarikan diri (withdrawal syndrome)

Jika seseorang individu itu lebih gemar menyendiri atau mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan mahupun menyertai aktiviti sosial, ia juga mungkin simptom-simptom berlakunya kemurungan. Ini termasuklah hilangnya minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti yang dahulunya amat amat digemari oleh individu tersebut.

#4. Perubahan personaliti atau penampilan

Individu yang cuba untuk membunuh diri mungkin akan menunjukkan perubahan sikap atau perlakuan yang tidak seperti kebiasaannya. Selain itu, seseorang individu itu juga mungkin akan kurang mengambil berat mengenai penampilan peribadinya.

#5. Tingkah laku yang berbahaya atau membahayakan diri sendiri

Antara contoh-contoh kelakuan atau tingkah laku yang berbahaya termasuklah pemanduan yang tidak cermat, melibatkan diri dengan aktiviti seks tidak selamat, selain penyalahgunaan dadah dan juga peningkatan pengambilan minuman keras. Kelakuan seperti ini juga menunjukkan bahawa seseorang individu itu tidak lagi memikirkan mengenai nilai hidupnya.

#6. Trauma atau krisis kehidupan

Krisis kehidupan yang besar mungkin akan mencetuskan keinginan seseorang untuk membunuh diri. Apakah contoh krisis kehidupan yang mungkin berlaku? Ia termasuklah kematian seseorang yang disayangi, perceraian, didiagnosis memiliki penyakit kronik, kehilangan pekerjaan dan juga masalah kewangan yang serius.

#7. Melakukan persediaan

Anda mungkin terkejut tetapi ini juga adalah satu tanda bahawa seseorang itu mungkin mahu bersedia untuk menamatkan kehidupannya. Antara kelakuan yang mungkin akan dilakukan oleh seseorang itu ialah melawat rakan dan saudara-mara, mula memberikan barangan peribadi kepada orang lain, menulis wasiat, membersihkan rumah atau bilik dan juga menulis nota tertentu sebelum kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

#8. Mengancam untuk membunuh diri

Walaupun tidak semua individu yang ingin membunuh diri akan menyatakan sedemikian, tetapi setiap ugutan atau ancaman seperti ini perlu diambil berat. Pada anda ia mungkin kelihatan seperti satu gurauan, tetapi ia mungkin satu hasrat hati yang ingin diperkatakan oleh seseorang itu sebagai salah satu kata akhirnya.

Antara tanda-tanda kecil lain akibat kemurungan adalah:

Perubahan corak tidur seseroang seperti kerap tidur, kurang tidur atau mempunyai kesukaran untuk tidur pada waktu malam

Perubahan berat badan atau selera makan

Keletihan atau kehilangan banyak tenaga

Kurang memberikan tumpuan atau berfikir secara perlahan

Mempunyai rasa seperti tidak berharga, penolakan diri atau rasa bersalah

Berfikir mengenai mati, bunuh diri atau teringin untuk mati

Apa yang perlu anda lakukan jika anda mengetahui seseorang menyatakan mahu membunuh diri?

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi membantu mereka. Ikuti langkah-langkah ini:

Jangan tinggalkan individu tersebut berseorangan. Dapatkan bantuan daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain

Jauhkan sebarang senjata atau alat tajam daripada individu tersebut. Minta individu tersebut untuk menyerahkan sebarang alat atau senjata yang mereka miliki kepada anda. Ini adalah untuk mengurangkan risiko terjadinya kelakuan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri

Tenangkan individu tersebut

Hubungi nombor kecemasan seperti bomba atau polis atau bawa mereka ke unit kecemasan hospital

Kesimpulan

Walaupun anda mungkin menganggap bahawa rakan anda bergurau untuk membunuh diri, tetapi ia mungkin bukan satu gurauan pada diri mereka. Kadangkala, anda mungkin tidak menyangka bahawa kelakuan rakan anda sebelum ini tidak mencerminkan tindakan mereka di kemudian hari. Jika anda mendapati tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas berlaku pada rakan anda, hulurkan tangan anda untuk membantu menenangkan mereka. Jika anda tidak begitu pasti apa yang ingin dilakukan, dapatkan bantuan daripada rakan atau ahli keluarga terdekat. Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi untuk rakan anda daripada befrienders di talian 03-79568145 yang beroperasi selama 24 jam. Ingatlah, jangan tinggalkan rakan anda bersendirian pada fasa kesukaran mereka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: